Sweet Memories...

Sunday, October 10, 2010

Tips perkahwinan kepada mahasiswa yang desperate nak kahwin!

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.

# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.

# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.

# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.

# Menganjurkan perkahwinan beramai – ramai yang menjimatkan.

# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.

# Merendahkan hantaran perkahwinan.

“Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.

# Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah.

# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

“Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

“Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

“Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah,” tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

“Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

“Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara,” tegasnya lagi.


(Rujukan Artikel dari blog jalanakhirat )

Pesanan dari kami suami isteri..

Kepada mereka yang ingin berkahwin... Berdoalah supaya niat kalian ingin berkahwin itu dipermudahkan dan niatkan di dalam hati segalanya kerana Allah s.w.t dan bukan sebab untuk puaskan nafsu semata-mata. Jika hanya kerana dah tahan sangat nak kawal nafsu maka berpuasa, dekatkan diri dengan ulama, mantapkan rohani dengan quran, InsyaAllah bisikan syaitan akan berakhir. Sesungguhnya perkahwinan bukan menjanjikan keseronokan semata-mata..Ada masa seronok, ada masa sedih semuanya bergantung pada soal hati yang dipandu oleh jalan syariat bukan maksiat...

1 comment:

  1. alhamdulillah...artikel ini sungguh berguna utk setiap insan yg belum berumahtangga seperti sya.. :)

    ReplyDelete