Sweet Memories...

Tuesday, August 17, 2010

Cinta akhirat buat kita dekat dengan Allah!

Oleh Effendy Bin Zulkifly

Cinta akhirat buat kita dekat dengan Allah! Response yang cukup baik dari artikel sebelum ini berkaitan cinta dunia menyebabkan moodku menulis makin menjadi-jadi. Kalau ilham dah datang dalam benak fikiran ini memang sukar lagi nak kutahan dari kulampiaskan dalam bentuk penulisan. Aku bukan dari golongan yang pakar di bidang agama tapi benar-benar berminat untuk mendalami ilmu agama biarlah suatu hari nanti apabila sudah ada anak-anak dan pabila mereka membesar aku sendiri sebagai ayah menjadi contoh terbaik buat mereka.


Sebagai contoh, kita mempunyai seorang anak yang baru lahir umurnya satu bulan, kita letaklah target dalam 10 tahun baby tu membesar kita berusaha mendalami ilmu agama merangkumi 3 aspek ilmu seperti ilmu feqah, usuluddin dan tasawuf dengan istiqomah secara harian/mingguan/bulanan sudah pasti Insya Allah kalau pun tidak menjadi ulama dan ustaz sekurang-kurangnya kita sendiri boleh membimbing isteri dan anak-anak dengan ilmu agama yang kita pelajari.


Ini tidak, sudahlah ilmu agama jahil (ini pesanan untuk diri aku khususnya), tak mahu belajar,tak mahu engar tazkirah dan cukupkah kita amalkan ilmu agama berdasarkan ilmu ketika sekolah rendah atau menengah dulu? Bayangkan berapa ramai yang solat tak betul dengan Al-Fatihah ketika di sekolah rendah/menengah dulu. Bolehkah membaca Quran dengan mantap di depan anak isteri? Yakinkah dengan ilmu itu untuk cukup untuk kegunaan diri sendiri dan membimbing keluarga sehingga ke Yaumul Masyar nanti?


Itu kalau dia masih lagi nak bersolat. Kalau dah lah jahil agama solat pun tak nak lepas itu berkahwin dan ada anak, bagaimana pula caranya golongan ini membimbing anak? Bolehkan keluarga yang dibimbing itu menjadi keluarga sakinah yang diredhai Allah? Jawapannya kembali kepada isu semasa yang berlaku sekarang dengan budaya hedonistiknya, dengan budaya seks bebasnya, dengan gejala dadahnya, dengan gejala buang bayinya, ragutnya itulah akibatnya apabila anak-anak ini dibimbing oleh ketua keluarga yang jahil ilmu agama dan rohani.


Ubatnya mudah, cintailah akhirat! Seperti firman Allah dalam Al-Quran Kareem,

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari dari jenis emas,perak,kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan swah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat tempat kembali yang baik.” (Surah ali-imran :14)


Firman Allah s.w.t lagi : “Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-A’la:16-17)


Sabda Rasululllah s.a.w : “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menunut ilmu pengetahuan maka Allah akan melapangkan baginya jalan menuju syurga.” (Hadits riwayat : Muslim dan yang lainnya)


Jelaslah bersandarkan ayat-ayat quran dan hadis di atas menjelaskan tentang peri pentingnya kita memilih kehidupan di akhirat sebagai matlamat hidup kita. Perjalanan ke akhirat pula memerlukan ilmu dan sudah pasti ilmu fardhu ain adalah faundation kepada apa sahaja jenis ilmu yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah. Ilmu alat untuk hidup di dunia juga penting sebab bila diniatkan kerana Allah akan jadi ibadah jua.


Aku memesan diriku dan berdoa pada Allah supaya terus berusaha mempelajari ilmu agama sedalam yang mungkin, setakat mampu yang mungkin ketika masih ada kudrat dan tenaga. Banyak cara boleh dibuat dengan membaca buku-buku, lawati website Islam, dengar tazkirah di surau, ziarah ulamak dan cari seorang guru mursyid yang boleh membimbing kita mendekati Allah. Dalam masa yang sama kebajikan dunia untuk sara hidup isteri juga perlu diperkuatkan.


Realitinya hidup zaman sekarang segalanya memerlukan ongkos dari segala aspek sampai mati pun nak perlukan ongkos kalau tak mayat kita jadi masalah kepada orang lain. Jika amal Islami ini tidak kukuh dalam jiwa sampai bila-bila jiwa ini penuh dengan keluh kesah, tak tenang dan berkecamuk dengan pelbagi masalah jiwa dan perasaan.


