Sweet Memories...

Sunday, August 22, 2010

Aktiviti-aktiviti di Hari Sabtu...

(Gambar diambil dari http://nurjannah87.blogspot.com/)

Al-kisah pada 11 Ramadhan bersamaan 21 Ogos semalam...

Jam 2.00 ptg

Mula bergerak bersama isteri naik kereta ke UIA matriks di P.J. Sampai saja di UIA matriks ambil adik ipar yang sabar menanti menunggu kami sebab dia nak beli barangan keperluan yang perlu digunakan seharian.

Jam 3.00 ptg

Kami tiba-tiba dapat ilham untuk ke kawasan Taman Melati dekat dengan area Gombak.. Akhirnya tiba-tiba tersangkut di Plaza Idaman disebabkan sayangku nak jalan-jalan window shopping katanya.. Terjumpalah kedai best namanya Beautiful Abaya di dalam Plaza Idaman (www.elegantabaya.blogspot.com).. Adik ipar saya namanya Sarah membeli barangan keperluan di situ dan dapatkan charger baru untuk hand phone Samsungnya yang rosak.

Jam 4.30 ptg

Disebabkan Sarah belum pernah datang ke UIA Gombak dan sayangku juga kali terakhir pergi ke UIAM hampir 10 tahun yang lepas, maka kami membuat keputusan solat asar di masjid UIA Gombak. Aku cakap pada sayangku ,"Di UIA Gombak nanti boleh tengok banyak lagi fesyen-fesyen abaya secara live."

Sayangku hanya mencemikkan muka saja mendengar cadangan ikhlasku itu.. Jawab sayangku.. "Tengok fesyen abaya ke atau tengok orang pakai abaya? " Rupanya keikhlasanku di salah erti oleh sayangku... Lepas ini kena berhati-hati mengeluarkan statement pada orang perempuan.

Jam 5.30 ptg

Kami pusing-pusing di sekitar UIA Gombak dan aku menjadi pemandu pelancong tanpa gaji pada sayangku dan Sarah. Kemudiannya kami lalu di kawasan Bazar Ramadhan di UIA Gombak.. Sangat meriah dengan abaya-abaya (maksudnya orang yang pakai abaya) tapi kami tak beli apa-apa pun.

6.30 ptg

Sampai di rumah famili di Taman Kosas, Ampang dan lihat semua orang dah sampai.. Bahagianya rasa di hati melihat adik-adik terutamanya anak saudara yang berumur 4 bulan Al-Razi pun ada sekali...

Pemerhatian di sepanjang perjalanan...

(Gambar diambil dari http://budakkampungonline.blogspot.com/)

Ketika di kawasan di rumah kedai di Taman Melati di Kawasan Plaza Idaman kami ternampak di satu kedai Judi Magnum / Toto (Tolong Orang Tipu Orang) dikulurumi/dikelerumi (betul ke eja ni?) oleh pakcik-pakcik dan makcik berwajah melayu. Mereka tak sedar ke sekarang ni bulan Ramadhan?! Dan mereka juga rata-ratanya berumur 50 tahun ke atas.Dah tua nak mampus tapi tak insaf-insaf lagi.. Astagfirullah...

Kadang-kadang berita semasa selalu kata orang muda zaman sekarang rosak akhlak, padahal sama saja orang tua zaman sekarang pun ramai juga yang rosak akhlak. Kami ternampak satu couple pakcik dan makcik ni, pakai tudung beli toto tapi cara mereka bijak mereka tunggu di luar kedai dengan menunggu orang lain belikan.. Tahu malu, tapi dia ingat Allah tak nampak ke?

Di UIA pula memang menarik pemandangan di situ. Kami buat lawatan ke sana sebab sayangku kali terakhir ke UIA 10 tahun lepas hantar makcik beliau ke sana, manakala adik ipar pula merupakan kali pertama beliau menjejak kaki di UIA Gombak walaupun dia student UIA. Suasana berbeza dengan UiTM Shah Alam, kami dapat lihat ramai muslimat yang pakai tudung labuh, jubah dan abaya. Yang muslimin pula dengan kopiah-kopiah mereka, baju raihan macam ahli-ahli kumpulan nasyid gitu..


(Gambar diambil dari http://arabiairani.blogspot.com/)

Sesuailah suasana islamik itu dengan nama UIA. Tapi kalau di UiTM, susah sangat nak jumpa suasana macam tu dan rata-ratanya berlumba-lumba menayang aset ditubuh badan (baca artikel lama aku di sini ---> http://jutawan35.blog.friendster.com/2006/09/sahabatkuwanita-wanita-seksidengarlah/) sebagai satu cabang seni fesyen yang pernah disebut oleh Ustaz Akhil Hayy dalam ceramah beliau yang berbunyi...

" Fesyen pakaian rogollah aku.."

Tapi aku lihat (bukan lihat tapi ternampak dengan sekali pandang..) ada juga sekor dua pakai seksi kat UIA Gombak ini , tapi kebanyakannya mereka ni orang berkulit gelap dari Afrika atau Nigeria. Aku cadangkan pihak berkuasa di UIA harus mengambil berat tentang isu ini sebab nama UIA cukup gah di seantero dunia sebagai Universiti Islam yang terkemuka.

Kesimpulan..

Ini ayat Al-Quran tentang judi...

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

(Surah Al-Maaidah. Ayat 91)

Ini pula ayat Al-Quran tentang aurat..

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

(Surah al-Nur, ayat 31)

Jadi korang semua renung-renungkanlah ya maksud terjemahan ayat-ayat Quran di atas... Akhirul kalam... Wassalam





No comments:

Post a Comment