Sweet Memories...

Monday, April 9, 2012

Maksud nama DANIYAL RIZQI dan kenapa ianya jadi pilihan?



Nama DANIYAL, DANIEL, DANIAL adalah berasal dari bahasa Hebrew atau Ibrani. Tokoh ini yang dicatat dalam sejarah sebagai salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dalam tiga agama samawi (Islam, Kristian, Yahudi). Kita selalu confuse dengan makna sebenar dan nama itu. Kita selalu kata DANIAL itu nama Nabi.

Ya, Nabi Danial adalah seorang nabi yang hidup di zaman Babylon, seorang nabi yang sangat penyabar dan dikurniakan beberapa mukjizat seperti boleh menafsir mimpi, mengubat pesakit dan boleh menundukkan binatang buas seperti singa ketika dikurung dalam penjara bersama dengan beberapa ekor singa oleh raja yang zalim pada zaman Babylon tersebut.

Yes...Betul...Danial sama dengan nama nabi.Tapi apa maknanya?Tak kan makna DANIAL = Nama Nabi begitu saja... Pasti ada makna yang tersimpan disebalik nama yang baik itu (kena tahu bahawa, baba sebut nama baik sebab Allah memilih seorang hambaNya dengan nama ini untuk menjadi salah seorang dari kalangan hambanya yang soleh. Maknanya, nama ni baiklah kan?)

Baik... Dalam bahasa Hebrew, DANIAL, DANIEL, DANIYAL (baba masukkan ketiga-tiga nama ini sebab in the matter of spelling saja...ok...hakikatnya sama..) membawa maksud "My Judge Is God" maknanya, TUHAN(ALLAH) ADALAH HAKIM SAYA...

Ya Allah...Hebatnya makna nama ni... Aku harap anakku bangga dapat nama ni...Ini satu nama yang baik...Satu nama yang bukan saja baik..Tapi hebat... Dan aku harap DANIYAL RIZQI berazam untuk menjadi seorang yang hebat, sesuai dengan nama yang ada pada baby ini...

Manakala nama RIZQI pula bermaksud "Rezekiku" atau "Anugerah Tuhan". Perkataan "REZEKI" juga disebut oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran melebihi 120 kali dalam pelbagai surah-surah Al-Quran. Semoga DANIYAL RIZQI mendapat rezeki kesihatan, rezeki ilmu yang bermanfaat, rezeki harta yang berkat dan rezeki hidup yang bahagia, berkat dan aman damai...

Kalimat razaqa diterjemah kepada "rezeki" dalam bacaannya. Antara ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "rezeki" adalah seperti di bawah:-

2:25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu"; bahawa mereka diberi yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka teman-teman hidup yang dibersihkan, dan di dalamnya, mereka tinggal selama-lamanya.

(Surah Al-Baqarah. Ayat 25.)

13:26. Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya kepada siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia ini; dan kehidupan dunia ini, di samping akhirat, hanyalah kesenangan sementara.

(Surah Ar-Ra'd. Ayat 26.)

Klik di sini untuk lain-lain ayat Al-Quran yang menyebut tentang "REZEKI".

Setiap huruf-huruf ejaan untuk nama DANIYAL RIZQI juga boleh diberikan definisi seperti di bawah ini.


DANIYAL RIZQI
DDinamik
AAmanah
NNur
IIkhlas
YYakin
AAlim
LLemah-lembut
RRamah
IIdealistik
ZZikrullah
QQualiti
IIntuitif

Nama Daniyal juga diambil sempena Ustaz kegemaran baba iaitu Ustaz Don Daniyal yang ada rancangan televisyennya sendiri di TV Al-Hijrah. Selain itu ianya juga sempena dengan nama Dr. Danial Zainal Abidin yang merupakan seorang doktor perubatan dan banyak menulis buku-buku berkaitan Islam dan dakwah.

Daniyal Rizqi juga kalau dibuat short form, akan akan jadi "DR" bermaksud doktor. DR digabungkan dengan Effendy akan jadi DR. Effendy yang merupakan impianku untuk buat PHD satu hari nanti dan diharapkan Daniyal Rizqi juga akan dapat title "DR", mungkin sebagai doktor perubatan yang hafiz quran atau doktor falsafah PHD yang juga hafiz quran. Amin. Ya Robb...

Harapanku ialah supaya aku dapat membentuk anakku menjadi hebat dan ikhlas seperti ulama silam yang mahir ilmu sains dan juga ilmu –ilmu tradisi Islam yang berkaitan Quran, Hadis dan pelbagai cabang disiplin ilmu Islam yang lain. Baba impikan sangat supaya Daniyal Rizqi juga jadi Hafiz Quran suatu hari nanti... Amin.

Di bawah ini link nya... Jadi, bagi semua, selami nama anda... Anda hebat... Sebab hakikatnya Allah SWT yang memilih nama itu untuk tubuh anda.. Tak percaya?? PERCAYALAH!!!

Rujukan lanjut mengenai kisah Nabi Danial boleh klik di link wikipedia seperti tersebut:-

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Daniel

P/S: Kisah Nabi Danial juga boleh didapati di dalam kitab QASASUL ANBIYA" (Kisah-kisah Para Nabi) karangan Al-Hafiz Imam ibn Kathsir...

1 comment: