Sweet Memories...

Friday, March 26, 2010

Inilah kampungku yang indah permai...




Tiba-tiba di pagi buta pada hari Sabtu ini aku nak bercerita tentang kampungku kepada sahabat-sahabat sekalian. Sebagai anak kelahiran Kuala Lumpur yang datuk, nenek dan saudara mara berada di Lembah Klang memang amat mendahagakan suatu perasaan ingin merasai suasana tinggal di kampung. Akhirnya setelah bernikah dengan seorang wanita yang amat kucintai, akhirnya aku ada kampung jua akhirnya. Blog ini juga ada kaitan dengan Kampung ku ini. Gambar-gambar ini adalah gambar kampungku yang bernama Kampung Nipah di daerah Bachok. Banyak pokok-pokok, ada orang kampung yang menternak lembu,itik,kambing dan ayam menyerlahkan ciri-ciri sejati sebuah kampung. Kampungku ini juga dekat dengan kawasan pantai laut yang cukup indah dan nyaman udaranya. Bunyi deruan ombak di pantai ibarat sebuah nyanyian merdu mengasyikkan dalam sebuah pementasan teater. Rasa nyaman, tenang jadikan aku selalu rindu nak balik kampung...

Tuesday, March 16, 2010

Cabaran pasangan suami isteri muda...

















Lama sunguh tidak kemaskini blog ini. Mulai hari ini, aku akan cuba pastikan blog ini aktif kembali dengan pengisian yang lebih segar dan santai. Isu kali ini lebih menekankan pengalaman peribadi sendiri dan rakan-rakan lain yang telah melalui fasa-fasa baru kehidupan berumah tangga.

Cabaran-cabarannya.

1)Emosi
Setelah berkahwin segala rahsia dan watak sebenar mula kelihatan. Maka kita perlu mengkoreksi diri kekuatan dan kelemahan diri pasangan dan diri sendiri. Cuba terima pasangan seadanya.

2)Kewangan
Kepada mereka yang bergaji besar suami isteri mungkin tiada masalah. Namun, hutang kereta, sewa rumah, belanja harian, dan belanja di luar kawal seperti kereta rosak, kena balik kampung perlu diambil kira. Perlu ada sistem kewangan yang dapat mengawal kewangan pasangan.
Kepada mereka yang bergaji RM2000 tetap dikira miskin jika belanja hidup melebihi RM2000 berbanding mereka yang bergaji RM1000 tapi belanja kehidupan hanya RM800 kerana ada lebih RM200. Gaji besar tidak semestinya kita hidup bahagia jika wang simpanan tiada malahan hidup dengan hutang dan defisit.

3)Ilmu rumahtangga
Mereka yang kahwin kerana cinta semata-mata tanpa ada sebarang perancangan menambah ilmu keibubapaan, agama, sosial dan rumahtangga akan menghadapi masalah di masa depan. Ilmu ini akan memastikan segala dugaan, cabaran dalam perkahwinan dapat diatasi dengan tenang tanpa konflik berterusan.

Cukup dahulu tiga cabaran ini. Kita bersambung di lain masa dan ketika. Wassalam.

Thursday, September 10, 2009

Buku ini pula antara sebab aku makin sayang padanya...



Buku ini pula dihabiskan dalam masa 4 hari. Lama juga nak habis sebab nak menghayati setiap bait-bait perkaitan Dr. John Gray. Dibeli di AmCorp Mall P.J. Chapter yang paling aku suka adalah chapter 8 dan 9. Barulah aku faham hahawa laras bahasa orang perempuan ini mempunyai gaya bahasa yang sungguh unik, inginkan perhatian, ingin sentiasa berkongsi perasaan, ingin dihargai dan selalunya setiap perkataan mempunyai maksud yang tersirat...

Orang laki hanya berkongsi masalah untuk cari jalan penyelesaian. Menyelesaikan tanggungjawab dianggap satu kebanggaan, harga diri dan selalunya ingin tunjukkan pada orang perempuan yang mereka boleh buat sendiri, dan tidak bergantung pada orang. Perempuan pula menganggap perkongsian masalah perlu dikongsi untuk tujuan berkongsi perasaan bukan semata-mata untuk cari solusi.

Lelaki selalu salah faham dan anggap perkongsian masalah tidak perlu dipanjangkan dan segera dapatkan penyelesaian... Bukan itu yang wanita mahukan... Mereka mahu luahan hati didengari dengan penuh empati dan simpati . Bila diberikan penyelesaian serta-merta seolah-olah lelaki tidak endah dan tidak mahu dengar luahan rasa hati mereka. Berbeza sungguh gaya bahasa dua spesis manusia ni. Kalau tak faham perkara pokok ni dalam hubungan suami dan steri memang akan berlaku pertengkaran dan pergaduhan...

Buku inilah antara sebab aku terdorong untuk menulis...


Penulis: Saiful Islam * ISBN: 978-983-097-189-6. * Tebal: 190 ms *
Harga: SM – RM20.90 / SS – RM22.90
Buku ni sudah habis dibaca pada minggu kedua bulan puasa yang lepas. Baca dalam satu malam sahaja. Hati rasa terbuai dengan rentak bahasa dan gaya penulisan Ustaz Hasrizal. Santai tapi berkesan di hati. Huraiannya nantilah aku akan ulaskan bila kelapangan. Tak rugi membacanya, sangat beruntung apabila diamalkan ilmu yang disampaikan dalam buku itu...

Sunday, August 30, 2009

Ahlan wa sahlan ...Pelancaran blog terbaru kami...

Hari ini pada tanggal 30 Ogos 2009 secara rasminya kami melancarkan blog kami ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian... Blog ini diharapkan menjadi tempat untuk kami berkongsi cerita perjalanan hidup kami sepanjang melayari bahtera rumah tangga dan menjadi rujukan sejarah untuk generasi akan datang bakal anak-anak kami bagaimana walid dan ibunya berhadapan dengan survival kehidupan di dunia ini...