Baru-baru ni bertemu dengan Ustaz Pauzi Awang. Beliau buat open house di rumah beliau di Ara Damansara. Ketika majlis makan-makan sedang berjalan beliau sempat menggunakan microphone untuk bagi tazkirah ringkas kepada tetamu yang datang dengan memberikan tips yang sangat berguna buat tetamu beliau, diriku dan isteri. Suatu konsep open house yang sangat menarik. Beliau kata manusia itu ada hati. Jika hati rosak, maka rosaklah segala jasad dan rohani manusia. Dosa menggelapkan hati kita setitik demi setitik sehingga menjadi hitam dan terus tidak boleh menerima cahaya hidayah lagi. Beliau bagi 3 tips buat permulaan bagi kami yang akan mula berguru dengan beliau secara rasminya tidak lama lagi.
Pertama.
Cuba zikir sebanyak 70 ribu kali kalimah Laailahailallah dan akan dapat pelbagai kelebihan. Tapi niat kena ikhlas bukan nak cari kasyaf atau kelebihan tok wali dan sebagainya. Niat ikhlas sebagai saham di akhirat.
Kedua.
Baca Bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur kerana ianya dapat menyelamatkan dari gangguan syaitan,jin dan manusia jahat yang cuba mengganggu ketenteraman manusia.
Ketiga.
Amalkan solat sunat 2 rakaaat sebelum Subuh . Rakat pertama baca surah Alam Nasyroh dan rakaat kedua baca surah Alam Tarokai. Akan diberi kemudahan dalam urusan hidup dan ketenangan jiwa. Insya Allah.
Kesimpulan
Terima kasih Ustaz atas curahan ilmu yang diberikan. Rasa bersyukur dapat ketemu seorang guru agama Syeikh Mursyid yang cukup tenang,bersih wajahnya dan tinggi ilmunya. Dah berusia 60-an dan merupakan pesara dari profesion seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam di UM. Sempatlah aku beli 2 buku tulisan beliau siap dengan tandatangan beliau lagi. Buku pertama beliau yang aku beli gambarnya di atas bertajuk "Tariqah Ahmadiyyah History And Development" dan buku kedua aku beli bertajuk "Wahai Wanita Bimbinglah Dirimu."
FAKHRUL WAS HERE!!!
ReplyDeleteDIHARAPKAN AGAR USAHA MURNI SEBEGINI DAPAT DITERUSKAN DAN DIPERBANYAKKAN LAGI.