Adakah orang kaya yang hidupnya lupa Allah hidupnya masih boleh bahagia? Aku akan jawab di artikel seterusnya. Akhirul kalam, wassalam.


Rujukan Ayat Quran dan Hadis :-

Dipetik dari Kitab Ringkasan Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Habib Abdullah Alawi Al-Haddad ringkasan serta takhrij hadits oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dalam bab “Wajib Mengajar Anak Isteri Perkara Agama m/s 76” dan “Zuhud Terhadap Dunia m/s 399”. (Terbitan Halaqah Resources)


Cinta dunia buat kita jauh dengan Allah!



Oleh Effendy Bin Zulkifly


Syukur pada Allah hari ini dah nak masuk seminggu kita berpuasa di Ramadhan kali ke-13 sejak aku akil baligh. Puasa sebelum akil baligh kebanyakannya nak kejar ganjaran sehari seringgit bila berpuasa penuh dan menagih janji mama untuk beli makanan kegemaranku.

Ramadhan kali ini cukup menarik bagi diriku kerana pelbagai peristiwa yang menusuk hati dan mencengkam perasaan berlaku pada diri ini dan kali ini betul-betul aku serah bulat-bulat pada Allah untuk menenangkan emosi yang tidak berapa stabil ini.

Ramadhan kali ini juga rasanya ilham untuk menulis datang membuak-buak ibarat air yang mengalir di sungai dan muara. Kali ini aku nak menulis mengenai sikap cinta dunia. Acap kali kita mengeluh duit tak cukup, risau tak cukup sediakan kelengkapan keluarga bagi mereka yang berkahwin, takut miskin, takut mati, takut sakit dan bermacam-macam takut disebabkab cinta dunia yang cukup tebal.

Bagiku dari apa yang difahami melalui pembacaan dan mendengar guru-guru agama memberi takirah, cinta dunia ini adalah bermaksud yang aku faham apa sahaja yang kita buat di atas muka bumi ini semuanya dinisbahkan untuk kesenangan dunia semata-mata.

Misalnya, bila kita bercakap, berbual bersama keluarga dan rakan-rakan berapa peratus kitacakap tentang perkara agama, perkara tauhid dan ilmu-ilmu Islam. Biasanya perbualan berkisar tentang nak makan apa, kerja apa, nak bercuti ke mana, tentang kereta, tentang nak beli rumah, tentang nak buat bisnes, tapi tentang agama satu peratus pun tiada dalam percakapan.

Kerisauan kita tentang tak cukup duit sentiasa buat kita terlupa bahawa di belakang kita, di sekeliling kita ramai lagi yang merempat, tak cukup makan, mengemis dan sebagainya. Kita risau duit kita tak cukup nak besarkan anak-anak, sedangkan keyakinan kita pada Allah bahawa rezeki untuk anak-anak memang terjamin untuk mereka.

Bagi mereka yang bersekolah, belajar bersungguh-sungguh nak masuk universiti, dah masuk universiti nak ijazah. Dah dapat ijazah nak cari kerja lepas itu kahwin. Dapat anak dan kita bentuk pola yang sama iaitu sekolah-universiti-kerja-kahwin-dapat anak-mati. Tapi sedar tak bahawa hidup kita di dunia bukan sekadar itu sahaja.

Sumbangan kita pada agama, pada masyarakat memang ditaklifkan ke atas umat Muhammad. Hidup tidak semudah itu; sekolah-universiti-kerja-kahwin-dapat anak-mati. Aku memesan diri aku sendiri dan aku selalu merenung pola hidup sebegitu memang dah didoktrin oleh mak bapa sejak kecil. Tapi hati kecil tetap bertanya kenapa jiwa dan hati tidak tenang?

Jawapannya kembali kepada kefahaman hidup Islam yang syumul. Kadang-kadang hati timbul rasa cemburu melihat cara kehidupan orang kaya, senang dan segalanya ada. Hidup ini dirasa banyak sangat ujian dan dugaan. Tapi aku yakin ujian-dan dugaan yang Allah beri sebagai petanda kita di dalam perhatian-Nya.

