Sweet Memories...

Sunday, July 31, 2011

Doa ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar



(Sumber gambar : http://maramissetiawan.wordpress.com)

Artikel di blog Ustaz Zaharuddin ini memang cukup bagus untuk kita memahami erti Lailatul Qadar. (Sila klik di sini).

Antara doa yang dianjurkan oleh nabi ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar

عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.

Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku.

(Rujukan : http://www.al-bakriah.com.my/)

Friday, July 29, 2011

Apa yang aku nak buat sepanjang Ramadhan 1432 Hijrah kali ini?



(Sumber gambar : http://nasoha.com/)

Seperti biasa apabila hendak tibanya Ramadhan dalam kepala otak ini akan muncul pelbagai idea bagaimana untuk manfaatkan masa yang ada di bulan Ramadhan.

Jauh sama sekali diri ini hendak menunjuk-nunjuk mahupun riyak tetapi perancangan yang diharapkan terlaksana di bulan Ramadhan dapat memberi idea dan inspirasi pada kawan-kawan lain dan juga menjadi peringatan bertulis kepada aku sendiri.

Ini senarai amalan ukhrowi yang ingin dibuat sepanjang Bulan Ramadhan.

1. Tidak meninggalkan walau sekali solat tarawih.

2. Ini idea abang angkat aku namanya Abang Aidil, setiap malam di bulan Ramadhan solat tarawih di masjid yang berbeza. Solat tarawih malam pertama dimulakan di Masjid Al-Falah bersama Syeikh Jibrel.

3. Tidak tinggal sahur dengan bangun pukul 4.30 pagi.Buat solat tahajud dulu dan kemudian bersahur.Kalau dapatbuat sebulan penuh confirm dapat tahajud di Malam Lailatul Qadar.

4. Satu hari satu juzuk Quran. Ini payah sikit sebab dah try dari dulu lagi tak pernah-pernah berjaya. Kali ini nak try lagi.

5. Buat catatan harian diblog mengenai kuliah maghrib yang dihadiri dan juga perjalanan harian Ramadhan. Kiranya macam diari Ramadhanlah.

6. Nak menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis yang penting macam hadis 40 ke. Ayat-ayat al-quranyang ingin dihafal mungkin boleh mantapkan balik kesuluruhan juzuk amma dulu.

7. Ingin bersedekah setiap hari paling kurang sehari seringgit.

Setakat ini sahaja ilham yang aku dapat . Harap-harap boleh terlaksanalah ke semuanya. Aminn.

Thursday, July 28, 2011

JIBREL DATANG MEMBACA WAHYU (AL-QURAN)




SYEIKH JIBREL TURUN KE MASJID AL-FALAH USJ 9

SYEIKH MUHAMMAD JIBREL
(QARI TERKENAL DARI MESIR)

AKAN MENGIMAMKAN SOLAT ISYAK & TARAWIH ,
MALAM PERTAMA RAMADHAN
(jika 1 Ramadhan = 1 ogos)

HARI AHAD MALAM ISNIN ,
31 JULAI 2011

DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA (MAF).

www.alfalahUSJ9.blogspot.com
------------
datanglah ramai-ramai & tolong war-warkan.
syukran jazilan.

Tips menghadapi Ramadhan...




Assalamualaikum w.b.t...

Ramadhan menjelma lagi. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.Target aku kali ini ingin peroleh Malam Lailatul Qadar.Caranya mudah sahaja, bangun tahajud dari malam pertama sampai malam terakhir Ramadhan...

Confirm dapat punya Lailatul Qadar. Tapi dari segi teorinya memang mudah,dari aspek praktikal belum tentu lagi.

Syaitan diikat tapi nafsu yang telah diganggu oleh syaitan selama 11 bulan tidak akan duduk berdiam diri membiarkan insan membuat amal kebaikan.

Terjumpa artikel yang menarik di bawah ini sebagai tips bersama untuk jadi panduan menghadapi Ramadhan Al-Mubarok...

Semoga kita mendapat maghfirah, rahmah dan seterusnya pembebasan api neraka di atas keberkatan Ramadhan... Aminnn..

P.S :- Saya mengajak kawan-kawan untuk bersama kami suami isteri untuk solat tarawih malam pertama (Ahad malam Isnin jika 1 Ogos = 1 Ramadhan) berimamkan Syeikh Jibrel di Masjid Al-Falah USJ.Jumpa di sana!


Istiqamah asas cari Lailatul Qadar


Dikirim oleh epondok di September 4, 2010
Oleh MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR

DALAM artikel sebelum ini, telah dijelaskan beberapa pandangan ulama tentang malam-malam yang dihukum sebagai Lailatul Qadar. Berdasarkan kepada teori pendapat ulama, nampaknya tidak wujud kesepakatan tentang malam bilakah akan berlaku Lailatul Qadar.

Dalam hal ini, bagaimanakah sikap kita untuk mendapat rahmat dan anugerah Lailatul Qadar?

