Sweet Memories...

Wednesday, October 6, 2010

Tips hilangkan buncit di gymnasium...(Khas untuk suami-suami yang mengandung...)

Assalamualaikum w.b.t..

Gambar-gambar di bawah adalah aksi-aksi ganas kami di Titanium Gymnasium petang Ahad baru-baru ini...Semua orang ingin sihat. Sebab tidak ada gunanya duit bertimbun dalam bank dan di bawah bantal jika badan tidak sihat. Mudah sahaja untuk mengesan tahap kesihatan anda. Jika baru turun tangga setingkat dua dah mengah, jogging di padang rumah tak sampai separuh padang dah semput, itu menandakan anda tidak sihat.

Apatah lagi yang sudah berkahwin, prestasi dan stamina anda juga akan dinilai oleh isteri dan akan dipertikaikan bila tidak sihat. (Yang belum berkahwin abaikan saja statement stamina suami-isteri itu). Di samping itu, jika anda juga tidak mencapai berat badan ideal (tinggi dan berat badan adalah seimbang, tidak gemuk dan tidak kurus) anda juga dikira tidak sihat. Misalannya mereka yang sudah berkahwin, apabila isteri mengandung 5 bulan anda juga sebagai suami perut mengandung 5 bulan itu juga adalah tanda anda tidak sihat.

Syukur usahaku sejak tahun lepas di Gymnasium membuahkan hasil. Dari seorang yang dianggap kering, papan lapis kini fizikalku sudah diiktiraf oleh keluarga dan rakan-rakan sebagai macho dan mempunyai badan yang normal dan tiada lagi yang kata pada aku,"Eh Fendy kurusnya kau", "Kepingnya Abang Long", "Bon**t leperlah kau ni Fendy". Bila pergi Gym kalau kita terlalu kurus boleh jadi badan besar sihat (bukan besar gemuk) dan mereka yang gemuk boleh jadi kurus.

Di bawah ini adalah gambar-gambar dan tip-tip apa yang anda boleh lakukan di gymnasium.

Mula-mula warm up dahulu dengan menggunakan bicycle selama 15 minit. Tujuannya supaya fizikal anda tidak terkejut untuk melakukan senaman yang lebih berat selepas ini. Gambar di atas adalah contoh yang tidak harus dicontohi sebab guna bicycle tanpa memegang handle berbahaya sebab nanti boleh jatuh terjelepuk...

Alat ini pula nama aku tak tahu juga guna dalam 5 minit untuk maksimumkan warm up seluruh badan tangan dan kaki. Ayu sungguh sayangku dengan pakaian yang sopan ketika di gym.

Ini dah masuk bab-bab alat yang ganas-ganas. Ini dipanggil alat untuk bench press. Untuk mencantikkan dan melebarkan dan membidangkan lagi bahagian front body atau dada anda. Baju Timor Leste itu disponsor oleh seorang pemain Kebangsaan negara Timor Leste. Terpulang pada apa tujuan anda ke gym. Jika ingin buat "sizing" (membesarkan badan) kiraannya 12,10,8. Maksudnya pusingan pertama buat 12 kali, seterusnya 10 dan 8 kali. Aku memilih buat sizing sebab aku nak besarkan lagi otot-otot di badan. Kepada yang nak buat "cutting" sebab badan dah besar cuma nak bagi kecilkan badan dan nampak otot-otot perlu buat 10,10,10 dengan berat yang sama.

Ini dipanggil untuk pull up. Kalau anda tidak biasa jangan buat. aku dah biasa buat so tiada masalah sebab otot di leher boleh kejang. Fadhilatnya alat ini boleh menguatkan bahagian belakang badan anda dan menguatkan tulang belakang. Bahagian bahu juga akan menjadi tegap dan mantap gitu.Yang ini aku biasa buat 12 kali campur 10 kali.

Ini dipanggil aksi sit up untuk mengempiskan dan menguruskan bahagian perut yang boroi dan berlebih lemak. Bahagian perut adalah paling sukar dikempiskan. Aku memang berazam sepenuh hati dan jiwa raga bahagian perutlah yang paling dirisaukan apabila buncit itulah permulaan segala penyakit. Atuk aku umur dah 85 tahun tapi masih lagi steady bleh jogging dan tak buncit aku ingin menjadi seperti atukku. Buncit itu tidak indah di pandangan mata. Elakkan dari perut buncit untuk mendapat bentuk fizikal yang cantik. Yang ini pula aku buat 100 kali. dengan kiraan 30,30,40.

Kesimpulan

Nasihat aku bukanlah nasihat pakar.Sebarang masalah aku tidak bertanggungjawab. Bila pergi ke gym minta nasihat trainer di situ. Pergi gym ini best sebab suasana selesa dan alat lengkap untuk kita pilih bahagian badan mana yang kita mahu adjust dan betulkan. Tapi segalanya perlukan ilmu dan buatlah research. Yang paling penting rajin dan konsisten. Aku biasa ke gym 3 kali seminggu setiap Ahad, Selasa, Khamis. Jom ke Gym! Siapa yang nak join aku bagi tahulah ya?

2 comments:

  1. Salam..

    entry yg sangat bagus.. Ustaz Love sangat memerlukan teknik mengempiskan perut ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. to ustaz love : InsyaAllah sama-sama kita jaga kesihatan ya..

    to armouris : saya dah buat link blog sihat selalu yg sgt best tu.

    ReplyDelete