Sweet Memories...

Friday, September 17, 2010

Tips Adab Susila@Human Senses yang selalu kita tidak perasan...


Rasanya isu ini masih lagi relevan sebab di Bulan Syawal ini sambutan ziarah menziarahi dan open house masih lagi aktif dilaksanakan terutama di kawasan bandar. Entri kali ini dalam bentuk poin-poin. Selamat menghayati panduan-panduan ini.

1.Ketika menjamu selera pastikan jangan makan pelahap sangat sebab mungkin tuan rumah dah budget secukupnya untu tetamu yang datang. Makanlah scukup syarat sahaja. Yang penting ziarah dan tanya khabar. Jika dalam satu hari ada empat rumah, pastikan setiap rumah makan dijamah setakat ikut syarat, sebab jika rumah pertama anda makan dengan rakus mungkin di rumah seterusnya anda hanya terperap di dalam jamban tuan rumah.

2.Bila call kawan untuk confirmkan jemputan janganlah bertanya, "Awak masak lauk apa?" Soalan ini menunjukkan seolah-olah kita tidak ikhlas menziarahi sahabat atau saudara.

3.Kepada yang ada anak, Ajar anak-anak bantu di dapur dan bermesra dengan tetamu. Jangan biarkan anak terperuk di bilik main game atau tidur, ajar anak-anak menegur sapa atau sekurang-kurangnya bersalam dengan mesra kepada tetamu yang hadir.

4.Jika bawa anak-anak kecil yang aktif atau hyperaktif kawal sebaik mungkin jangan sampai tuan rumah risau dengan gelagat anak-anak anda yang tangannya gatal memegang barang-barang berharga tuan rumah. Kalau pecah barang tuan rumah terus ganti on the spot atau minta akaun bank tuan rumah untuk dibayar. Walaupun tuan rumah menolak minta juga untuk bayarkan ganti rugi sebab waktu itu tuan rumah mungin malu untuk minta ganti rugi. Paling mudah jika anak-anak tidak dapat dikawal, baik tinggalkan saja mereka di rumah bersama orang yang dipercayai untuk menjaga mereka.

5.Jangan berbual soal-soal sensitif dengan tuan rumah seperti isu pegangan politik, agama, gaji atau gosip yang mungkin ada perbezaan dengan kita sehingga boleh mengecilkan hati tuan rumah. Dan jangan juga terlalu sibuk menceritakan tentang diri sendiri atau keluarga yang menyebabkan rasa menyampah orang yang mendengar.

6.Jangan demand yang bukan-bukan dari tuan rumah seperti meminta menu tambahan dari tuan rumah seolah-olah sedang berada di kedai mamak.

7.Parking kereta anda di tempat yang sewajarnya jangan sampai menyekat laluan dan menyusahkan jiran tuan rumah.

8.Jangan main mercun sebab itu budaya orang cina untuk halau hantu. Mereka main waktu tertentu tapi orang melayu main sepanjang Ramadhan dan sebahagian bulan syawal.

9.Ketika bersalam dengan tetamu,salam dengan mesra pandang ke wajah bukan salam dengan rasa malas dan tidak mesra. Perkara ini juga berlaku di masjid dan surau.

10. Ketika open house jangan buka televisyen sebab nanti yang jadi tumpuan adalah televisyen sedangkan kita nak jadikan quality time untuk berbual-bual mesra. Kalau pun nak buka televisyen buka siaran agama atau pasanag vcd atau dvd lagu berbentuk patriotik atau nasyid-nasyid.

11.Kepada yang nak buat open house itu pastikan menjemput tetamu mengikut kemampuan diri. Jika anda tergolong orang berada, gaji besar sediakan makanan yang sesuai dengan taraf anda sebab boleh datangkan umpatan pada diri anda. Anda kaya tapi makanan yang disediakan hanya biskut atau nasi himpit laut kacang saja itu namanya ada terdiri golongan yang tangkai jering. Yang tak mampu jangan jemput ramai-ramai lepas tu makanan tak cukup pun juga akan mendatangkan umpatan.

Sekian sahaja dahulu tazkirah untuk hari ini... Wassalam..

No comments:

Post a Comment