Kita boleh memahami kaedah mudah mendapat Lailatul Qadar dengan sedikit pemikiran logik. Contohnya seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada akhir tahun. Dalam silibus pelajarannya, ada 30 bab yang perlu dibaca.

Namun pelajar ini dengan kepandaiannya hanya membaca 10 bab sahaja. Ini kerana 10 bab ini belum pernah keluar soalannya sejak beberapa tahun yang lalu. Adapun 20 bab lagi tidak dibacanya kerana ia yakin bab-bab tersebut tidak akan keluar dalam peperiksaan nanti.

Bayangkan seorang pelajar yang hanya membaca 10 bab sahaja daripada 30 bab. Bagaimanakah peluangnya untuk lulus dengan cemerlang. Adakah diyakini pelajar ini akan mendapat keputusan A? Agak mustahil untuk mendapat A kerana terlalu sedikit yang dibaca dan diulangkaji. Mungkin sekadar lulus cukup makan sahaja.

Berbeza dengan seorang lagi pelajar yang mengulangkaji 30 bab dengan baik. Semuanya dibaca dengan teliti tanpa tertinggal walaupun satu bab. Semuanya difahami dengan baik.

Bagaimana tanggapan kita terhadap pelajar ini? Adakah beliau akan lulus? Kita yakin beliau akan lulus. Bagaimana pula peluangnya untuk mendapat A dalam peperiksaan? Kita yakin bahawa pelajar sebegini mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat A.

Konsep yang sama jika dapat kita aplikasi dalam mencari Lailatul Qadar. Ada 30 malam dalam bulan Ramadan. Namun kita hanya beribadat pada malam hari sekadar malam-malam tertentu.

Contohnya sekadar 10 malam sahaja dengan anggapan bahawa inilah malam al-Qadar. Mungkin kita memilih malam pertama, malam 10, 15, 17, 21, 23, 25, dan 29 Ramadan sahaja. Selebihnya kita abaikan kerana ia bukanlah malam al- Qadar. Adakah peluang kita cerah untuk mendapat anugerah Lailatul Qadar?

Sudah tentu agak tipis untuk mendapat Lailatul Qadar. Bagaimana pula jika kita beribadat setiap malam tanpa tertinggal walaupun satu malam.

Ibadat pada malam hari bulan Ramadan termasuk dalam saranan Nabi saw maksudnya: Sesiapa yang qiyam Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (riwayat al-Bukhari).

Apakah maksud qiam Ramadan? Qiam Ramadan dapat difahami sebagai ibadat pada malam hari. Apa jua ibadat boleh dilakukan.

Solat tarawih adalah ibadat. Maka sesiapa yang bersolat tarawih, maka ia termasuk dalam golongan tersebut dalam hadis itu. Namun qiam Ramadan bukan sekadar terhenti atas solat tarawih sahaja, bahkan banyak lagi ibadat boleh dilakukan.

Antaranya membaca al-Quran, berzikir dalam pelbagai bentuk zikir yang ada seperti tahlil, tasbih, takbir, tahmid dan sebagainya. Tahlil adalah ungkapan La ilaha illa Allah manakala tasbih ialah ucapan Subhanallah. Takbir ialah ungkapan Allahu akbar dan tahmid ialah ucapan Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, Nabi SAW ada bersabda agar Lailatul Qadar dicari pada malam-malam tertentu. Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya: Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam yang akhir. (riwayat al-Bukhari).

Maka hadis ini merupakan satu galakan agar ibadah dipertingkatkan pada 10 malam yang akhir. Dan berdasarkan hadis ini, nampaknya kebanyakan pandangan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tersebut antara 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 dan 29 Ramadan.

Melalui hadis ini, kita dapat menyaksikan sikap masyarakat yang mula liat ke masjid dan surau pada 10 malam yang terakhir. Bagi kaum lelaki, mereka sudah penat barangkali beribadat sepanjang 20 malam.

Bagi kaum wanita, barangkali mereka pula sibuk dengan perhiasan rumah dan kuih-muih. Ketika ini, kemeriahan dan kemanisan ibadat qiam Ramadan tenggelam dengan kemeriahan persediaan menyambut satu Syawal.

Oleh itu, satu kerugian jika kita terlepas peluang mencari Lailatul Qadar. Kita mungkin sibuk memecut larian dalam pusingan awal namun kepenatan dalam pusingan yang akhir.

Pelari sebegini akan kalah. Maka jika kita bersungguh beribadat dalam malam-malam awal Ramadan, dikhuatiri kita akan keletihan pada 10 akhir Ramadan.

Oleh itu, buatlah ibadah secara sederhana dan dalam kemampuan. Biarlah amalan sedikit tetapi istiqamah. Istiqamah dan konsisten sepanjang bulan Ramadan. Insya-Allah dengan nilai istiqamah disulami dengan keikhlasan, anugerah Lailatul Qadar akan menjadi milik kita.

