Monday, August 29, 2011
Amalan sunat menjelang 1 Syawal...
Setelah sebulan tidak berblog akhirnya di hujung Ramadhan ini kutitipkan juga beberapa tips di entri baru ini amalan sunat yang boleh dilakukan ketika di pagi raya... Kami sekeluarga (termasuk baby yang dalam kandungan) memohon ampun dan maaf jika ada kata-kata kami di blog ini menyinggung perasaan dengan ucapan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin...
Sambutlah 1 Syawal dengan acuan sunnah nabi bukan sunnah artis sebab kemenangan mengharungi sebulan Ramadhan tidak selayaknya dirosakkan dengan amalan dosa di pagi raya... Di bawah antara beberapa amalan sunat di pagi raya yang aku ingin kongsi buat peringatan diri dan sahabat-sahabat sekalian...
Antara amalan yang boleh kita amalkan adalah :
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri, bersugi dan memakai wangi-wangian.
2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
8)Menziarahi kubur dan mendoakan mereka yang telah pergi.
9)Puasa enam di bulan Syawal. Kaedahnya nanti akan diceritakan di next entri.
Sumber (klik di sini)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat hari raya jugak pada along... maaf laa kalau ada salah n silap. tak kire laa saya sedar atau tak... doa kan anak abang sihat sejahtera :D
ReplyDelete