


TV Al-Hijrah mencari individu-individu yang dinamik untuk memulakan satu perjalanan yang menarik dalam dunia penyiaran.
Justeru, TV Al-Hijrah akan mengadakan sesi ujibakat untuk pengacara dan penyampai berita.
Ujibakat ini akan diadakan pada 16 Oktober ini (Sabtu) di pejabat TV Al-Hijrah di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur (berhadapan dengan Masjid Negara).
Sesi uji bakat akan bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Ujibakat ini terbuka untuk calon-calon berusia 18-30 tahun yang berbakat dan berminat dalam mengendalikan program-program pelbagai genre yang bakal diterbitkan oleh TV Al-Hijrahj.
Mereka yang berminat diminta membawa bersama biodata serta dua keping foto saiz 3R.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Syirfan Indra Mitra Surya di talian 03-22601877 atau email ujibakat@tvalhijrah.com
P.s:- Saya dan wife akan pergi Sabtu ini, so sesiapa kawan-kawan blog yang pergi nanti jumpa kami tegur-tegurlah ya.. Jumpa anda di sana!
No comments:
Post a Comment