Sumber : http://epondok.wordpress.com/2010/09/04/istiqamah-asas-cari-lailatul-qadar/

Monday, July 4, 2011

Kenapa perlu aktif berpersatuan sebelum habis belajar?



Entri kali ini membincangkan isu yang berat juga. Aku mulakan dengan statistik dari Jabatan Statistik Negara.

Mengikut maklumat dan data dari Jabatan Statistik Negara didapati jumlah siswazah yang menganggur di Malaysia sehingga tahun 2008 adalah dalam sekitar 80,000 orang yang mana mewakili 13 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang menganggur.

Jumlah ini mengalami peningkatan berbanding pada tahun 2006 sehingga 2007, jumlah siswazah menganggur adalah sekitar 60,000 orang.

Aku simpulkan mudah saja kenapa timbulnya isu mahasiswa menganggur ini. Puncanya mungkin dari sistem pendidikan kita sendiri yang terlalu exam oriented. Kurang aktif ketika menjadi mahasiswa jadi bila pergi interview confident tiada.

Benarkah pointer memainkan peranan utama? Menurut bos aku ada kes budak degree score CGPA tapi bila bekerja hampeh, dengan tak pandai komunikasinya, tak pandai bergaul dan tak tahu perkembangan isu semasa.

Jangan tipulah nak kata aktif lepas belajar bila mula kerja.Sebabnya tekanan kerja cukup hebat melainkan anda memang dah biasa aktif ketika mahasiswa dulu nak menguruskan masa lepas kerja memang mudah.

Ini teori aku tentang kronologi masyarakat generasi X dan Y atau alaf baru dari dia mula dilahirkan sebagai bayi sehingga mati.

Teori hidup generasi alaf baru Fendy:-

Bayi ---> Kanak-kanak ---> Remaja ---> Masuk Universiti ---> Cari Kerja ---> Kahwin ---> Dapat anak ---> Dapat Cucu ---> Mati

Jika kronologi kehidupan ini tidak disandari dengan nilai-nilai hidup Islam. Nescaya hidup dan mati seorang insan itu hanya seperti binatang sahaja. Sebabnya dilahirkan hidup di dunia tanpa tujuan. Hidup untuk makan, beranak dan mati.

Sekian, semoga diri yang menulis ini lebih insaf. Aku tutup dengan kata hikmah dibawah ini...

"Kehidupan seorang mukmin ibarat matahari, terbenam di suatu wilayah untuk terbit di wilayah lainnya. Dia selalu bersinar dan hidup serta tak pernah terbenam selamanya." (Muhammad Iqbal).

Saturday, July 2, 2011

Aku kembali berblog setelah 6 bulan bertapa.



(Sumber gambar : http://soul-diagnosis.blogspot.com/2010/05/jom-cintakan-ilmu.html)

Posting terakhir aku sebelum ni adalah pada 20 Disember 2011.Punca aku berhenti berblog sebab aku sudah berkarier kini di sebuah GLC. Kalau lalu kat tiang-tiang tempat tol akan nampak nama company aku terpapar.

Setakat tu sahajalah kot company aku mampu buat advertisement.Nak masuk tv agaknya tak mampu.Setakat masuk metro kat ruangan kecil tu adalah sekali sekala. Kerja di company baru ni cukup mencabar mental dan fizikal.Karenah bos dan kawan-kawan sekerja kadang kala agak melemaskan dan menghappykan.

Rupa-rupanya dunia belajar lagi best dari dunia bekerja. Bila dah bekerja rindulah pula nak sambung belajar. Aku berazam satu hari nanti aku juga ingin menggenggam PHD di tangan. Rasanya disebabkan agak lama tak menulis ni tangan agak kaku sikit. Mesti kawan-kawan ada yang tertanya kenapa tetiba rasa nak berblog ni.

Sebab utama adalah desakan isterilah. Sepatutnya 6 bulan aku tak berblog, blog ini dipenuhi dengan nukilan dari isteriku seperti yang dijanjikan.Tetapi dia pun nak bertapa macam aku. Adalah satu, dua posting yang berbunyi begini " off to Kuantan". Kira oklah tu. Abang harap sayang juga mengisi ruang-ruang posting di sini sebagai perkongsian bersama.

Aku harap, bermula dengan posting ini, idea untuk menulis akan datang mencurah-curah sebagai medium perkongsian dan dakwah kepada mereka yang mengikuti blog ini. Bila lihat di alam maya dunia IT ini, banyak blog-blog tak bermanfaat ditulis, diharap blog kami ini menjadi satu tempat berkongsi ilmu dan pengalaman untuk pelaburan di akhirat. Amin.

Aku tutup dengan kata-kata hikmah Ali bin Abi Thalib r.a tentang ilmu...

"Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu akan berkurang jika dibelanjakan tetapi ilmu akan bertambah jika dibelanjakan. "