Mukadimah
Mengenai watak pensyarah.
Pensyarah adalah manusia biasa. Mereka juga berkeluarga, ada masalah emosi mungkin hebat dengan ilmu yang berkaitan dengan bidang mereka tapi di bidang lain belum tentu mereka hebat. Dalam konteks pengajaran di universiti, aku terjumpa dengan pelbagai jenis pensyarah. Ada yang jenis mengajar membuta tuli, buka slide baca dan habis masa keluar kelas. Ada yang jenis caring sangat-sangat students dianggap macam anak-anak atau ahli keluarga. Ada yang berlagak macho dengan kotak pemikiran." Aku berkuasa menentukan nasib students sama ada kena tendang atau terus kekal di fakulti". Macam-macam lagilah ragam lecturer.
Ada pensyarah yang suka menghukum.
Jadi apa yang ingin aku cerita di sini, kadang kala kita menghukum suatu golongan masyarakat dengan pandangan yang bersifat peribadi. Lantaran diri kita berhadapan dengan suatu keadaan yang negatif dengan beberapa watak individu maka kita menghukum yang negatif pada semua orang itu sama. Pengalaman isteri aku sendiri, berhadapan pensyarah yang suka menegur dengan cara negatif di depan pelajar. Dituduhnyanya isteri aku passenger dalam group presentation, dah sah-sah aku yang lihat isteri aku bertungkus lumus buat kerja tapi tuduhan dibuat sebegitu rupanya. Isunya di sini bagaimana persepsi sebegitu terbentuk? Mungkin aku mendengar di sebelah pihak isteri aku sahaja, Maka aku sendiri akan mengesahkan dengan berjumpa sendiri lecturer itu.Hasil diskusi itu nanti akan aku luahkan di entri akan datang.
Sepatutnya tidak kira engkau pensyarah ke student ke, naib cancellor ke yang penting nilai kasih sayang dalam teguran dan percakapan. Mungkin kita ada kuasa ketika ini mengutuk, memarah orang tapi tidak kita tahu di masa akan datang apa yang akan terjadi. Pensyarah yang sebegini mungkin ada masalah keluarga,tapi tunjukkanlah kemarahan anda dalam bentuk rasional dan penjelasan yang diterima dengan kasih sayang. Dalam konteks aku sebagai mahasiswa out campus, aku menghormati lecturer yang cuba memahami masalah students "tua" yang sememangnya banyak komitmen. Aku akui ada yang mungkin ambil kesempatan dengan banyak alasan tapi perlu difahami alasan itu harus direnung dan ditanggapi dengan sikap sepositif mungkin kerana untuk meletakkan keadaan yang sama full student dan part time student adalah suatu keadaan yang tidak adil.
Berbalik kepada situasi isteri aku, pensyarah yang "kekwat" yang suka marah-marah, suka buat muka-muka serius , ubahlah pendekatan, banyak-banyaklah baca buku-buku motivasi dan kemanusiaan supaya faham emosi bukan setakat hebat I.Q tapi juga E.Q dan S.Q (tentang isu IQ,EQ dan SQ aku akan ulas kemudian). Pensyarah atau guru adalah murabbi sebagai pembimbing jadi kawal emosi sebaik mungkin apabila berhadapan dengan karenah students. Masalah keluarga bawa ke tepi ketika di dalam kelas. Aku nak jumpa dulu lecturer tu nak tanya apa sebenarnya masalah dia dan isteri aku. Disebabkan dah lama dalam dunia akademik ni maka aku rasa kelebihan komunikasi diplomasi yang aku ada akan aku gunakan sebaik mungkin untuk selesaikan masalah ini dengan sebaiknya.
Kesimpulan
Kepada mereka yang jadi lecturers, tidak ada students yang datang belajar di universiti dengan niat untuk fail paper. Terutama mahasiswa tua, lebih baik mereka duduk diam bersama keluarga daripada menyusahkan diri pergi ke kuliah. Cumanya jika ada yang bermasalah di universiti maka selami hati mereka dengan penuh diplomasi dan bijaksana. Jika prinsip anda ingin bertegas terpulang, tapi biarlah atas dasar profesionalisme melalui penilaian ketika di exam.
Tapi jika ingin harapkan mereka datang kelas on time, tak ponteng kelas macam budak-budak full time itu adalah sangat mustahil. Bekerja itu sendiri sangat meletihkan, berkeluarga lagi, berikan mereka sedikit kefahaman dan kelonggaran. Manakala students yang full time pula jika mereka juga ada masalah, selami dulu masalah mereka bukan mudah-mudah buat persepsi negatif semata-mata. Mark mereka, lepas tu mengumpat mereka dengan kawan-kawan sejawatan itu adalah sikap yang tidak patut bagi pensyarah yang sepatutnya bertindak sebagai murabbi atau pembimbing mahasiswa. Aku yakin dengan pandangan positif disulami nilai kasih sayang yang ikhlas sahaja, maka hubungan harmonis students-pensyarah dapat terjalin..
