Sweet Memories...

Monday, April 9, 2012

Our Little Mujahid from Day 1 (21 Mac 2012) to Day 7 (27 March 2012).


Day 1

Day 2

Day 3

Bila baba datang wad baby tidur, bila baba balik dia bangun pula. Segan-segan pula dia dengan baba ye..hehe.. Alhamdulillah, petang pukul 5 pm hari ini, baby dan ibu dah boleh discharge wad.. Dah boleh balik ke rumah atuk nenek di Bukit Sekilau.. Ibu berpantang di situ 44 hari ... InsyaAllah.. Sesiapa yang tak sempat lawat baby and ibu di wad hospital silalah melawat di kawasan taman perumahan Jalan Bukit Ubi 2 di Bukit Sekilau ,Kuantan Pahang... Bawa hadiah ke, tak bawa hadiah ke kami sangat-sangat alu-alukan.. hehe...Kalau yang duduk jauh tu nak pos hadiah pun kami tak kisah...hehe...Akhirul kalam..wassalam..

Day 4

Hari ke-4.Di rumah atuk dan nenek, baba berjaya mengambil gambar baby membuka mata akhirnya . Menariknya di Kuantan ni, nurse dari klinik kesihatan datang membuat chechk up baby sampai ke rumah.Kat KL tak buat macam tu. Maybe sebab ramai sangat manusia di Kl rasanya.Babyku little mujahid, dunia luas terbentang ini menanti kamu untuk disemai benih iman dan takwa...Jangan dipandang dunia ini dengan pandangan mata zahir sahaja, pandanglah ia dengan mata hatimu...

Day 5

Semalam nurse datang rumah check up baby boy little mujahid. Hari ni hari ke-5 little mujahid kena pergi klinik pula untuk check up kesihatan.Harap-harap joundis adalah normal.Kagum dengan nurses yang berkhidmat walaupun pada hari Sabtu dan Ahad


Gambar hari ke-6 baby. Hari ni 27 Mac baby pergi ke Klinik Kesihatan Jln Gambut. Hasil doa dan berkat fully susu ibu sebagai asbab (NO to air masak/susu formula), Alhamdulillah joundis atau kuning baby semakin menurun dari tahap bacaan 13 dan terkini ke bacaan 10.5. Bacaan normal adalah 8. Baby cukup relax dan tenang saja apabila darah diambil..Semoga baby terus sihat dan jadi anak yang soleh. Nasihat baba kepada baby...Hidup biar berjasa, mati biar beriman... Amin Ya
Day 7 and Majlis cukur jambul /tahnik/ beri nama.

Ayah mertuaku, abah lead bacaan doa, selawat sempena Majlis Tahnik, belah mulut dan cukur jambul.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis tahnik belah mulut, cukur jambul yang diiringi dengan doa, selawat atas Nabi Muhammad s.a.w my baby little mujahid telah diberi nama dengan rasminya pada hari ketujuh sesuai dengan sunnah Nabi. My little mujahid telah diberi minum air zam-zam, dan dijamah sedikit dengan kismis, kurma oleh sidinya Ustaz Ghazali (atuk) dan didoakan agar jadi insan soleh yang petah meluahkan kata-kata, bijaksana dan sentiasa dilimpahi dengan rezeki kesihatan, ilmu dan harta yang barakah. Nama yang dipilih adalah DANIYAL RIZQI BIN EFFENDY ...

No comments:

Post a Comment