Sweet Memories...

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia yang ke-46!

Jika sebelum ini kita sudah menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-52 bukan? Pastinya anda, rakyat Malaysia, tahu negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957. Tetapi tahukah anda? Pada tarikh tersebut, Malaysia masih belum wujud lagi. Kemerdekaan dicapai ketika itu hanya untuk Semenanjung Tanah Melayu di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak.

Negara kita wujud dibawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia.

Malaysia ketika ini terdiri daripada 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (terdiri daripada 3 daerah) yang dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di Jalur Gemilang:

Negeri
Johor Darul Takzim
Kedah Darul Aman
Kelantan Darul Naim
Melaka Bandaraya Bersejarah
Negeri Sembilan Darul Khusus
Pahang Darul Makmur
Perak Darul Ridzuan
Perlis Indera Kayangan
Pulau Pinang Pulau Mutiara
Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Sarawak Bumi Kenyalang
Selangor Darul Ehsan
Terengganu Darul Iman

Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Labuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Itulah serba sedikit tentang Sejarah Malaysia.

SELAMAT HARI MALAYSIA!!!

(Artikel dan gambar dari http://sibintang.com/2009/09/selamat-hari-malaysia/ )

Nota tambahan dariku : -

Ketika Malaysia ditubuhkan, Filipina dan Indonesia yang paling kuat menentang gabungan Sabah , Sarawak dan Tanah Melayu ketika itu. Malaysia masa muda usianya baru berusia 46 tahun. Dari aspek pembangunan Sabah dan Sarawak seperti ketinggalan dengan Semenanjung. Sesuatu perlu dilakukan dari aspek perubahan oleh pihak yang mempunyai kuasa politik. Sabah dan Sarawah negeri-negeri yang kaya dengan sumber hasil bumi dan rakyat negeri-negeri borneo itu perlu bangkit untuk mengubah lanskap negeri mereka dari aspek politik, sosial ,ekonomi, dan teknologi supaya lebih berdaya saing dan lebih maju di masa akan datang...

No comments:

Post a Comment