Sweet Memories...

Monday, July 4, 2011

Kenapa perlu aktif berpersatuan sebelum habis belajar?



Entri kali ini membincangkan isu yang berat juga. Aku mulakan dengan statistik dari Jabatan Statistik Negara.

Mengikut maklumat dan data dari Jabatan Statistik Negara didapati jumlah siswazah yang menganggur di Malaysia sehingga tahun 2008 adalah dalam sekitar 80,000 orang yang mana mewakili 13 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang menganggur.

Jumlah ini mengalami peningkatan berbanding pada tahun 2006 sehingga 2007, jumlah siswazah menganggur adalah sekitar 60,000 orang.

Aku simpulkan mudah saja kenapa timbulnya isu mahasiswa menganggur ini. Puncanya mungkin dari sistem pendidikan kita sendiri yang terlalu exam oriented. Kurang aktif ketika menjadi mahasiswa jadi bila pergi interview confident tiada.

Benarkah pointer memainkan peranan utama? Menurut bos aku ada kes budak degree score CGPA tapi bila bekerja hampeh, dengan tak pandai komunikasinya, tak pandai bergaul dan tak tahu perkembangan isu semasa.

Jangan tipulah nak kata aktif lepas belajar bila mula kerja.Sebabnya tekanan kerja cukup hebat melainkan anda memang dah biasa aktif ketika mahasiswa dulu nak menguruskan masa lepas kerja memang mudah.

Ini teori aku tentang kronologi masyarakat generasi X dan Y atau alaf baru dari dia mula dilahirkan sebagai bayi sehingga mati.

Teori hidup generasi alaf baru Fendy:-

Bayi ---> Kanak-kanak ---> Remaja ---> Masuk Universiti ---> Cari Kerja ---> Kahwin ---> Dapat anak ---> Dapat Cucu ---> Mati

Jika kronologi kehidupan ini tidak disandari dengan nilai-nilai hidup Islam. Nescaya hidup dan mati seorang insan itu hanya seperti binatang sahaja. Sebabnya dilahirkan hidup di dunia tanpa tujuan. Hidup untuk makan, beranak dan mati.

Sekian, semoga diri yang menulis ini lebih insaf. Aku tutup dengan kata hikmah dibawah ini...

"Kehidupan seorang mukmin ibarat matahari, terbenam di suatu wilayah untuk terbit di wilayah lainnya. Dia selalu bersinar dan hidup serta tak pernah terbenam selamanya." (Muhammad Iqbal).

No comments:

Post a Comment