Sweet Memories...

Sunday, October 9, 2011

Hidup bukan sekadar untuk cari duit sahaja...

Kadang-kadang bila menghadapi masalah di tempat kerja terfikir pelbagai gelagat manusia yang pelik-pelik. Tempat kerja seolah menjadi medan politik pula. Dengki-mendengki, kutuk-mengutuk. Depan kita muka semanis kurma tapi bila di belakang ibarat duri dalam daging. Tapi bagi aku itu semua hal kecil sahaja ibarat daging di celah gigi. Lagi-lagi pula yang terlibat mungkin rasa inferiority, pangkat kecil, tiada suami dan nak tarik perhatian. Aku niatkan kerja ini mencari rezeki kerana Allah demi menyara keluarga dan bakal anak yang akan lahir ke muka bumi ini. Bekerja kena happy sebab boleh dikatakan separuh hidup dihabiskan banyak di tempat kerja. Niatkan kerja ini kerana Allah nescaya segalanya akan beroleh rahmat dan kebahagiaan... Aminn..

No comments:

Post a Comment