Pada saya suka atau tidak, pensyarah mesti dihormati, adakala dengan pensyarah yang garang pun kita akan belajar kenapa dia garang dan kerek, demi kebaikkan kita juga awak. Bila garang kita jadi takut dan belajar betul2, bukan nak lari dari dia saja.
ReplyDeleteAwak menuntut ilmu, mesti terima apa jua keadaan, sedangkan sultan hendak menuntut dengan alim ulama pun kena duduk di bawah gurunya inikan kita pula sebagai pelajar.
Maaf saya cakap, pelajar tua atau muda, takda jalan mudah untuk berjaya. Kalau kita pelajar pun nak tunjuk ego depan pensyarah, mau tak diberkat ilmu pada kita siapa susah awak.
Sekadar bagi pandangan. Saya pun masih belajar lagi.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat mastura. Kita perlu menghormati lecturer dalam apa keadaan sekali pun...Tunjuk ego,bogkak,sombong bukan sahaja student tak boleh buat kepada lecturer, lecturer juga tak boleh buat kepada students. Sebenarnya sifat ego ni tak boleh ditunjuk kepada sesiapa sahaja hatta kita ini pemimpin besar sekali pun..
ReplyDeleteSelalunya lecturer yang bersifat kerek, garang ni yang saya perhatikan biasanya berlaku pada lecturer muda yang rasa inferiority complex atau pun dia terpaksa guna cara itu untuk gain respect dan build confidence dlm diri dia..
Ada banyak cara sebenarnya untuk bina kekuatan dalaman diri...Mahirkan ilmu psikologi, teknik komunikasi yg berkesan dan pling penting mahirkan diri dengan pelbagai general knowledge dapatkan menaikkan esteem diri di mata students tidak kira students tu tua atau muda.
Pengalaman saya berguru dan belajar dengan mereka yg ada fikrah islamik, golongan ilmuan sebegitu sama sekali tiada unsur2 kerek, garang,ego ini tidak ditonjolkan..tapi di universiti gejala kerek,ego lecturer, pentadbir universiti agak berleluasa..
adakah ini yg dikatakan di dunia akhir zaman ini, ilmu adalah sbg komoditi perdagangan semata-mata... orang yang mengajar nak kejar duit semata-mata dan yang nak belajar juga nak kejar material juga semata-mata... Namun saya percaya, sebagai students dengan menghormati guru, pensyarah barulah keberkatan ilmu dapat diperolehi..
Saya cukup tak suka mendengar sesetengah students mengumpat,mengutuk lecturer sewenang-wenangnya seolah-olah lecturer ini di mata mereka tiada nilai sebagai pembuka jalan ilmu kpd diri mereka... Kembali kepada cara hidup Islam dan panduan berguru mengikut sunnah nabi..Itulah sebaik-baik panduan kepada manusia dalam menjadi penuntut ilmu...
To anonymous..
ReplyDeleteAku sebenarnya memang tak melayan opinion dari anonymous ni. Tapi dalam kes ko ni sbb aku kenal ko. Mujurlah sepupu pakar IT dalam bidang Data Forensic.
Untuk pengetahuan ko. anak-anak buah aku dari program motivasi mahsiswa dulu2 ramai yg jadi lecturer, kawan-kawan sebaya pun ramai jadi lecturer yg dulu satu sekolah, satu fakulti..
So memang sedaplah mulut aku nak kritik golongan lecturer ni.. memang cara aku kritik macam dgn kawan2 je..Ko dtg blog aku ni ibarat ko datang masuk rumah aku.. boleh ke ko nak kritik aku macam ni kalau ko datang ke rumah aku yg berbentuk fizikal? makan pelempang akulah jawapnya.
oh kalau students banyak songeh kena buat kerek. kalau lecturer yang banyak songeh? student kena buat apa pulak? ko masa ada kat fakulti law sikit pun aku tak ambik kisah pasal ko. yang ko nak main tuduh aku tak habis belajar ni ko tau tak yg aku sedang sambung MBA skarang ni? CCP, CFP kos profesional dalam bidang banking pun aku dah buat. Ko ada?
Jalan depan aku buat2 tak kenal tapi bila kat blog tukar nama jadi anonymous bukan main hebat lagi ko ni ye?
aku tegur lecturer yg berperangai masalah. so kalau ko ada masalah mcm tu ubah perangai ko.. tak payah nak ungkit kisah2 lama aku.. aku habis blajar lambat ke tak habis blajar ke duit yuran aku bayar..
ada aku minta duit bapak mak ko? aku ingat isu blajar lambat habis/tak habis ni dah tak timbul ..tapi ada lagi org mcm ko menghimpit hidup aku..kutuk2 aku pula tu kat blog ni yang aku kongsi dengan isteri aku yg tersayang..malu juga aku depan isteri aku..
P-S :- nampak aku kat shah alam/faculty business/ fakulti law uitm / kat mana2 pun tegur2 la aku..jangan berani kat blog je..