Diduga supaya kita segera ke pangkal jalan, berdoa, bertafakur memuji dan merayu padanya... Ibarat taufan yang datang untuk mengembalikan alam ke suasana normal, tenang dan bening begitulah ujian dan dugaan yang ditimpa kepada manusia segalanya bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Manusia akhir zaman berlumba-lumba mengejar dunia yang akan musnah. Tak salah mengejar dunia, tak salah mencari kekayaan tapi jangan diabai kesedaran agama, kesedaran pada ilmu tauhid, ihsan dan akhlak. Sumbangan pada Islam perlu dilakukan dengan segala kelebihan yang kita ada. Mulut dan hati kita elakkan hanya berbicara soal duniawi.

Bila berbicara selitkanlah dengan perbualan tentang agama dan perkara ukhrawi supaya hati tidak keras dan gelap. Semoga apa yang dinukil ini menjadi keinsafan buat diriku sendiri yang seringkali lalai dan alpa dalam mengingatimu Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa kami dan berikanlah petunjuk dan taufik hidayah-Mu pada kami Allah agar menjadi insan soleh yang bertakwa dan beriman. Amin Ya Robbal A’lamin.

Sunday, August 15, 2010

Keseronokan bulan puasa dari perspektif diriku....

Oleh : Effendy bin Zulkifly



Bulan puasa adalah bulan yang cukup mulia. Di bulan inilah dapat dilihat keberkatan yang dirasai di semua peringkat lapisan masyarakat khususnya masyarakat umat Islam. Setiap orang mempunyai cara-cara mereka yang tersendiri meraikan bulan yang mulia ini.Masjid juga pada bulan ini bukan main penuh lagi dengan manusia yang menunaikan tarawih.Yang uniknya solat subuh yang sebelum ini hanya ada imam dan tok siak sebagai makmum juga penuh dengan saf jemaah..


Yang paling jelas kepada para peniaga inilah peluang bisnes berjalan dengan rancaknya. Inilah bulan segala jenis keuntungan dari pelbagai jenis perniagaan harus dijana. Bazar Ramadhan bukan main subur lagi di setiap tempat di pelusuk negara.Tapi dalam sibuk berniaga itu, berniagalah dengan jujur,rasa timbang rasa dan niatkan kerana Allah Taala bukan untuk untung semata-mata.


Bagi para mahasiswa, kesibukan belajar tidak menjadi halangan untuk meraikan kemriahan berpuasa. Mereka yang membawa fikrah islamik akan menjadikan bulan ini terisi dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Tarawih, zikrullah dan tadarus. Yang jenis bukan tak Islamik tapi belum melaksanakan Islam secara keseluruhan mungkin sebab faktor latar belakang keluarga atau pengaruh rakan sebaya, mereka tetap berpuasa tapi berbuka dengan pakaian menjolok mata bersama couple sambil hisap rokok, shisha dan maghrib entah ke mana. Yang pastinya bila tiba bulan puasa akan dapat dlihat masjid dan surau penuh dengan orang, siaran televisyen dan radio pun akan penuh dengan rancangan agama. Rancangan memasak pun akan bertambah.


Perangilah nafsu anda di bulan puasa laksana seorang laksamana di medan perang!

Sebenarnya puasa adalah waktunya kita melaksanakan tazkiyatul nafs (pembersihan jiwa). Bulan kerahmatan yang akan melipat gandakan amalan kita. Syaitan diikat tapi nafsu tetap subur dalam jiwa. Aku cintakan bulan ramadhan tetapi kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, dan menuntut ilmu memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Berbuka puasa bersama keluarga juga akan merapatkan hubungan yang mungkin selama ini bersama sepupu-sepupu agak renggang jadi rapat.


Aku manusia biasa yang juga suka keseronokan. Seronok tika bulan puasa ini dapat rasa makanan special yang dimasak oleh ibu tiada di bulan lain. Seronok membeli belah dan shopping tapi agaknya berapa peratus pahala yang tinggal bila shopping perempuan-perempuan zaman sekarang yang pakai dedah sana sini mengurangkan pahalaku.


Semoga bulan Ramadhan kali ini mengubah diri ini ke arah kebaikan. Semoga ramadhan kali ini dapat ke temu lailatul qadar. Moga Ramadhan kali ini dapat membersihkan hati ini yang penuh titik-titik hitam maksiat. Semoga ramadhan ini dapat aku jadikan sebagai charger bateri hati jiwaku yang lemah dengan urusan duniawi yang tak pernah habis. Aku letih dengan sifat materialistik dalam jiwaku sendiri dan orang lain yang menyebabkan diri ini rasa kotor bila berhadapan dengan Allah s.w.t.


