Sweet Memories...

Monday, August 23, 2010

Rumah Idaman kami...

(Gambar diambil dari http://www.mgp.com.my/)

Memang benar manusia itu tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Sebelum ini aku tinggal di rumah keluarga selama 9 bulan bersama isteri, kami nak sangat rumah sendiri.. Dah dapat rumah sendiri, masih lagi tak puas hati, isu keselamatanlah, tinggi sangatlah, environment tak bagus untuk anak-anaklah, lif selalu rosaklah,lif busuklah, air slowlah, kritikan-kritikan yang kadang-kadang bukan datang dari diri sendiri tapi dari 'orang luar' yang beria-ia bagi cadangan. Tapi tak boleh marah kat mereka-mereka ni, mungkin itu tanda prihatin mereka kepada kami.

Berbalik kepada rumah idamanku ini, nampak macam isu keduniaanlah pula entry kali ini, aku bersyukur dengan apa yang sudah ada sekarang ini tapi aku rasa tak salah memasang impian besar sebagai satu doa dan InsyaAllah akan hadir usaha yang bersungguh-sungguh dan rezeki yang tak disangka-sangka tak lama lagi. Aku ingin memiliki sebuah rumah bungalow seperti gambar-gambar di entry ini.

Secara logik dan bertulis di atas kertas aku yakin dengan adanya rumah sebegini selesa yang pasti pelbagai aktiviti yang bermanfaat dapat dilaksanakan.Bagi mereka yang dah biasa duduk rumah bungalow memang tidak hairan dengan rumah-rumah besar, tapi bagi kami suami isteri yang datang dari keluarga yang cukup sederhana hidupnya sentiasa mengidamkan rumah sebegini.Aku semasa baru dilahirkan duduk disebuah rumah kayu beratap zink di tengah-tengah bandar Ampang yang boleh dikatakan seperti rumah setinggan manakala isteri pula lahir di rumah kampung di Kampung Nipah di Bachok Kelantan. Dan kini kedua-dua keluarga kami menetap di rumah teres dua tingkat.Sebab itulah agaknya kami nak sangat merasa adanya rumah bungalow sendiri...

(Sumber gambar dari website http://homegallerydesign.com/)

Rumah yang besar macam ini memang best, aku dulu wakil sekolah untuk Sukan Water Polo jadi aktiviti renang memang aku sangat-sangat minat. Dengan adanya swimming pool kat rumah sendiri jadi begitu mudah untuk aku dan isteri berseksi-seksi sesama sendiri. Cuba kalau kalau kat kolam renang awam berseksi-seksi, memang memalukan dibuatnya dan dosa lagi dapat. Yang menariknya pula , boleh buat gathering keluarga di sebelah swimming pool sambil buat barbeque.

Di samping itu, aku nak rumah idaman kami ini ada sebuah taman bunga-bunga dan kebun sayur organik sendiri. Aku suka makan ulam-ulaman jadi bila nak makan ulam petik saja belakang rumah tak payah beli kat supermarket yang jual sayur mengandungi bahan kimia penyembur racun serangga. Aku juga nak tanam pokok-pokok hijau yang dapat menyejukkan mata memandang dan menyegarkan udara di sekeliling rumah...

Dan yang paling penting sekali ialah unsur-unsur keislaman dan akitiviti kerohanian seperti majlis zikir, majlis ilmu seperti pengajian quran dan ilmu-ilmu agama lain dan solat berjemaah dapat dilakukan dengan begitu selesa sekali. Ustaz dan ustazah yang dijemput nanti kami akan buat jadual khas untuk mereka supaya manfaatnya juga akan diperolehi oleh jiran-jiran yang berdekatan..

Malahan aurat keluarga juga dapat dijaga dengan sempurna, ialah bila di rumah yang kecil ni kadang-kadang bila ada gathering atau ada kenduri kendara keluarga kesian di pihak perempuan terpaksa bercampur gaul dengan lelaki sebab ruang dapur yang kecil menyebabkan kaum perempuan tiada ruang khas yang selesa untuk mereka.

Begitulah serba sedikit tentang rumah idamanku ini. Moga akan tercapai suatu hari nanti. My target sebelum umur 40 cita-cita ini akan tercapai. Amin Ya Robbal Alamin...


3 comments:

  1. ni memang rumah idaman semua pun .. =)
    salam, saya follow abg dan akak.. =)

    ReplyDelete
  2. salam..

    bila azam telah dibuat, berusaha dan bertawakkal lah.. insyaAllah, takde yang mustahil.. Tapi jangan lupa doakan Ustaz Love gak.. Ustaz Love pun nak umah mcm tu.. hehe ;)

    ReplyDelete
  3. rumah macam tu...dekat sejuta hargenye tuh...

    ReplyDelete