Sweet Memories...

Thursday, September 30, 2010

17 Tips bagaimana meningkatkan trafik blog anda!

Saya percaya, bukan mudah nak dapatkan traffik yang tinggi ke blog anda, Sebenarnya pelbagai cara anda boleh lakukan dalam berblogging, Mungkin dengan pengalaman saya sendiri yang sebenarnya masih baru, yang bermula pada febuaritahun ini, usia yang rasanya baru merangkak. Disini saya ingin kongsi cara terbaik untuk raih traffik yang tinggi ke blog anda, saya amalkan teknikBLOGEC (blogwalking, entry, comment). nak tau ape itu BLOGEC?

1)Blogwalking:

Ini adalah satu perkara wajib, kalau tak ada buat blogwalking, memang susah nak dapat visitor, lain pulak lar kalau dah otai, entry memang bagus-bagus, memang ramai lar datang tanpa diundang. Buat blogwalking sebanyak mana yang mampu, terjah blog rakan-rakan anda, dah cuba mengenali mereka. Lagi best dapat tau nama, ia akan nampak lagi mesra, yang pasti kunjungan anda akan dibalas tanpa segan silu dari mereka.

2)Entry/Post:

Buat entry atau post sekerap mungkin, dengan cara ini, anda akan dapat pengujung setia dan pembaca setia, mereka akan kerap membaca entry dan memberi respon, senang cerita orang kata,jangan dibiarkan blog anda berada dalam keadaan misteriii, dalam post entry anda, tidak semestinya untuk anda jadi penulis yang baik, tapi cukup sekadar sentiasa ada entry terbaru di blog anda. Saya yakin, mesti ada orang baca entry anda , Selain daripada itu, setelah entry anda disiapkan dan dipublish, ping entry anda di mana-mana website contohnya ping entry anda di website gengblogger dan sebagainya. Sebarkan entri anda di facebook, twitter . Saya juga yakin pasti ramai yang akan membaca entry anda. dan datang ke blog anda.

3)Comment:

Jika dua perkara diatas sudahpun dilakukan dengan baik, Cara terakhir ialah comment di entry blog-blog yang lain, perkara ni mungkin nampak macam biasa je dan tak penting, tapi ia sangat penting, mereka akan rasa dihargai, sebab mereka yakin entry mereka dibaca. Dan ganjarannya ialah entry anda juga akan dibaca dan diberi respon dengan komen-komen mereka.

4. Perihal alamat surat-menyurat.

Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh:

www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com


OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.

5. Tajuk belog hebat.

Tajuk belog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan belog anda ketika berada selari dengan belog-belog lain di dalam senarai belog seseorang. Seperti tajuk belog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click belog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH.

6. Tajuk entri mengancam

Ini seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?


7. Isi entri setimpal.

ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANGLEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani. Tsk T_T

8. Perkara yang harus dielakkan.

Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".


9.Lirik lagu.

Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.


10. Kosa kata yang luas.

Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat:Search Engine.

11. Perihal gambar.

Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap belog ini.

12. Perihal gambar 2.

Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilahbackground yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik danhave the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.

13. Tema.

Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan backgroundYANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang.Simple but nice, cliche but true.

14. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.

Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!

15. Carutan dan kutukan.

Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.

16. Psikologi minda.

Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atauwww.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)

17. Variasi topik.

JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk:Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula:Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :)

Kesimpulannya dari saya (blogger tasbihqasih.blogspot)

Entri yang berbentuk poin-poin di atas diadaptasi, diubah suai, dipakai, disedut dan diambil sumbernya dari 2 orang bloggers yang beralamatkan seperti di bawah.

1) http://qhairul-nizam.blogspot.com/2010/08/tips-blogging-buat-banyak-dapat-banyak.html

2) http://inibelogsaya.blogspot.com/2009/02/14-tips-menjadi-blogger-masyhurterkenal.html

Jadi, nak ucapkan terima kasih pada mereka kerana dari sumber asal merekalah, saya sudah berjaya menaikkan trafik blog saya ke satu tahap yang membanggakan bagi diri saya yang baru bertatih dalam dunia blog ini dan sebab itulah saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan sekalian..Sekian dahulu buat masa ini..wassalam...

Wednesday, September 29, 2010

Lirik Lagu Maher Zain yang paling aku minat...


Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini terasa sangat jiwang sekali.Jadi disebabkan lagu ini selalu sangat aku berlatih di bilik mandi dan juga ketika sedang memandu kereta di jalan raya, maka akau rasa patut benarlah aku berkongsi dengan rakan-rakan lirik lagu yang aku selalu nyanyi tak habis ini... Lirik lagu yang begitu indah ini aku tujukan buat isteriku tersayang Nur Akmal Binti Ghazali. Lagu ini mengenai seorang suami yang sangat mencintai isterinya kerana Allah s.w.t... Seorang suami yang berjanji setia pada isteri tercinta bahawa beliau akan melayari bahtera cintanya sepanjang hayatnya ke syurga bersama isterinya merupakan satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hatinya menerima cinta...Wah! Syahdunya...

FOR THE REST OF MY LIFE

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Monday, September 27, 2010

Tip-tip menguatkan rohani ...


Baru-baru ni bertemu dengan Ustaz Pauzi Awang. Beliau buat open house di rumah beliau di Ara Damansara. Ketika majlis makan-makan sedang berjalan beliau sempat menggunakan microphone untuk bagi tazkirah ringkas kepada tetamu yang datang dengan memberikan tips yang sangat berguna buat tetamu beliau, diriku dan isteri. Suatu konsep open house yang sangat menarik. Beliau kata manusia itu ada hati. Jika hati rosak, maka rosaklah segala jasad dan rohani manusia. Dosa menggelapkan hati kita setitik demi setitik sehingga menjadi hitam dan terus tidak boleh menerima cahaya hidayah lagi. Beliau bagi 3 tips buat permulaan bagi kami yang akan mula berguru dengan beliau secara rasminya tidak lama lagi.

Pertama.

Cuba zikir sebanyak 70 ribu kali kalimah Laailahailallah dan akan dapat pelbagai kelebihan. Tapi niat kena ikhlas bukan nak cari kasyaf atau kelebihan tok wali dan sebagainya. Niat ikhlas sebagai saham di akhirat.

Kedua.

Baca Bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur kerana ianya dapat menyelamatkan dari gangguan syaitan,jin dan manusia jahat yang cuba mengganggu ketenteraman manusia.

Ketiga.

Amalkan solat sunat 2 rakaaat sebelum Subuh . Rakat pertama baca surah Alam Nasyroh dan rakaat kedua baca surah Alam Tarokai. Akan diberi kemudahan dalam urusan hidup dan ketenangan jiwa. Insya Allah.

Kesimpulan

Terima kasih Ustaz atas curahan ilmu yang diberikan. Rasa bersyukur dapat ketemu seorang guru agama Syeikh Mursyid yang cukup tenang,bersih wajahnya dan tinggi ilmunya. Dah berusia 60-an dan merupakan pesara dari profesion seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam di UM. Sempatlah aku beli 2 buku tulisan beliau siap dengan tandatangan beliau lagi. Buku pertama beliau yang aku beli gambarnya di atas bertajuk "Tariqah Ahmadiyyah History And Development" dan buku kedua aku beli bertajuk "Wahai Wanita Bimbinglah Dirimu."

Saturday, September 25, 2010

Tips Memahami Bahasa Isteri...

Assalamualaikum w.b.t..


Semenjak dua menjak ini ilham untuk menulis artikel penuh milik sendiri tidak kesampaian. Ilham dan firasat tidak sampai-sampai. Namun dengan Izin Allah jua dapat aku bertemu dengan pelbagai artikel menarik yang aku rasa perlu dikongsi dengan kawan-kawan sekalian. Rasanya dalam benak pemikiran ini ingin mengumpul sebanyak boleh tip-tip dari pelbagai sumber tentang hubungan suami isteri, teknik belajar, motivasi dan akan kukumpulkan di dalam blog aku ini. Nampak gayanya polisi diri ini yang ingin pastikan blog ini tiada artikel copy paste tiada kesampaian. Namun kurasakan polisi itu tidak relevan lagi. Membiarkan blog ini bersawang tanpa update menyebabkan hati ini rasa tidak keruan. Dengan adanya entri copy paste yang bermutu tinggi diharap dapat menjadi satu amal ibadah jua dari diri ini... Aminn Ya Robb..


