Aku menanti isteri di depan bersalin HTAA dengan sabar dan berdebar-debarnya.
Walaupun waktu melawat telah tamat, untuk menunggu isteri yang ingin bersalin boleh tidak ikut masa lawatan.
Alhamdulillah.. Segalanya dipermudahkan Alllah s.w.t.. Terima kasih diucapkan pada doctors dan nurses yang terlibat di HTAA... My Little Mujahid Baby Boy telah turun ke muka bumi dengan selamatnya dengan cara normal...Tarikh lahir Islam: 28 Rabiul Akhir 1433. Tarikh lahir Masihi: 31 March 2012. Landing time pukul 7.52 pagi... Berat badan baby 2.68 kg. Gula 4.2... Saya sempat azan,iqamah dan baca ayat Qursi kpd baby kt Labour Room...
Ibu mertuaku adalah pelawat pertama.
Maklumat oleh doktor untuk rawatan isteriku.
Baby cukup kuat menyusu dari pagi tadi sampai petang.Tempat rehat ibu dah berpindah dari Wad Melor 1B ke Wad Kelas Satu, Bilik D2.Wad tersebut di tingkat satu. Ibu dijangka berada dua hari di wad tersebut. Sesiapa yang ingin melawat dijemput hadir dengan sukacitanya diiring dengan doa ye...-Baba melaporkan dari konti berita TV Al Hijrah...hehe...
Masih boleh tersenyum walaupun masih lagi sakit-sakit..
Baby cakap kat baba yang dia berazam dapat SPM 20 A1 bila dah besar nanti. Sebelum dia ambil SPM dia berjanji yang dia dah settled hafaz Al Quran 30 juzuk beserta tafsirnya dalam bahasa Arab dan English.. Amin Ya Robb baba cakap...
Selesai menanam uri di depan rumah di Permatang Badak sedalam lebih satu kaki tepat atau pun sedalam kaki separas hingga lutut pukul. Settled ditanam pada 11.30 malam diiringi ayat-ayat Quran, selawat dan zikir. Siang tak dapat settlekan sebab uruskan ibu, barang-barang baby dan kena beralih wad. Melalui nasihat atuk. Baba bersihkan uri baby yang telah menemankan baby selamat 9 bulan dengan sebaik mungkin sebab uri tu banyak berjasa pada baby. Setelah darah di uri dibersihkan, baba letak garam, asam keping dan dibalut dalam kain putih supaya uri tu tak berbau. Kemudian dibalut pula dengan surat khabar. Semasa tanam sempat baba doa supaya baby jadi anak soleh, rajin membaca,menulis dan menuntut ilmu agama yang bermanfaat kepada ummah...Uri baby telah selamat ditanam. Alhamdulillah
Bersambung di part 3 pula kisah-kisah di hospital.
No comments:
Post a Comment