Sweet Memories...

Sunday, August 15, 2010

Keseronokan bulan puasa dari perspektif diriku....

Oleh : Effendy bin Zulkifly



Bulan puasa adalah bulan yang cukup mulia. Di bulan inilah dapat dilihat keberkatan yang dirasai di semua peringkat lapisan masyarakat khususnya masyarakat umat Islam. Setiap orang mempunyai cara-cara mereka yang tersendiri meraikan bulan yang mulia ini.Masjid juga pada bulan ini bukan main penuh lagi dengan manusia yang menunaikan tarawih.Yang uniknya solat subuh yang sebelum ini hanya ada imam dan tok siak sebagai makmum juga penuh dengan saf jemaah..


Yang paling jelas kepada para peniaga inilah peluang bisnes berjalan dengan rancaknya. Inilah bulan segala jenis keuntungan dari pelbagai jenis perniagaan harus dijana. Bazar Ramadhan bukan main subur lagi di setiap tempat di pelusuk negara.Tapi dalam sibuk berniaga itu, berniagalah dengan jujur,rasa timbang rasa dan niatkan kerana Allah Taala bukan untuk untung semata-mata.


Bagi para mahasiswa, kesibukan belajar tidak menjadi halangan untuk meraikan kemriahan berpuasa. Mereka yang membawa fikrah islamik akan menjadikan bulan ini terisi dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Tarawih, zikrullah dan tadarus. Yang jenis bukan tak Islamik tapi belum melaksanakan Islam secara keseluruhan mungkin sebab faktor latar belakang keluarga atau pengaruh rakan sebaya, mereka tetap berpuasa tapi berbuka dengan pakaian menjolok mata bersama couple sambil hisap rokok, shisha dan maghrib entah ke mana. Yang pastinya bila tiba bulan puasa akan dapat dlihat masjid dan surau penuh dengan orang, siaran televisyen dan radio pun akan penuh dengan rancangan agama. Rancangan memasak pun akan bertambah.


Perangilah nafsu anda di bulan puasa laksana seorang laksamana di medan perang!

Sebenarnya puasa adalah waktunya kita melaksanakan tazkiyatul nafs (pembersihan jiwa). Bulan kerahmatan yang akan melipat gandakan amalan kita. Syaitan diikat tapi nafsu tetap subur dalam jiwa. Aku cintakan bulan ramadhan tetapi kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, dan menuntut ilmu memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Berbuka puasa bersama keluarga juga akan merapatkan hubungan yang mungkin selama ini bersama sepupu-sepupu agak renggang jadi rapat.


Aku manusia biasa yang juga suka keseronokan. Seronok tika bulan puasa ini dapat rasa makanan special yang dimasak oleh ibu tiada di bulan lain. Seronok membeli belah dan shopping tapi agaknya berapa peratus pahala yang tinggal bila shopping perempuan-perempuan zaman sekarang yang pakai dedah sana sini mengurangkan pahalaku.


Semoga bulan Ramadhan kali ini mengubah diri ini ke arah kebaikan. Semoga ramadhan kali ini dapat ke temu lailatul qadar. Moga Ramadhan kali ini dapat membersihkan hati ini yang penuh titik-titik hitam maksiat. Semoga ramadhan ini dapat aku jadikan sebagai charger bateri hati jiwaku yang lemah dengan urusan duniawi yang tak pernah habis. Aku letih dengan sifat materialistik dalam jiwaku sendiri dan orang lain yang menyebabkan diri ini rasa kotor bila berhadapan dengan Allah s.w.t.


Ya Allah.. Terimalah taubatku di bulan Ramadhan yang mulia ini... Aminn.. Salam Ramadhan buat semua dan mari kita sucikan diri kita kerana Allah S.W.T..


No comments:

Post a Comment