Optimis aku mesti mencapai segala impianku. Bila kita optimis sudah pasti mereka yang pesimis akan iri dan cemburu. Persetankan mereka itu yang pesimis! InsyaAllah impian untuk dipanggil ke Bar Council tak lama lagi akan kesampaian. Harapanku sebelum umur 30 tahun dan settle segalanya. Belajar Diploma in Syariah di UiTM memang cukup best.
Kiranya nanti dapatlah aku mengembangkan connection di kedua-dua bidang Civil dan Syariah .Bekerja di tempat sekarang pula memberi aku peluang untuk mahir dalam bidang properties dan banking. Semua pengalaman ini apabila digabungkan nanti akan jadi aset untuk aku mencapai impian menjadi jutawan soleh.
Ingin aku bangunkan sebuah tempat aktivis Islam belia berprogram, tempat latihan silat cekak yang sempurna,rumah anak-anak yatim,mahad tahfiz dan masjid. Semua ini dapat dibangunkan bila duit di tangan bernilai jutaan dan akan jadi amalan berpanjangan walaupun telah meninggalkan dunia nanti...Amin...
Sunday, October 23, 2011
Thursday, October 13, 2011
Perangai kawan-kawan... Pelbagai...
Aku memang ramai kawan.Tapi tak semua boleh jadi sahabat.Dalam berkawan tu kenalah ikut sunnah nabi.Berkawan dengan penjual minyak wangi maka dapatlah bau wanginya,berkawan dengan pembuat besi terasalah apinya. Bagiku bersahabat biarlah dengan ikhlas.Kawan yang baik adalah yang taat pada suruhan tuhan.Satu je yang aku tak tahan bila berkawan dengan orang yang suka bercakap besar.Rasa nak pelangkung saja kepala dia orang ni.Satu lagi yang hisap rokok sama.Janganlah main sembur saja kat kawan anda yang tidak hisap rokok.Macam-macam gaya watak manusia ni.Semoga kawan yang aku kenali dan mengenali aku semuanya berjaya dunia dan akhirat.Aminn...
Wednesday, October 12, 2011
Seronok bekerja....
Bila sibuk bekerja rasa hilang semua masalah. Mujur kerja aku banyak juga yang kena turun site visit di luar office. Jadi taklah rasa boring dan tertekan dengan suasana di dalam office yang kadang kala melemas dan merimaskan. Dalam dunia korporat, ini yang penting adalah skills communication. Bila bertemu dengan klien yang high level atau high network clients, gaya mereka bertutur, berfikir sangatlah maju ke hadapan. Mereka ini dah biasa jadi bos dan banyak pengalaman kerja, duit pula berkepuk tunggu masa nak buat investments saja tambah harta properties. Kalau customers tu non-malay pula kena bertutur dalam bahasa inggeris.
Asalnya english aku berterabur juga tapi aku paksakan diri aku sesuaikan dengan keadaan, lama-lama oklah juga. Klien yang banyak pengalaman ini yang banyak duit ni aku lihat sangat polite dan gentleman. Kadang-kadang customer yang sengkek-sengkek dan middle class ni yang eksyen lebih. Aku harap pengalaman di dunia korporat ini akan mematangkan diri ini dan siapa tahu suatu hari aku juga akan involve dalam dunia corporate sebagai business owner, jadi konglomerat hebat jutawan yang soleh... Business kan sunnah nabi dan 9/10 rezeki datang dari dunia perniagaan? Doa-doakanlah ya aku berjaya one day... Aminn..
Sunday, October 9, 2011
Hidup bukan sekadar untuk cari duit sahaja...
Kadang-kadang bila menghadapi masalah di tempat kerja terfikir pelbagai gelagat manusia yang pelik-pelik. Tempat kerja seolah menjadi medan politik pula. Dengki-mendengki, kutuk-mengutuk. Depan kita muka semanis kurma tapi bila di belakang ibarat duri dalam daging. Tapi bagi aku itu semua hal kecil sahaja ibarat daging di celah gigi. Lagi-lagi pula yang terlibat mungkin rasa inferiority, pangkat kecil, tiada suami dan nak tarik perhatian. Aku niatkan kerja ini mencari rezeki kerana Allah demi menyara keluarga dan bakal anak yang akan lahir ke muka bumi ini. Bekerja kena happy sebab boleh dikatakan separuh hidup dihabiskan banyak di tempat kerja. Niatkan kerja ini kerana Allah nescaya segalanya akan beroleh rahmat dan kebahagiaan... Aminn..
Subscribe to:
Posts (Atom)