Ya Allah.. Terimalah taubatku di bulan Ramadhan yang mulia ini... Aminn.. Salam Ramadhan buat semua dan mari kita sucikan diri kita kerana Allah S.W.T..


Wednesday, July 28, 2010

Belilah barangan keperluan anda di Mydin !

Oleh Effendy Bin Zulkifly


Apabila kita fikir Mydin mesti kita terfikir dengan persepsi Mydin barangannya adalah below par quality. Tapi apabila aku shopping di Mydin USJ Subang Jaya baru-baru ini mengubah persepsi aku tentang Mydin. Jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing Mydin aku amat yakin dengan support Mydin kita support perniagaan usahawan rakyat Malaysia. Selain itu, sebagai seorang muslim,kebersihan semata-mata tidak mencukupi tetapi ‘kesucian’ itu adalah perkara paling wajib dan terpenting. Kesucian itu sendiri merangkumi aspek kebersihan dan non muslim rata-ratanya mungkin tidak faham aspek kesucian dari sisi Islam.

Contoh apabila kita berbelanja di shopping complex di bahagian barangan dapur kita menggunakan troli yang mungkin dikongsi sebelum ini dengan mereka yang membeli daging-daging babi dan arak. Walaubagaimana pun aku rasa kebanyakan shopping mall mengasingkan barangan non-halal dan halal dengan pembayaran di kaunter yang berbeza. Malahan semua bahan-bahan di situ dibungkus dengan kemas. Terpulang pada pilihan masing-masing.Cumanya sebagai umat Islam yang prihatin kita perlu lebih sensitif sebab ada kemungkinan berlaku leakage atau kebocoran di plastik dan botol yang membalut daging babi dan botol-botol arak itu.


Pengalaman di Mydin USJ baru-baru ini sangat menarik. Di situ disediakan pelbagai jenis barangan kepada para pengunjung dari jenis barangan dapur, keluarga, peribadi, rumah,kenderaan dan juga disediakan food court yang bersih dan selesa.Yang paling menarik di situ apabila waktu solat didengarkan bunyi azan satu bangunan boleh dengar.Suraunya besar dan selesa. Babi dan arak tidak dijual dan confirm troli-troli di situ bersih dan suci. Yang bestnya di situ bahan-bahan seperti rempah ratus untuk masakan dilonggok dalam balang dan ditayangkan dengan pilihan yang aku rasa lebih dari 20 balang. Nampak meriah sungguh bahan-bahan rempah ratus tu..

Apa lagi terus aku bayar RM12 untuk dapat Kad Meriah Mydin sebagai tanda sokongan dan ikrarku kepada Mydin USJ untuk jadi pelanggan setianya. Akhir kata, ramai-ramailah berbelanja di Mydin USJ dan dapatkan Kad Meriah anda.

P.s:- Untuk makluman promosi yang aku buat, Mydin tak bayar apa-apa pun..

Tuesday, July 20, 2010

Proses mendidik bayi dari pendapat peribadiku...

Oleh : Effendy Bin Zulkifly



Artikel tentang bayi ini dinukil kerana dalam tahun 2010 ini ramai ahli keluarga dan rakan-rakan rapat yang akan dan telah menimang cahaya mata di sekeliling diri ini. Seronok mendengar sorang-sorang mereka yang rapat dengan kita akan dan telah dapat baby tapi diri ini dan isteri setelah setahun berkahwin belum ada rezeki lagi.

Pendapatku yang belum menimang cahaya mata ini. Sebenarnya artikel ini lebih untuk menasihati diri sendiri..Proses menimang cahaya mata ada 4 peringkat.

1) Peringkat sebelum isteri mengandung.
Kepada yang baru berkahwin amalkan doa-doa dan pendekatan Islam ketika “mendekati isteri” supaya tidak diganggu syaitan. Tambahkan ilmu agama dan pengamalan Islam sebanyak mungkin dan yang termampu supaya setiap perbuatan dan tingkah laku kta mengikut cara hidup Islam.

2) Peringkat ketka isteri hamil dari hari pertama.
Ramai yang mengabaikan aspek ini. Sebenarnya ketka isteri hamil dari hari pertama lagi kita sudah boleh mendidik anak-anak. Aspek makanan dari sumber halal penting. Didik anak-anak dengan pendekatan Islam dari awal dan juga si ayah dan ibu perlu amalkan tingkah laku yang baik terutama dari tutur kata. Si ibu juga perlu memperbanyakkan amalan zikir dan quran. TV hiburan lagho perlu dihentikan dan digantikan dengan quran, dan juga bahan bacaan ilmiah. Kalau ikut teknik orang Yahudi pula mereka amalkan buat kira-kira matematik yang mudah supaya anak otak genius. Jangan makan junk food dan benda-benda seperti kepala ikan.



