Ramai yang bertanyakan nama baby boy apa ya? Disunnahkan memberi nama bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya.
So, tunggu ya kami buat pengumuman rasmi pada 27 Mac 2012. Insya Allah majlis cukur jambul dan tahnik juga akan dibuat pada tarikh tersebut di rumah atuk dan nenek baby di Bukit Sekilau, Kuantan.
Mengenai anjuran pada hari ketujuh adalah menurut riwayat Tirmidzi," dari Amr bin Syuaib, dari bapanya, dari datuknya, bahwa Nabi saw menyuruh memberi nama bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya dan memotong tali pusatnya serta mengadakan akikah."
(Tirmidzi menggolongkan sebagai hadis hasan.)
Doctors and nurses kat HTAA semua baik-baik, friendly, cekap dan segala urusan baby dan ibu berjalan lancar. Cumanya masa melawat dijaga dengan cukup ketat dan tegas oleh guards bertugas... Baby boy kena stay lagi dalam wad under seliaan doktor pakar kanak-kanak sebab kandungan gula dalam badan baby agak rendah. Mohon doa saudara-mara dan sahabat-sahabat agar ibu dan baby sihat-sihat sahaja.
Kemudahan bilik kelas satu dapat juga akhirnya. mudah untuk wife jaga aurat sebab satu bilik hanya ada 4 katil sahaja.
Mengambil ubat di kaunter farmasil sebelum hendak pulang bawa ibu dan baby balik ke rumah atuk dan nenek di Bukit Sekilau.
Special to my wife Akmal Ghazali and my son's mum...
"A baby is something you carry inside you for nine months, in your arms for three years and in your heart till the day you die."
-- Mary Mason
"Baba + baby = WE love you so much IBU. Your sacrifice is priceless..."
--Effendy Zulkifly and Daniyal Rizqi
Sebelum keluar hospital harus ke kaunter di lobi makmur untuk menjelaskan segala bil. Kos yang perlu dibayar menjangkau RM530.00 untuk 3 malam. Kalau nak free jadilah kakitangan kerajaan. Layanan bagus dari staff nurses dan doctors dan bagi ucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan proses baby dari dunia gelap perut ibu ke alam duniawi ini yang penuh dengan nikmat Islam dan Iman...
mahal jugak ye.. saye baru ni masuk ward mmg duk kelas pertama.. tp government staff x rase kene membayar la time nak kuar.. hehe
ReplyDelete