Sweet Memories...

Friday, August 20, 2010

Hari pertama kami berbuka puasa di rumah sendiri...

19 Ogos 2010 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1431H adalah hari yang cukup bersejarah buat kami. Sebab inilah harinya kami buka puasa sama-sama di rumah sendiri. Sejak bernikah 1 Jun 2009 tahun lepas, kami tinggal berasingan. Ketika baru bernikah saya buat keputusan cuti semester manakala sayangku pula duduk di kolej dengan kawan-kawan bujang. Untuk menampung keluarga, saya kenalah bekerja, tinggal dengan orang bujang dan cabaran cukup hebat sebab hati sentiasa rasa rindu nak jumpa. Bila balik kampung pula saudara mara selalu tanya tinggal di mana dan rasa pelik pula bila kami tinggal asing-asing.

Ramailah yang nak bagi nasihat dan jadi konsultan percuma. Suruh cari rumah sendiri. Tekanan jiwa juga dibuatnya. Sedangkan pada masa itu yang lebih kami perlukan adalah duit percuma. Nak suruh cari rumah sendiri apa dia orang ingat senang ke? Nak bayar deposit lagi, kelengkapan rumah lagi semua tu memerlukan ongkos yang tinggi. Budaya kahwin ketika masih belajar ini sebenarnya masih ramai yang tidak faham konsepnya adalah untuk mendekati diri dengan Allah s.w.t,nak mudahkan hubungan dating dan muamalat sepasang kekasih hati, jika pandang dari sudut material dan budaya biasa rakyat Malaysia, memanglah nak kena ada kereta, nak kena ada rumah yang lengkap dengan perabot, kerja tetap baru boleh kawin.

Sebab itulah remaja zaman sekarang ni ramai yang berkahwin dulu baru bernikah,itu dah kira cukup baik kalau mereka nak bernikah, ramai juga yang disebabkan halangan mak bapak yang suruh nak tunggu graduate, ada kereta, ada rumah, ada kerja tetap, mereka meneruskan hubungan kahwin tanpa nikah sampai ada anak, itu pun cukup baik kalau mereka nak bela anak itu atau letak di rumah kebajikan, banyak sangat berita dewasa ini anak-anak hasil kahwin tanpa nikah ini dicampak di tepi longkang dan tong sampah. Bagi kami bila niat nak mendirikan masjid ini kerana Allah s.w.t, ibu bapa kenalah bagi sokongan macam ibu bapa kami yang baik hati, maka Insya Allah yakinlah pertolongan Allah s.w.t itu akan tiba dari sumber rezeki yang tidak di sangka-sangka.

Akhirnya tepat pada 1 Mac 2010, setelah 9 bulan duduk berasingan akhirnya dapatlah kami sebuah rumah flat tingkat 8 yang cukup selesa buat kami dengan kelengkapan 3 bilik tidur dan 2 bilik air kami perolehi di pinggir kawasan Bandar Shah Alam. Syukur ada rumah sendiri. Nak main kejar-kejar, gulng-guling, lompat-lompat, gaduh-gaduh, jerit-jerit, gelak-gelak semuanya boleh dan bebas. Sebelum ini, kami duduk berasingan, hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad balik kat rumah keluarga aku di Ampang, Selangor semua benda buat kena control dan cover-cover.

Berbalik kepada cerita asal, puasa tahun lepas bila berbuka puasa, kami berbuka di kedai makan, di cafe-cafe kolej dan buka di rumah keluarga. Kini kami dah boleh buka puasa di rumah sendiri, sahur pun boleh masak sendiri. Cumanya disebabkan kesibukan kuliah kami berdua, hari puasa pertama kami berbuka dengan dengan juadah yang dimasak di Bazar Ramadhan.

P.S :-

Aku menulis artikel ini dengan air mata yang hampir menitis. Aku dah penat menangis spanjang kehidupan ini... Air mata ini ditahan daripada meleleh dan masuk ke hidung kerana biarlah air mata jantan ini menitis ketika di atas sejadah solat...

3 comments:

  1. tahniah kerana akhirnya dapat tinggal rumah sendiri.teringat masa saya mula mula kahwin dulu.macam ni lah keadaannya.tapi diakhirnya saya ditakdirkan hidup tak keruan,org lain makin senang saya ni..saya perlu bekerja keras..untuk mendapat rezeki..

    ReplyDelete
  2. bes kan dpt duduk umah sendiri.. tak pe la buat permulaan perabot tak lengkap pun, nanti akan kerja jugak n mase tu start beli la untuk lengkap kan umah.. semoga terus bahagia..

    ReplyDelete
  3. to Yahaya :- terima kasih en yahaya bg komen kat entry kami.. banyak2 sabar ye en yahaya atas dugaan dan cabaran..blog yahaya sgt2 best dan banyak membantu org lain.. besar pahala tu InsyaAllah.. semoga sukses selalu ..aminn

    to Aniemz :- memang best tapi tu lah memang kekurangan sana sini..kadang2 nak ajak org datang umah pun segan.. banyak sgt barang tak cukup.. doakan kami dapat beli bungalow yg sempurna satu hari nanti..amin... (dapat ilham baru nak tulis disebabkan komen aniemz ni hehe)

    ReplyDelete