Terima kasih kepada saudara Irfan kerana menjadi antara penaja utama dengan membeli tiga ekor ikan keli bakar yang besar, 3 bungkus air tebu, 2 bungkus kuih putu mayam kelapa, dan kuih-kuih. Dia ni baik hati,pemurah dengan kawan-kawan dan sentiasa bagi aku kesedaran untuk jadi ahli perniagaan. Tapi maaflah ya Encik Irfan, tengah sibuk dengan study ni. Tengoklah nanti di masa akan datang. Sesiapa yang nak tau mengenai Syarikat MLM Power Impian International Sdn. Bhd (anak syarikat Power Root) bolehlah hubungi beliau di talian 0197789601 (Irfan Power Root).
Lauk-pauk pada waktu itu agak mewah juga untuk kami yang hanya bertiga iaitu ikan keli bakar, sup daging, udang masak merah,sayur goreng dua jenis (sayangku masak dengan sangat sedapnya..),ikan goreng, ayam goreng ayamas, ikan masin goreng.. Kuih-kuih pula ada karipap (tajaan Auntie Nur jiran sebelah), popia goreng, kuih putu mayam,. Minuman teh o lemon panas(sedap gila sayang buat macam kat hotel) , air tebu, air oren dan jus langit (sky juice). Buah-buahan terdiri dari kurma dan buah epal...Malamnya pula kami bertarawih di Masjid Bukit Indah dan kami sambung balik makan sebab lepas bertarawih perut jadi lapar balik... Makanan pun berlebih itu yang rugi kalau tak habiskan...
(Sesi makan selepas tarawih pula)
Moral of the story...
Begitulah indahnya Bulan Ramadhan. Program ukhuwwah fillah menjadi amat rapat sesama ahli keluarga dan juga sahabat handai yang mungkin agak renggang sebelum ini...Pahala sebesar jihad juga dapat dijana oleh para isteri dan kaum wanita yang menyediakan makanan untuk keluarga dan suami. Para usahawan juga jika ikhlas dapat pahala menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa dan juga dapat keuntungan kewangan. Di samping itu dapat pula pahala bertarawih, dan fadhilat lain-lain amal ibadat yang boleh challenge ibadah umat-umat terdahulu yang lebih kuat dan lama hidup dan lebih lama buat ibadat sebab usia mereka ada yang mencecah ratusan tahun berbanding umat Nabi Muhammad.
Maka marilah kita berdoa semoga ketemu malam Lailatu Qadar yang hanya ada pada bulan Ramadhan Kareem... Belum tentu lagi kita ketemu di Ramadhan akan datang kerana ajal dan maut itu adalah suatu yang misteri tetapi pasti akan menjemput kita.... Semoga kita bertemu dengan Allah s.w.t denga husnul khotimah... Al-Fatihah... Amin Ya Robbal Alamin...
No comments:
Post a Comment