Sweet Memories...

Monday, August 29, 2011

Amalan sunat menjelang 1 Syawal...




Setelah sebulan tidak berblog akhirnya di hujung Ramadhan ini kutitipkan juga beberapa tips di entri baru ini amalan sunat yang boleh dilakukan ketika di pagi raya... Kami sekeluarga (termasuk baby yang dalam kandungan) memohon ampun dan maaf jika ada kata-kata kami di blog ini menyinggung perasaan dengan ucapan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin...

Sambutlah 1 Syawal dengan acuan sunnah nabi bukan sunnah artis sebab kemenangan mengharungi sebulan Ramadhan tidak selayaknya dirosakkan dengan amalan dosa di pagi raya... Di bawah antara beberapa amalan sunat di pagi raya yang aku ingin kongsi buat peringatan diri dan sahabat-sahabat sekalian...

Antara amalan yang boleh kita amalkan adalah :

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri, bersugi dan memakai wangi-wangian.

2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

8)Menziarahi kubur dan mendoakan mereka yang telah pergi.

9)Puasa enam di bulan Syawal. Kaedahnya nanti akan diceritakan di next entri.

Sumber (klik di sini)

Wednesday, August 3, 2011

Diari 1 Ramadhan 1432...




Semalam tarawih malam pertama di Masjid Bukit Indah. Agak terlewat ke masjid. Bangun sahur 4.30 pagi. Subuh 1 Ramadhan pula di Masjid Fatimah Az-Zahra. Selepas solat Subuh Ustaz Fazlul Rahimi memberikan introduction untuk pengajian kitab yang akan diajar sepanjang Ramadhan selepas Subuh di Masjid.

Waktu siang di pejabat dan bertemu sahabat lama yang kini dah jadi peguam di KLCC. Mata cuba dikawal sebaik mungkin. Perbincangan dengan kawan lawyer tu berkisar tentang isu Lelag Firm dia yang ingin dijadikan panel my company.

Balik kerja petang mata begitu letih sebab meeting di KLCC cukup meletihkan minda. Sebelum maghrib berbuka puasa sempatlah buka Quran sekejap. Tarawih di Masjid Fatimah Az-Zahra.

Kuliah Ramadhan selepas solat Isyak terlalu panjang juga oleh ustaz Fazlul Rahimi berkisar tentang kepentingan ilmu, takwa, iman dan ciri-ciri kepimpinan sebagai umat Islam. Solat Tarawih bermula pada pukul 9.40 malam.Habis solat tarawih dan witir pukul 10.30 mlm.

Selepas tarawih melayan cerita drama bersiri sempena Ramadhan di Astro bertajuk Ketika Cinta Bertasbih. Esok aku dan sayang nak solat tarawih di Masjid Bukit Indah.