Sweet Memories...

Friday, August 20, 2010

Sabtu Bujang vs. Sabtu Berkahwin...Ada apa dengan Sabtu?


Entry ini ditulis ketika aku sedang santai-santai dengan isteri di pagi Sabtu. Sejak dah menjadi sang suami ini, kegiatan hari Sabtu ku memang dah berubah.. Dulu mesti sibuk dengan program seminar, aktiviti mahasiswa,jadi amir usrah, jadi fasilitator program.. Kini semuanya dah berubah.. Kawan-kawan dulu yang bujang dulu rapat kini sudah ada jarak antara kami.. Orang bujang hidupnya simple, tapi jejaka dah tak teruna macam aku ini memikul pelbagai tanggungjawab.. Contohnya, hari Sabtu kena kemas rumah, tengok ahli keluarga isteri, beli barang keperluan rumah dan lain-lain.

Hari ini terasa agak kemalasan nak ke mana-mana. Seronok duduk berdua dengan isteri tercinta.. Seronok macam mana? Yang belum berkahwin pasti akan tertanya-tanya. Nak tahu kenalah kahwin dulu... Teringat pada aduan isteri bagi tau kat aku.. Kawan-kawan kat fakulti dia suka tanya soalan bukan-bukan kat dia dan dia rasa tertekan.. Bagi aku kita kena pandang positif, itu menandakan mereka jauh di sudut hati ingin juga berkahwin tapi sayangnya tiada peluang.. Jadi sebab tulah tanya soalan pelik-pelik kat isteri aku..

Ada ke patut tanya kat isteri aku.."Abang awak ni power tak?" Tak baik tanya benda-benda pelik macam tu.. Tolong-tolonglah memahami perasaan orang lain.. Kalau aku yang ditanya macam tu oleh kawan laki-laki aku tentang isteri aku.. Memang aku bagi pelangkung dua tiga biji buah silat kat dia orang...Cabaran di UiTM Shah Alam sebagai isteri dan mahasiswi ialah hendak menyesuaikan diri dengan kawan-kawan perempuan yang bujang yang belum berkahwin. Berbeza dengan budak-budak UIA, kahwin ketika student ni biasa saja .

Tapi di UiTM lain ceritanya. Kadang-kadang kahwin awal ini boleh disalah erti dan dipandang negatif. Contoh..Orang akan mengata.. "Dah gatal la tu".. "Ini mesti ada problem ni kahwin awal.." "Tunggulah habis belajar dulu." Budaya couple di UiTM berpeleseran sampai malam-malam di panggung wayang, di taman-taman jadi biasa. Tapi bila nikah/kahwin jadi pelik.

Biasanya students bila hari Sabtu paling best pergi shopping, yang sosial negatif pergi karaoke, clubbing dan macam-macam lagi aktiviti untuk puaskan nafsu..Kepada kawan-kawan mahasiswa mahasiswi sekalian.. Aku menyeru pada kalian manfaatkanlah Sabtu anda dengan aktiviti yang bermanfaat... Lagi-lagi sekarang ni bulan Ramadhan, maka penuhkan dengan aktiviti ibadat, ilmu dan luangkan masa bersama keluarga tercinta..

Hari ini rasanya dari pagi sampai tengah hari nak duduk rumah saja. Nak kemas rumah, kemas kereta, update blog, update notes law dan peluk-peluk isteri... Petang ni ingat nak melawat adik ipar di UIA matriks dan petang jumpa mama ayah kami yang tercinta di Ampang untuk berbuka puasa. Malam nak bertarawih di Masjid Taman Kosas yang penuh dengan aktiviti ceramah, terawih dan tadarus setap malam.

Selamat beribadat di Bulan Ramadhan...

8 comments:

  1. ada apa dengan sabtu? exam.. he he he..

    rindu ampang jaya.. minggu ini tak balik ampang.. hu3..

    ReplyDelete
  2. ish,, peluk2 isteri bulan pose bukan makruh ke? kekekeke.. oh~~ sy tmbah link blog awak di blog saya

    ReplyDelete
  3. aah, di UIA kahwin sewaktu belajar adlh sesuatu yg biasa...kdg2 tu siap 2-3 org dlm kelas pregnant sekali...suasana di sana sgt menggalakkan `early marriage`, alhamdulillah...tp cabaran tu ttp ada di mana-mana...bila posting di hospital, mcm2 soalan kena tanya...tambah bila perut buncit bila tgh sarat...tak boleh nak sorok status dh...insyaAllah, yakin bhw ujian itu membuatkan kt semakin kuat...amin...

