Sweet Memories...

Sunday, December 11, 2011

Nostalgia di fakulti undang-undang ditujukan khas kepada anonymous...

Sudah lama tak update blog ini. Hampir sebulan kerana sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan yang tidak pernah habis. Dalam masa yang sama blog aku ini sering juga dapat komen-komen dari peminat rahsia aku yang tak mahu kenalkan diri tapi cara dia komen tu macam dia kenal aku sangat. Aku tahu dia ini dulu pernah belajar law masa di fakulti undang-undang dulu tapi sentiasa update pekembangan diri aku. Yang kelakarnya masa di fakulti dulu tak tegur aku depan-depan pula. Aku pandang positif pada orang macam ini, teruskan doakan kejayaan aku dalam lapangan kehidupan yang penuh cabaran ini tapi janganlah jadi penakut dan bacul. Perkenalkanlah diri aku nak sangat kenal kau ini siapa.

Aku nak mohon maaflah semasa di fakulti undang-undang tak sempat aku nak tegur kau dan dapat selalu berbual mesra dengan kau mungkin kau terasa hati dan sebagainya. Waktu itu sebagai seorang yang agak lemah dalam bidang akademik di fakulti undang-undang, dapat tawaran masuk belajar di fakulti law UiTM adalah mungkin atas faktor nasib dan hasil doa yang dimakbulkan Allah. Sebenarnya hampir-hampir hendak kena dismiss tapi diri ini masih dapat bertahan di fakulti undang-undang. Bukan hendak menyalahkan sesiapa dan janganlah membandingkan dengan sesiapa sebab setiap individu ada kekuatan diri masing-masing.

Ketika di fakulti undang-undang sebagai pelajar sepenuh masa (2003-2006), apa yang dapat aku buat ialah dengan cuba memahami aspek teori undang-undang dengan duduk di kelas di barisan hadapan, sentiasa aktif bertanya tapi bila tiba waktu exam saja aku tak boleh nak perform. Tekanan ayah yang cukup kuat untuk berjaya menyebabkan diri ini memerlukan kekuatan dari luar supaya boleh bertahan di fakulti law. Akhirnya aku memilih aktif bersama dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia yang rata-ratanya pelajar undang-undang di UIAM yang menasihatkan aku bersabar dan tamatkan pelajaran Law di UiTM. Hampir-hampir aku belajar tak habis tapi berjaya juga bertahan setakat yang mampu dengan sentiasa mendekati sahabat-sahabat LAW di UIAM ini.

Dalam kelas law aku sentiasa aktif bertanya dan dilihat sentiasa menonjol sebenarnya bukan nak mengada-ngada padahal selalu repeat papers. Itu adalah character aku sejak kecil lagi sentiasa suka menyoal dan kritis. Jadi mungkinlah disebabkan itu banyaklah peminat rahsia yang suka bercerita dari belakang tentang diri ini. Isu MC dan tidak hadir ketika di final exam juga timbul sebab tekanan yang terlalu hebat untuk menjawab exam menyebabkan aku selalu hypertension dan diserang gastric. Sempat jugalah aku masuk wad untuk diberi perhatian rapi ketika waktu exam. Termasuklah kemalangan ketika di jalan raya menyebabkan aku kena extend papers.

Pernah juga aku terfikir untuk berhenti belajar law dan pergi ke sekolah pondok. Kau pun tahu kan anonymous aku pernah hendak ke sekolah pondok. Sebenarnya sebagai anak jati Kuala Lumpur kekosongan jiwa beragama menyebabkan aku rasakan bila bertemu dengan sahabat-sahabat yang ada fikrah agama ini menyebabkan jiwa ini cukup-cukup tenang dan bahagia walaupun mereka ini tiada degree cuma ada ilmu agama dari sekolah pondok. Tapi bila aku berjumpa dengan kau anonymous aku tak rasa seperti itu. Apabila aku melihat kau yang aku nampak kau seorang yang komited dengan ilmu undang-undang tapi dari aspek ilmu agama aku tak dapat rasakan kau boleh bimbing aku.

Tapi akhirnya budak-budak sekolah pondok juga nasihatkan aku supaya habiskan degree law aku dan suatu hari nanti bila berjaya mungkin boleh menyumbang kepada sekolah pondok dengan memberikan bantuan mungkin dalam bentuk idea dan kewangan kepada pelajar-pelajar pondok yang memerlukan. Untuk menampung pelajaran aku di fakulti undang-undang sebagai pelajar separuh masa pula aku perlu bekerja. Aku dapat kerja sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Penerangan tapi tugas aku di situ cukup berat dan sangat memerlukan komitmen yang tinggi bersama dengan orang-orang politik. Extend papers law lagi aku dibuatnya.

Tidak perlulah aku detailkan pengalaman aku yang cukup panjang di fakulti undang-undang ini kepada kau wahai anonymous. Cumanya cukuplah aku nukilkan hidup aku sebagai kehidupan yang penuh cabaran dan telah kering air mata ini dengan kisah-kisah sedih. Janganlah kau tambah lagi duka-duka keperitan ini di blog aku ini dengan komen-komen yang memerli dan sebagainya sebab langit tidak sentiasa cerah, bumi ini ibarat roda mungkin kau hebat tapi mana tahu suatu hari nanti kau juga akan diuji seperti aku. Malu aku kau kutuk-kutuk aku di blog ini sebab blog ini aku kongsi dengan isteri aku.

Janganlah diri aku ini dibandingkan dengan orang lain ketika di fakulti undang-undang, aku ada cabaran hidup yang sangat getir dan sukar. Aktif dalam persatuan, pergi sekolah pondok, extend belajar law adalah cara untuk aku survive sebagai pelajar undang-undang. Kritikan aku pada pensyarah, kawan-kawan adalah dalam konteks pemikiran dunia liberal dan kapitalis yang melihatkan aspek pendidikan, ilmu ini adalah dunia komoditi semata-mata. Tapi tak semua begitu masih ada yang ikhlas dalam dunia moden pendidikan cara universiti ini.

Kalau engkau terasa dengan kritikan pedas aku dulu-dulu ketika berblog, itulah adalah manifestasi diri aku yang sangat muda, berdarah panas dan melihat aspek dunia ini dengan keadaan perspektif yang negatif kerana aku hidup dalam suasan yang begitu agresif dan mencengkam perasaan. Apabila bertemu dengan sahabat-sahabat seperti pelajar-pelajar pondok, kawan-kawan law UIAM yang cukup aktivis dalam PKPIM dan ABIM menaikkan semangat aku untuk berubah menjadi baik seperti mereka tapi di UiTM ketika itu cukup berbeza kerana keadaan yang berbeza tidak seperti di UIAM. Jiwa ini memberontak hendak berubah tapi aku sedar student UIAM diuji dengan cara berbeza, aku kena terima UiTM juga ada kelebihan dan cabaran yang tersendiri.

Tidak perlukah engkau rungkaikan kisah silam aku dan perli-perli aku wahai anonymous. Kisah hidup kita berbeza dan cara kita melihat hidup juga berbeza..Aku doakan kau terus bahagia dengan kejayaan diri kau , dan doakan juga kejayaan aku dalam kehidupan. Artikel ini memang aku tujukan pada kau wahai anonymous... Aku mohon doa dari kau yang sering memerhatikan aku dari jauh untuk memahami dan mendoakan aku.Amin..

No comments:

Post a Comment