Sweet Memories...

Tuesday, August 17, 2010

Cinta akhirat buat kita dekat dengan Allah!

Oleh Effendy Bin Zulkifly

Cinta akhirat buat kita dekat dengan Allah! Response yang cukup baik dari artikel sebelum ini berkaitan cinta dunia menyebabkan moodku menulis makin menjadi-jadi. Kalau ilham dah datang dalam benak fikiran ini memang sukar lagi nak kutahan dari kulampiaskan dalam bentuk penulisan. Aku bukan dari golongan yang pakar di bidang agama tapi benar-benar berminat untuk mendalami ilmu agama biarlah suatu hari nanti apabila sudah ada anak-anak dan pabila mereka membesar aku sendiri sebagai ayah menjadi contoh terbaik buat mereka.


Sebagai contoh, kita mempunyai seorang anak yang baru lahir umurnya satu bulan, kita letaklah target dalam 10 tahun baby tu membesar kita berusaha mendalami ilmu agama merangkumi 3 aspek ilmu seperti ilmu feqah, usuluddin dan tasawuf dengan istiqomah secara harian/mingguan/bulanan sudah pasti Insya Allah kalau pun tidak menjadi ulama dan ustaz sekurang-kurangnya kita sendiri boleh membimbing isteri dan anak-anak dengan ilmu agama yang kita pelajari.


Ini tidak, sudahlah ilmu agama jahil (ini pesanan untuk diri aku khususnya), tak mahu belajar,tak mahu engar tazkirah dan cukupkah kita amalkan ilmu agama berdasarkan ilmu ketika sekolah rendah atau menengah dulu? Bayangkan berapa ramai yang solat tak betul dengan Al-Fatihah ketika di sekolah rendah/menengah dulu. Bolehkah membaca Quran dengan mantap di depan anak isteri? Yakinkah dengan ilmu itu untuk cukup untuk kegunaan diri sendiri dan membimbing keluarga sehingga ke Yaumul Masyar nanti?


Itu kalau dia masih lagi nak bersolat. Kalau dah lah jahil agama solat pun tak nak lepas itu berkahwin dan ada anak, bagaimana pula caranya golongan ini membimbing anak? Bolehkan keluarga yang dibimbing itu menjadi keluarga sakinah yang diredhai Allah? Jawapannya kembali kepada isu semasa yang berlaku sekarang dengan budaya hedonistiknya, dengan budaya seks bebasnya, dengan gejala dadahnya, dengan gejala buang bayinya, ragutnya itulah akibatnya apabila anak-anak ini dibimbing oleh ketua keluarga yang jahil ilmu agama dan rohani.


Ubatnya mudah, cintailah akhirat! Seperti firman Allah dalam Al-Quran Kareem,

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari dari jenis emas,perak,kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan swah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat tempat kembali yang baik.” (Surah ali-imran :14)


Firman Allah s.w.t lagi : “Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-A’la:16-17)


Sabda Rasululllah s.a.w : “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menunut ilmu pengetahuan maka Allah akan melapangkan baginya jalan menuju syurga.” (Hadits riwayat : Muslim dan yang lainnya)


Jelaslah bersandarkan ayat-ayat quran dan hadis di atas menjelaskan tentang peri pentingnya kita memilih kehidupan di akhirat sebagai matlamat hidup kita. Perjalanan ke akhirat pula memerlukan ilmu dan sudah pasti ilmu fardhu ain adalah faundation kepada apa sahaja jenis ilmu yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah. Ilmu alat untuk hidup di dunia juga penting sebab bila diniatkan kerana Allah akan jadi ibadah jua.


Aku memesan diriku dan berdoa pada Allah supaya terus berusaha mempelajari ilmu agama sedalam yang mungkin, setakat mampu yang mungkin ketika masih ada kudrat dan tenaga. Banyak cara boleh dibuat dengan membaca buku-buku, lawati website Islam, dengar tazkirah di surau, ziarah ulamak dan cari seorang guru mursyid yang boleh membimbing kita mendekati Allah. Dalam masa yang sama kebajikan dunia untuk sara hidup isteri juga perlu diperkuatkan.


Realitinya hidup zaman sekarang segalanya memerlukan ongkos dari segala aspek sampai mati pun nak perlukan ongkos kalau tak mayat kita jadi masalah kepada orang lain. Jika amal Islami ini tidak kukuh dalam jiwa sampai bila-bila jiwa ini penuh dengan keluh kesah, tak tenang dan berkecamuk dengan pelbagi masalah jiwa dan perasaan.


Adakah orang kaya yang hidupnya lupa Allah hidupnya masih boleh bahagia? Aku akan jawab di artikel seterusnya. Akhirul kalam, wassalam.


Rujukan Ayat Quran dan Hadis :-

Dipetik dari Kitab Ringkasan Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Habib Abdullah Alawi Al-Haddad ringkasan serta takhrij hadits oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dalam bab “Wajib Mengajar Anak Isteri Perkara Agama m/s 76” dan “Zuhud Terhadap Dunia m/s 399”. (Terbitan Halaqah Resources)


No comments:

Post a Comment