3) Peringkat bayi sudah lahir di hari pertama.

Kalau aku ada duit lebih sudah pasti pilihan di hospital pakar swasta sebab tidak mahu nanti kes gunting tertinggal kat perutlah pastu tidak mahu isteri jadi bahan eksperimen doktor-doktor muda pelatih di hospital kerajaan. Dan sebolehnya mahukan doktor wanita yang menyambut baby aku. Aku juga nak minta kebenaran untuk ada di sebelah isteri ketika waktu bersalin. Lepas baby keluar terus azan. Sesetengah nurses yang bangang dia tak bagi azan sebab dia cakap nak bersihkan baby dulu. Kalau aku terus keluar dari perut aku terus pegang walaupun ada darah lagi kat badan aku nak azan sebelum setan yang azan kat baby tu. Bagi baby nama yang baik dan rujuk pada ustaz dan mereka yang faham bahasa arab supaya nama baby itu tak salah maksud.

4) Peringkat baby buka mata sehingga 2 tahun pertama.

Aku nak cuba elakkan baby dijaga oleh jiran. Sebab jiran tu akan ajar anak aku tengok tv sambil dia jaga baby tu. Baby jangan diajar tengok tv dan letak bawah kipas sebab menyebabkan otak boleh jadi lembab, mata rosak dan kena asma sebab sejuk dengan kipas. Baby juga perlu dididik dengan ayat quran dari kecil lagi. Dodoikan anak dengan lagu-lagu zikir bukan dengan lagu-lagu kuch-kuch hota hei. Breast feeding sangat penting sebab kalau didik dengan susu formula dikhuatiri baby itu tak kuat antibodi bila dah dewasa. Susu ibu akan buatkan baby itu jadi sangat sihat secara semula jadi dan sangat mesra dengan si ibu.



Kesimpulan

Didiklah diri, dan baby dengan cara ISLAM sebab ISLAM IS THE WAY OF THE LIFE. Rujuk pada pakar-pakar kesihatan seprti doktor atau orang yang lebih tua dan jangan ikut kepala otak sendiri ikut logik akal semata-mata atau pakai sumber internet yang entah dari mana sumbernya. Nak rujuk internet boleh tapi mesti dari sumber yang diiktiraf sahaja.. Cara barat yang baik boleh diambil tapi perlu ditapis setakat yang bersesuaian sahaja. Ibu dan ayah itu sendiri perlu didik diri dengan cara Islam dan jika kita didik anak-anak takut pada Allah maka secara automatis anak-anak akan takut dan hormat ibu bapa kerana Allah s.w.t. Simple! Ikut cara Islam!

Friday, June 25, 2010

dinner @ saba' restaurant

Hari ni xbuat aper.dok umah jer.kemas2 ape yg patut.ptg baru abg balik kerja..boringnyer dok sorang2.huhu..disebabkan perut trase lapar, tetiba teringat nasi arab saba' restaurant..best sgt!! bulan lepas saye and hubby pg umah my kak long.jumper my dear umi n abah..mlm tu abah blanja anak menantu tersayang dinner kat saba' restaurant(atas permintaan umi sebenarnyer..heheh). tempat ni dah jadi feveret umi sebab kat kuantan xder..huhu.asal datang sri kembangan jer sini la tempat yang menjadi pilihan di hati..=) saba' restaurant ni terletak di cyberjaya, lebih kurang 15minit dr umah kakak. time kitorang sampai tu agak penuh jgk.maklum la musim bola n kat sini jer la orang cyberjaya nak lepak..heh.saba' restaurant ni adalah restaurant arab Yaman.so ramai la pak arab berkumpul kt restaurant ni. hidangan istimewanya tentulah nasi arab..saper2 yg rase nak pekena makanan arab bley la singgah sini..aper yang penting..makannya halal..=)


sesaper yg nak try nasi arab saba' restaurant sila rujuk peta di atas...=)


menu2 di saba' restaurant..



haa..ni la nasi arab yg sodap tu..yang ni daging kambing, 'Lamb Hanith'

.
ni plak kire special jgk kt sini, non-alkohol, carbonated malt drink..