    ReplyDelete
  4. betul.. sokong pandangan kak mawaddah tu.. memang kat UIA suasana kawen msae blaja ni mende bese.. saye pun ada dugaan macam awak jugak.. di UPSI tak sama macam UIA.. siap kawan2 perli lagi, "suami orang laen semua dah kerja, suami anim je yg blaja.."

    tapi tak pe la.. kite di jalan yg betul, insya ALLAH.. kite disatukan di awal sebuah kehidupan..

    ReplyDelete
  5. Jenguk2 blog orang dah kahwin ni membuka seribu satu persepsi yang perlu diperbetulkan dalam masyarakat pelajar dan orang-orang tua seumpama menarik rambut dari tepung biar jangan terputus.

    Aku orang biasa seperti orang ramai, tapi aku sedar penciptaanku bukan untuk sia-sia dan biasa-biasa. Oleh itu aku takkan membiarkan jalan hidupku biasa-biasa. Merentas arus kebiasaan itulah sepatutnya. Namun, jangan tenggelam dalam adat kebiasaan sebuah perkahwinan pula. Jadikan ia suatu kelainan yang luar biasa.

    Aku suka jika orang-orang yang dah berkahwin dan sedang dalam perjalanan menuju perkahwinan sedar dan hadam sehadamnya ayat-ayat motivasi tentang keluarga itu adalah fitnah.

    Ambil ibrah, tunjuk contoh terbaik. Tahniah buat kalian2 yang telah menyempurnakan separuh dari agama. Sempurnakanlah separuh lagi dengan bertaqwa. Ameen.

    ReplyDelete
  6. tersenyum saya membaca entry kali ini..

    lumrah belum bertiga,segalanya jadi indah bila dibuat berdua lebih-lebih lagi bersama yang tersayang..bila dah ada yang ketiga,insyaAllah bertambah indah dan bit challenging terpaksa menguruskan rumah dan study dalam keadaan berkejar-kejaran lebih-lebih lagi bila anak dah boleh berjalan dan berlari..

    hehe,saja je bagi gambaran awal..sebagai muqaddimah komen pertama sejak menjadi pembaca blog ini..suami saya kata nama blog ni unik..betul juga..kreatif kalian berdua..

    apapun,semoga dipermudahkan segala urusan..insyaAllah walauapapun pandangan dan persepsi rakan-rakan bujang kepada kita,hakikatnya hanya Allah dan kita saja yg tahu apa yg berlaku dlm rumahtangga kita..kerana rakan-rakan yg bujang juga insyaAllah bakal menamatkan masa bujang mereka..cuma,cepat atau lambat saja..

    teruskan melangkah dengan penuh bersemangat walau apa jua ujian yang menimpa..kerana yakin Allah sentiasa disisi dan NIKAH itu adalah besar ertinya disisi Tuhan..in fact,rezeki mencurah-curah insyaAllah..

    fi amanillah utk kalian berdua~

    p/s: maaf terpanjang pula komen ni..peace(^_^ V)

    ReplyDelete
  7. To Chanana :- semoga berjaya dlm exam tu..ampang jaya tu dekat je lah dgn umah family kita org..jiran rupa2nya...

    To aniemz :- rasanya peluk2 syg tu tak makruh kot..tu tanda sayang seorang suami mithali..chewah.. tq link kan blog kami.. rajin2 la bg komentar ye?

    To Nurturing The Ummah :- syukran atas komen yg membina dan nasihat yg baik..persepsi negatif tu memang dan bersendi di dalam masyarakat kita yg terlalu materialistik..kita lah pula yg ditaklifkan untuk membawa cara hidup Islam yg sempurna utk generasi kita akan dtg pula..tq beri sokongan pd kami...

    ReplyDelete
  8. To Hafiz dan Mawaddah :- syukran atas perkongsian pengalaman dan doa tu.. semoga kalian juga berbahagia selalu hendaknya dan kita sama2 ye saling doa mendoa dan support blog kita ni..tq u r the best!

    To mmk :- terima kasih mmk sebab sudi baca entry kami yang tak seberapa ni.. komen mmk ttg nama blog ni yg unik ni mmg saya sgt hargai dan menyebabkan saya dah ada ilham baru nak tulis ni sempena komen mmk ni nantikanlah ye... terima kasih atas doa..semoga kita semua jd insan kamil yg soleh diberkati dan diredhai Allah.. amin..

    ReplyDelete