Bahasa isteri yang perlu difahami suami

Artikel dari Blog En. Ahmad Baei Jaafar

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Tiba-tiba tak mahu bercakap

Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

2

Tiba-tiba marahkan suami

Dia cemburu dengan tindakan suami

Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

3

Tiba-tiba menangis

Dia sakit hati dengan tindakan suami

Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

4

Tidak mahu memberi khidmat

Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Dia sudah rajin masak

Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

2

Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Dia puas hati dengan tindakan suami

Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

3

Dia siap untuk tidur awal

Dia sudah akur dengan kehendak suami

Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

4

Dia bercakap dengan nada manja

Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Kehendak suami tidak dilayan

Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

2

Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

3

Makan tidak selera

Dia mahu simpati daripada suaminya

Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

4

Tidur seorang diri

Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap

Bil

Sikap

Maksudnya

Mengatasinya

1

Muka masam

Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

2

Meminta maaf sambil menangis

Dia benar-benar insaf

Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

3

Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya

Dia hendak meminta suami membelinya

Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

Thursday, September 23, 2010

Kebesaran Allah s.w.t terpapar di daging yang aku potong semasa di Bulan Ramadhan 1431 lepas di kampungku..

Assalamualaikum w.b.t.

Cuba perhatikan ada tulisan Allah di daging tu! Ini adalah gambar yang sempat aku rakam ketika memotong daging lembu untuk persiapan majlis walimah sepupuku di Kampung Nipah Bachok baru-baru ini... Cukup menginsafkan sebab biasanya gambar-gambar sebegini hanya dijumpai di internet atau majalah-majalah macam mastika. Tapi kali ini betul-betul real di depan mata lagi..








Maklumat mengenai kalimah ALLAH ...

Lailahaillallah ialah simbol umat tauhid untuk mengesakan Allah Azzawajalla yang dibawa oleh semua nabi dan rasul. Dalam
Surah al-Anbia ayat 25 Allah menegaskan yang bermaksud: “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahikan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku.”

Pengertian ibadat secara am dapat diertikan sebagai menunjukkan rasa taat setia dan perhambaan diri kepada Allah yang dikenang limpah kurnia kebaikan-Nya serta dirasai dalam hati nurani akan kehebatan kekuasaan-Nya.

‘Taat setia dan perhambaan diri kepada Allah’, siapa Allah? ‘Allah’ ialah nama khas bagi Zat Yang Wajib al-Wujud, yang berhak disembah dengan sebenarnya. Kalimah ‘Allah’ ini disebut ‘Lafz al-jalalah’ yakni kalimah yang menunjukkan kebesaran Allah, dan juga disebut ‘Sultan al-asma’ iaitu ‘Raja segala nama Tuhan’.

Al-Quran menyebut kalimah Allah sebanyak 2,696 kali dengan perincian penyebutan kalimah ‘Allahu’ (dammah, di depan) sebanyak 974 kali; kalimah ‘Allahi’ (kasrah, di bawah) sebanyak 1131 kali; dan ‘Allaha’ (fathah, di atas) sebanyak 591 kali.

Tidak ada satu kata benda atau kata kerja pun yang disebut al-Quran lebih daripada kata Allah. Ini membuktikan betapa hebat dan mulianya ‘Lafz al-jalalah’.

(Rujukan petikan artikel di atas diambil dari blog aki2004 )

Wednesday, September 22, 2010

Maher Zain datang ke Malaysia...

Assalamualaikum w.b.t..

Dengan ini kami mengumumkan... Maher Zain akan bekunjung ke Malaysia... Ini detailnya di bawah...




Konsert ni anjuran Raudhatus Sakinah, pusat perlindungan remaja di bawah JIM.

Tarikh: 14 dan 15 Oktober 2010
Masa: 8pm - 11pm
Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam (berhadapan dengan Dataran Shah Alam)
Tiket: RM200, RM150, RM100, RM70

Terkini pada jam 3.45 Petang, 21 September 2010 :
Baki Tiket Belum Ditempah:
14TH OCTOBER
TIKET RM200 – 24 keping
TIKET RM150 – 188 keping
TIKET RM100 – 230 keping
TIKET RM70 – 672 keping
15TH OCTOBER
TIKET RM200 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM150 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM100 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM70 – 325 keping (tak tau la dah tinggal berapa)


Untuk tempahan, boleh calling-calling:
1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)
2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)
3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)

Maklumat dari blog : http://kasihsayangkami.blogspot.com