(Para calon yang menunggu dengan setianya)
Audition ni bertempat di Pejabat TV Al-Hijrah di Pusat Islam berdekatan Masjid Negara. Aku datang awal dapatlah nombor 18. Ketika diuji kena perkenalkan diri gaya seorang pengacara TV. Soalan-soalan yang diberi semuanya sangat menarik dan aku menjawab dengan penuh minat dan berkarisma sekali. Juri-juri tersenyum dan nampak mesra denganku.
Antara soalan-soalan yang ditanya; "Kalau anda diberi peluang untuk menerbitkan rancangan terlevisyen, apa yang anda ingin terbitkan?" Aku jawab "Rancangan Realiti Mencari Pemimpin Muda." Ditanya lagi soalan-soalan lain seperti; "Apa beza anda dengan calon lain." Aku jawab "Aku versatile dan suka cipta kelainan, aku juga belajar teknik pidato yang menekankan aspek meluahkan kebijaksanaan bukan setakat petah berkata-kata sahaja".
Banyak lagilah soalan-soalan menarik dan yang paling best aku diminta untuk menggayakan pembukaan Rancangan Televisyen Terbitan aku di depan kamera. Aku pilih "Program Temu Bual Eksklusif dengan Tun Dr. Mahathir", berkaitan dengan pengalaman kepimpinan beliau.. Semasa perkenalkan diri aku guna pantun melayu yang penuh seloka tersenyum jugalah juri-juri tu.
Soalan terakhir dia orang tanya "Kalau diberi peluang bekerja di TV Al-Hijrah berapa gaji yang diharapkan?" (Macam nak offer kerja saja kat aku..Aku berjaya ke?) Aku jawab "Gaji saya tak kisah yang penting dapat berkhidmat di TV Al-Hijrah adalah suatu pencapaian yang sangat-sangat hebat dan bertuah kalau terpilih". Aku pun tak letak harapan tinggi walaupun keyakinan itu ada sebab calon-calon lain pun hebat-hebat dan jambu-jambu belaka.
Di kesempatan ini, ingin aku ucapkan ribuan terima kasih kepada En. Syirfan (sempat jumpa dan salam beliau di situ) kerana melalui blog beliaulah aku berpeluang mencari pengalaman baru di audition TV Al-Hijrah ini.. Pengalaman yang cukup berharga...Kalau dapat Alhamdulillah kalau tak dapat pun Alhamdulillah dan aku akan cuba di lagi jika ada kesempatan...
No comments:
Post a Comment