p/s:- actually, gambar tak sempat nak ambik.so google search la..=P

Wednesday, June 23, 2010

My first post ~ nur akmal

Salam..this is my first post here..setelah nak dkat stahun blog ni wujud..hee..sblum ni my hubby syg jer yg tulis.sy tukang tgk jer..hehe.rasenye blog kitorang ni dah bersawang gler.last post pun beberapa blan yg lalu..nk wat camner.msg2 bz..huhu.hati ni nak sgt mnulis tp xder idea..heee..so slalu surf internet jln2 jenguk2 blog org jer..haha.byk gak la blog org yg sy follow(silent reader jer kot..=P) especially blog married students sbb sy pun same..hehe.bkn ape nk cedok2 pngalaman diorang n anything yg bley di share..most of them da ader baby.comel2 lak tu.tu psl suker gler jd follower..biler la pulak turn kiter nak 'bertiga'..huhu.insyaallah ader rezeki..sabar yer..=) actually hr ni baru abis exam for my intersession.alhamdulillah..selesai 2 paper business law n malaysian economic..harap2 result ok..huhu.insyaallah next sem will be my last sem in uitm after 5 years study for my diploma n degrees..bye2..huhu..xsabor wehh..so mlm ni kiter enjoy!!kbtulan abah n umi ader kt sri kmbangan umah my oldest sis, kak wani.so sy n abang nk g sane dinner sesamer..abh blanjer yer..hehe.ok get to go..da~

Friday, March 26, 2010

Inilah kampungku yang indah permai...




Tiba-tiba di pagi buta pada hari Sabtu ini aku nak bercerita tentang kampungku kepada sahabat-sahabat sekalian. Sebagai anak kelahiran Kuala Lumpur yang datuk, nenek dan saudara mara berada di Lembah Klang memang amat mendahagakan suatu perasaan ingin merasai suasana tinggal di kampung. Akhirnya setelah bernikah dengan seorang wanita yang amat kucintai, akhirnya aku ada kampung jua akhirnya. Blog ini juga ada kaitan dengan Kampung ku ini. Gambar-gambar ini adalah gambar kampungku yang bernama Kampung Nipah di daerah Bachok. Banyak pokok-pokok, ada orang kampung yang menternak lembu,itik,kambing dan ayam menyerlahkan ciri-ciri sejati sebuah kampung. Kampungku ini juga dekat dengan kawasan pantai laut yang cukup indah dan nyaman udaranya. Bunyi deruan ombak di pantai ibarat sebuah nyanyian merdu mengasyikkan dalam sebuah pementasan teater. Rasa nyaman, tenang jadikan aku selalu rindu nak balik kampung...

Tuesday, March 16, 2010

Cabaran pasangan suami isteri muda...

















Lama sunguh tidak kemaskini blog ini. Mulai hari ini, aku akan cuba pastikan blog ini aktif kembali dengan pengisian yang lebih segar dan santai. Isu kali ini lebih menekankan pengalaman peribadi sendiri dan rakan-rakan lain yang telah melalui fasa-fasa baru kehidupan berumah tangga.

Cabaran-cabarannya.

1)Emosi
Setelah berkahwin segala rahsia dan watak sebenar mula kelihatan. Maka kita perlu mengkoreksi diri kekuatan dan kelemahan diri pasangan dan diri sendiri. Cuba terima pasangan seadanya.

2)Kewangan
Kepada mereka yang bergaji besar suami isteri mungkin tiada masalah. Namun, hutang kereta, sewa rumah, belanja harian, dan belanja di luar kawal seperti kereta rosak, kena balik kampung perlu diambil kira. Perlu ada sistem kewangan yang dapat mengawal kewangan pasangan.
Kepada mereka yang bergaji RM2000 tetap dikira miskin jika belanja hidup melebihi RM2000 berbanding mereka yang bergaji RM1000 tapi belanja kehidupan hanya RM800 kerana ada lebih RM200. Gaji besar tidak semestinya kita hidup bahagia jika wang simpanan tiada malahan hidup dengan hutang dan defisit.

3)Ilmu rumahtangga
Mereka yang kahwin kerana cinta semata-mata tanpa ada sebarang perancangan menambah ilmu keibubapaan, agama, sosial dan rumahtangga akan menghadapi masalah di masa depan. Ilmu ini akan memastikan segala dugaan, cabaran dalam perkahwinan dapat diatasi dengan tenang tanpa konflik berterusan.

Cukup dahulu tiga cabaran ini. Kita bersambung di lain masa dan ketika. Wassalam.