Assalamualaikum w.b.t..
Kami suami isteri begitu sibuk menghadapi assignments dan tests yang bertalu-talu datang menimpa kami... Dalam kesibukan membuat perkara rutin sebagai mahasiswa sempat jugalah kami menonton bersama-sama rancangan Semanis Kurma malam Jumaat 7 Oktober tadi.. Jadi sambil tangan sibuk buat assignment, mata melihat nota-nota lecturers, sempatlah juga telinga kami mendengar kesimpulan dari topik perbincangan di Semanis Kurma.. Tetamu jemputan ialah Ustaz Zawawi dan artis jemputan ialah Safura.
Penutup yang diberikan oleh Ustazah Norbayah ialah seperti berikut...
5 tips rumah tangga bahagia dari semanis kurma hari ini...
1.Bersikap positif suami isteri.
2.Bersikap terbuka suami isteri.
3.Sentiasa luahkan jaminan (kata-kata cinta) antara pasangan. Contoh, "I luv u baby."
4.Tolong-menolong sesama pasangan.
5.Baik dengan keluarga kedua-dua belah pihak.
Ustazah juga cakap kalau dah tension sangat apabila berhadapan konflik suami isteri mengadulah pada Allah s.w.t.. Mungkin untuk huraian yang lebih detail tentang entri ini kami akan buat di masa akan datang. Jadi kami terlalu sibuk untuk update blog ini pada bulan Oktober sebab exam final ,sebelum cuti semester bermula pada bulan November. Doakan kami suami isteri berjaya ya? Wassalam.
tq berkongsi info.... semoga kebahagiaan kita semua hingga akhir hayat
ReplyDelete