Sweet Memories...

Tuesday, August 31, 2010

Perginya seorang penulis blog...

(Gambar diambil dari http://www.khaizarien.com)

Assalamualaikum w.b.t...

Ketika pagi tadi selepas mencari-cari malam lailatul qadar kat luar di rumah keluarga di Ampang, aku pun memulakan rutin harian sebelum bersahur, blog walking. Disebabkan ketika di luar rumah terdengar bunyi anjing menyalak maka rasanya malam tadi bukanlah malam lailatul qodar rasanya. Tiba-tiba masa blog walking terjumpa satu blog yang sangat best seorang sahabiah yang baru kenal di alam blog maya, student uitm dan penulisan beliau cukup menyentuh perasaan.

Aku terbaca entri dalam blog itu yang bertajuk perginya seorang penulis blog yang sangat-sangat menyentuh perasaan nak menitis air mata membacanya. Entrinya berkisar tentang para bloggers yang beliau kenal di alam blog tetapi telah kembali ke Rahmatullah atau meningal dunia kerana artikel-artikel mereka yang cukup berhikmah dan penuh dengan kebaikan dan mengajak mendekati Allah.

Aku pun terus melayari blog bloggers yang dah pergi ini, memang mereka ni penulis blog yang baik, artikel mereka buat aku terus rasa sayang pada dia orang seolah-olah macam dah lama kenal pula. Agak-agaknya kalau aku pula yang meninggal dunia, mati dah masuk kubur siapalah yang nak ingat ya. Diri ini banyak dosa, banyak menyakitkan hati orang, macam manalah bila nak mengadap Allah nanti. Mereka yang telah meninggal itu blog mereka menjadi tatapan hingga kini dan mereka tetap dingati sebagai orang-orang baik yang disenangi kawan dan keluarga.

Semoga roh mereka dicucuri Rahmat Allah dan kita juga entah bila, mungkin sekejap lagi, hari ini, esok,minggu depan, bulan depan, tahun depan ajal maut akan menjemput kita di alam barzakh. Aku mengaku aku belum bersedia. Banyak dosaku pada Allah, mama, ayah dan isteri tersayang.

Mohon pada-Mu Ya Allah, matikanlah diriku ini dengan kesudahan yang baik, matikanlah dengan husnul khotimah, berikanlah kesempatan padaku bertaubat membersihkan diri sebelum engkau menjemputku Ya Allah, aku ingin bertemu dengan Rasulullah s.a.w mendapat syafaat Kekasih-Mu di Padang Masyar nanti Ya Allah.. Matikanlah diriku dalam keadaanku yang dah bersedia untuk mati Ya Allah.. Allah Robbul Jalil, Ya Ghaffar... Ampunkanlah diriku dan terimalah taubatku dan berikanlah petunjuk taufik hidayah di jalan yang di Redhai-Mu kepada diri kami ,ahli keluarga, sahabat-sahabat dan semua umat Islam... Amin Ya Robbal Alamin..
Terfikir pula saya, dalam dunia berinternet ini, ramai yang mempunyai blog. Lagi popular blog tersebut, lagi hampir tuan punya blog dengan para pengunjungnya. Setiap hari mungkin pengunjungnya inginkan sesuatu yang baru dari tuan punya blog.

Tanpa disedari bahawa tuan punya blog boleh datang dan pergi. Sebagaimana pengunjung turut datang dan pergi. Namun bagi pengunjung setia yang mengenali dan rapat, apabila melihat sebuah blog yang sudah tidak lagi dikemaskini kerana pemergian pemilik blog, tentunya satu perasaan yang amat hiba dan pedih.

Baru-baru ini saya turut membaca beberapa tuan blog yang kembali ke rahmatullah, meninggalkan keluarga dan blognya terus kaku. Saya membuka blog mereka dan menatapi beberapa penulisan mereka dan juga gambar-gambar mereka sewaktu hayat dikandung badan, tanpa disedari datang perasaan hiba.

Blog tersebut masih berpengunjung, dipenuhi dengan ucapan takziah buat ahli keluarga, tetapi tuan punya blog sudah tiada di sisi, tiada mampu membaca kata-kata terbaru indah dan doa di blog mereka. Terfikir akan hal itu, perasaan sedih dan hiba sudah tentu melanda jiwa dan hati.

Sebagai contoh, blog milik pelajar perubatan Malaysia, Sdr Ammar Zulkifli yang meninggal akibat kemalangan di Mesir baru-baru ini. Sila buka blog beliau di sini .

Juga blog seorang ustaz muda, (Ust Wan Mohd Salimi) yang meninggal dunia dikatakan akibat kesan kemalangan juga, lebih pedih kerana meninggalkan isteri dan tiga orang anak. Blognya di sini pula .

Juga seorang bakal guru (Mohd Fadhiri bin Mohamad Ariffin ) yang telah bertemu dengan ALLAH bersama sahabatnya (Mohd Faizol) pada sehari selepas ulang tahun saya yang ke 23 tahun pada tahun ini akibat kemalangan jalan raya. Blognya di sini . Dan selepas pemergiannya, blog ini di buat khas untuk allahyarham oleh kak Long arwah.

Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan di doakan ruh mereka mendapat rahmat dan tergolong dari kalangan individu soleh.

Saya sebenarnya tidak mengenali mereka, hanya mengenali mereka melalui blog mereka sesudah pemergian mereka. Itupun, masih terasa hiba apabila menekuni isi blog mereka.

Tatkala membaca pemergian mereka, meninggalkan buku dan blog mereka yang dipenuhi nasihat berguna sebagai amal jariah berterusan. Benar, satu-satunya yang akan mengikutinya ke alam seterusnya. Saya tidak dapat lari memikirkan dengan diri sendiri.

Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN. Ruangan khas buat mereka saya semadikan di sini. Hibanya masih terasa... Melawati blog yang telah mereka tinggalkan...

Bagaimanakah nanti blog saya di ketika hari kematian...masanya belum diketahui namun ia adalah sebuah pemergian yang akan datang. Sama-samalah kita berusaha dan bersedia, kerana ia adalah satu pemergian yang tiada peluang ulangan. Hidup adalah sebuah exam yang gagalnya tiada ruang untuk mengulang. Nauzubillah.

"Ya Allah matikan daku dalam keadaan penghujung penuh kebaikan dan janganlah matikan kami dengan keadaan penghujung yang buruk"

Sekian

No comments:

Post a Comment