Saya percaya, bukan mudah nak dapatkan traffik yang tinggi ke blog anda, Sebenarnya pelbagai cara anda boleh lakukan dalam berblogging, Mungkin dengan pengalaman saya sendiri yang sebenarnya masih baru, yang bermula pada febuaritahun ini, usia yang rasanya baru merangkak. Disini saya ingin kongsi cara terbaik untuk raih traffik yang tinggi ke blog anda, saya amalkan teknikBLOGEC (blogwalking, entry, comment). nak tau ape itu BLOGEC?
1)Blogwalking:
Ini adalah satu perkara wajib, kalau tak ada buat blogwalking, memang susah nak dapat visitor, lain pulak lar kalau dah otai, entry memang bagus-bagus, memang ramai lar datang tanpa diundang. Buat blogwalking sebanyak mana yang mampu, terjah blog rakan-rakan anda, dah cuba mengenali mereka. Lagi best dapat tau nama, ia akan nampak lagi mesra, yang pasti kunjungan anda akan dibalas tanpa segan silu dari mereka.
2)Entry/Post:
Buat entry atau post sekerap mungkin, dengan cara ini, anda akan dapat pengujung setia dan pembaca setia, mereka akan kerap membaca entry dan memberi respon, senang cerita orang kata,jangan dibiarkan blog anda berada dalam keadaan misteriii, dalam post entry anda, tidak semestinya untuk anda jadi penulis yang baik, tapi cukup sekadar sentiasa ada entry terbaru di blog anda. Saya yakin, mesti ada orang baca entry anda , Selain daripada itu, setelah entry anda disiapkan dan dipublish, ping entry anda di mana-mana website contohnya ping entry anda di website gengblogger dan sebagainya. Sebarkan entri anda di facebook, twitter . Saya juga yakin pasti ramai yang akan membaca entry anda. dan datang ke blog anda.
3)Comment:
Jika dua perkara diatas sudahpun dilakukan dengan baik, Cara terakhir ialah comment di entry blog-blog yang lain, perkara ni mungkin nampak macam biasa je dan tak penting, tapi ia sangat penting, mereka akan rasa dihargai, sebab mereka yakin entry mereka dibaca. Dan ganjarannya ialah entry anda juga akan dibaca dan diberi respon dengan komen-komen mereka.
Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh:
www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com
OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.
5. Tajuk belog hebat.
Tajuk belog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan belog anda ketika berada selari dengan belog-belog lain di dalam senarai belog seseorang. Seperti tajuk belog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click belog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH.
6. Tajuk entri mengancam
Ini seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?
7. Isi entri setimpal.
ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANGLEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani. Tsk T_T
8. Perkara yang harus dielakkan.
Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".
9.Lirik lagu.
Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.
10. Kosa kata yang luas.
Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat:Search Engine.
11. Perihal gambar.
Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap belog ini.
12. Perihal gambar 2.
Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilahbackground yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik danhave the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.
13. Tema.
Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan backgroundYANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang.Simple but nice, cliche but true.
14. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.
Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!
15. Carutan dan kutukan.
Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.
16. Psikologi minda.
Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atauwww.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)
17. Variasi topik.
JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk:Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula:Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :)
Kesimpulannya dari saya (blogger tasbihqasih.blogspot)
Entri yang berbentuk poin-poin di atas diadaptasi, diubah suai, dipakai, disedut dan diambil sumbernya dari 2 orang bloggers yang beralamatkan seperti di bawah.
Jadi, nak ucapkan terima kasih pada mereka kerana dari sumber asal merekalah, saya sudah berjaya menaikkan trafik blog saya ke satu tahap yang membanggakan bagi diri saya yang baru bertatih dalam dunia blog ini dan sebab itulah saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan sekalian..Sekian dahulu buat masa ini..wassalam...
wah, kupasan dan pemerhatian yang menarik ni :D
ReplyDeletesalam...info yg menarik.
ReplyDelete