Sweet Memories...

Sunday, May 13, 2012

Motivasi Akademi Potensi Diri dan isu sambung belajar dalam bidang Master In Psychology.



Para peserta program Motivasi Potensi Diri kali ini terdiri dari murid-murid darjah enam dari kelas-kelas pertengahan dan ke belakang meminta autograf. Happy mereka dgn ayat-ayat motivasi aku..Macam artis dah aku ni...hehe..Bukannya mudah utk tackle hati mereka. Aku perlu menurunkan level intelektual percakapan utk disesuaikan dengan murid-murid sekolah rendah. Kalau motivasi untuk mahasiswa universiti,guru-guru sekolah atau orang dewasa lebih mudah boleh guna bahasa intelektual yang tinggi...




Aku sedang memberi ceramah motivasi kepada ratusan sekolah pelajar sekolah menengah agama di SAMT Sultan Hisamuddin, Klang. Kelihatan mereka enjoy dan tekun dengar ceramah motivasi aku. Tidak ada istilah takut atas pentas atau hilang idea olehku bila jumpa audiens. Makin ramai audiens biasanya aku akan lebih bersemangat!Teknik penyampaian yang aku gunakan menekankan aspek GIKBPV. Gaya, isi, kelancaran, bahasa, personaliti dan vokal yang tepat, jelas, menarik dan mesti memukau audiens... Bila bercakap di depan audiens bukanlah hanya untuk berkata-kata tapi meluahkan KEBIJAKSANAAN...Ada masa aku suruh dia orang diri, ada masa aku suruh dia orang duduk , ada masa aku atas stage, ada masa aku trun ke bawah stage dekat dengan audiens untuk memastikan seorang pun tak ketinggalan atau terlena. Terima kasih kepada Guru Pidatoku Dato Dr. Syed Ahmad Syamsuddin Al-Sagof dari Akademi Nusantara (Pidato Class) yang banyak membimbing aku.


Setelah berhempas pulas belajar level ijazah dalam bidang undang-undang dan komunikasi (dulu buat Ijazah dalam bidang undang-undang di UiTM dan Ijazah Komunikasi di kolej Swasta secara serentak). Kini bekerja di sebuah Legal Firm sepenuh masa dan secara separuh masa sebagai motivator bersama Akademi Potensi Diri Sdn. Bhd aku rasa seperti ingin sambung belajar dalam bidang Psikologi pula. Master dalam bidang psikologi adalah satu kelebihan untuk jadi seorang motivator yang cemerlang dan lebih mantap untuk memahami audiens di program motivasi yang aku anjurkan bersama Akademi Potensi Diri...Tapi isunya kat mana ya yang lebih sesuai untuk aku sambung Master? Adakah lebih elok di IPTS atau IPTA seperti UPM, UKM atau IIUM? Aku akan buat research yang lebih mendalam dan istihoroh dalam isu ini...InsyaAllah...



No comments:

Post a Comment