Sweet Memories...

Monday, August 30, 2010

Ulama Besar dari Kelantan datang ke Masjid Bukit Indah, Ampang...

Ahad lepas bersamaan 19 Ramadhan/29 Ogos ketika berada di rumah family di Taman Kosas aku dan sayang sedang melaksanakan aktiviti melawat bazar Ramadhan di kawasan Bukit Indah. Parking penuh di kawasan Bazar itu, jadi aku membuat keputusan parking kereta di dalam kawasan Masjid Bukit Indah yang berdekatan dengan Bazar Ramadhan tersebut. Setelah settle shopping di bazar tu, tepat pukul 7 petang kami pun nak keluar dari kawasan masjid, tiba-tiba keretaku kena block dengan beberapa rombongan kereta-kereta besar di pagar masuk utama masjid.

Rupa-rupanya Tok Guru dari Kelantan datang berbuka puasa di Masjid Bukit Indah. "Sesungguhnya Ulama itu adalah pewaris nabi". (Maksud Hadis). Maka apa lagi aku teruslah bergegas nak bersalam dengan beliau dengan niat untuk ambil tabaruk dan ambil gambar sebanyak mungkin tanda kenang-kenangan. Tok Guru memberi tazkirah maghrib di masjid dan bertarawih di situ. Aku dan keluarga sempatlah juga bertarawih dengan Tok Guru... Di bawah ini adalah gambar-gambar candid eksklusif Tok Guru dari kami buat tatapan peminat-peminat Tok Guru...




No comments:

Post a Comment