Alhamdulillah, akhirnya dapat ilham juga untuk berkongsi pengalamanku sebagai bapa yang menyambut anak pertama. Isteriku juga telah menjadi ibu. Pengalaman ini sangat bererti bagiku kerana ianya akan menjadi panduan berguna di masa hadapan dan juga untuk orang lain yang akan menyambut anak pertama sepertiku. 36 minggu ke atas biasanya ibu yang pregnant anytime boleh bersalin. Isteri tinggal satu hari saja untuk genap 40 minggu mengandung.
Maka perlu dibawa ke hospital setelah 9 bulan berulang alik sebulan sekali di hospital kerajaan. Kami memilih Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana 3 sebab. 1) Hospital Kerajaan biasanya adalah Hospital Rakan Bayi (Hospital yang mementingkan penyusuan susu ibu dan susu formula dan air masak diharamkan sama sekali kena bayi baru lahir!) 2) Isteri ingin berpantang di rumah ibunya sendiri di Kuantan. 3) Kos yang jauh lebih murah berbanding hospital swasta. 4) Terpengaruh dengan kawan-kawan yang kebanyakannya apabila bersalin di hospital swasta, doktor suka memilih kaedah pembedahan dan bagi susu formula pada bayi. (bukan semua hospital swasta tapi kebanyakan kawan-kawan aku hadapi pengalaman isteri bersalin kena bedah di hospital swasta).
Sehari sebelum genap minggu ke-40. Aku menghantar isteri pada 20 Mac 2012, bersamaan hari Selasa pukul 11 pagi aku menghantar isteri ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah. Setelah menanti 3 jam barulah pemeriksaan dijalankan oleh doktor. Hospital kerajaan memang ramai orang jadi kena menunggu itu adalah perkara biasa dan banyak bersabar ya kepada bakal-bakal bapa.
Sampai sahaja di Pusat Bersalin Berisiko Rendah, isteri kena mendaftar dan penantian menunggu 3 jam agak menusuk perasaan. Sambil menanti doktor membuat pemeriksaan kepada isteri, aku menghabiskan banyak 2 buah buku ini dan diselangi Al-Quran. Buku bertajuk "Cinta di rumah Hassan Al-Banna" dan "Mendidik Anak : Senang Solat" berjaya dihabiskan dan diteliti ketika di situ. Buku-buku tersebut bagus untuk parenting skills kepada bakal bapa dan ibu.
Apabila isteri dah masuk dalam bilik pemeriksaan, dah bosan baca buku aku tukar pula membaca dan menelek poster-poster tentang penyusuan ibu. Aku berazam untuk pas
tikan hanya cukup SUSU IBU sahaja yang akan masuk ke perut anakku selama 6 bulan bila isteri dah bersalin nanti. Air masak dan susu lembu atau susu kambing sama sekali akan aku halang untuk diberi kepada anakku kerana air masak dan susu formula akan menyebabkan sistem imuniti baby jadi lemah dan baby juga akan dijangkiti banyak penyakit. Untuk kajian lebih lanjut tentang susu ibu sila klik di sini --- (Penyusuan ketika berpantang.)
Setelah pemeriksaan kena menungu lagi untuk dipanggil oleh nurses untuk dibawa ke wad yang sepatutnya. Kena tunggu nak dekat sejam lagi. Isteriku sambil menunggu sempat bermain soduku. Soduku juga dikatakan akan dapat menajamkan pemikiran baby ketika dalam perut lagi kerana soduku melibatkan banyak penggunaan kiraan matematik. Akhirnya, bukaan telah disahkan 2 cm. Sebelum ini sayangku pernah bleeding jadi case wife aku memerlukan treatment di wad berisiko tinggi.
Aku disuruh oleh nurse pergi ke Lobi Makmur untuk pendaftaran masuk wad. Aku bertanya pilihan yang ada untuk wad. Staff di situ kata ada 3 jenis wad. Wad Kelas 3 (katil macam dorm asrama ada 8 katil satu ruangan), Wad Kelas 2 (4 katil satu ruangan) dan Wad Kelas 1 (ada air-cond 4 katil atau 2 katil satu bilik). Kami memilih untuk ditempatkan di wad kelas pertama. Deposit RM800 diperlukan sebelum boleh masuk ke Wad Kelas 1. Aku kerja swasta jadi perlu standby banyak duit. Tapi kalau ada GL government sebagai staff kerajaan segalanya adalah percuma. Sayangnya Wad Kelas Pertama penuh. Sementara menunggu untuk ke Wad Kelas Pertama isteriku ditempatkan di Wad Kelas Kedua. Oklah tidak crowded sangat dan isteriku mudah untuk jaga aurat.
Isteri ditempatkan di Wad Melor 1C dalam pukul 5.30 ptg. Wad hospital kerajaan memang ramai orang keluar masuk. Jika di wad kelas ketiga agak sukar untuk jaga aurat. Waktu melawat juga akan singkat tapi setakat yang dilalui isteri di situ nurses semuanya baik-baik dan peramah.
Isteriku sempat tersenyum pada malam terakhir sebelum hendak deliver baby pada malam 20 Mac 2012. Aku kena tinggalkan isteri dalam keadaan yang berat hati kerana peraturan di Hospital Kerajaan sangatlah tegas dan strict. Cukup waktu masa melawat, akan diarah oleh security untuk keluar dari wad.
Inilah masa melawat yang ditetapkan oleh pihak HTAA. Debaran untuk menunggu isteri bersalin sangatlah mengujakan dan mendebarkan. Jika esok wife ku tak bersalin jugak maka wife terpaksa diberi suntikan induce untuk paksa bayi keluar pada tarikh due date iaitu 21 Mac 2012. Induce ini dikatakan sangat sakit dan juga bekemungkinan jika baby tak mahu keluar setelah induce langkah pembedahan perlu diambil kerana khuatir baby boleh lemas dalam kandungan. Aku hanya mampu berdoa dan buat solat hajat agar segalanya dipermudahkan.
Bersambung cerita di Part 2 pula ...
No comments:
Post a Comment