Sweet Memories...

Sunday, December 25, 2011

Azam tahun baru...




Memang ini adalah perkara yang sering dilakukan oleh semua orang menjelang tahun baru. Yang paling jelas, merancang itu mudah tapi merealisasikan itu bukannya mudah seperti merancang. Seperti kata guru pidatoku Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof, "Perancangan yang pincang bukan kerana tidak tahu merancang, tetapi tidak tahu apa tujuan merancang." Tujuan merancang adalah untuk perlaksanaan dan amalan itulah yang guruku maksudkan.

Aku harap azam tahun depan berjaya dan dipastikan terlaksana. Tahun ini perancangan untuk pastikan isteri pregnant berjaya...hehe... Alhamdulillah semuanya dengan kuasa Allah jua. Untuk perancangan tahun depan, aku ingin menjadi penulis di akhbar dan majalah. Hasrat ini akan dibantu oleh guru pemikiran kreatif merangkap ayah angkatku Dato' Jaafar Rahim. Beliau adalah penulis yang cukup prolifik (ke profilik) yang mempunyai koleksi 50 ribu buku di rumahnya. Seorang pemikir kreatif tahap dunia dan banyak menulis dan aktif dalam GAPENA (Persatuan Penulis). Beliau cakap aku akan dibimbing sehingga berjaya menjadi penulis yang hebat. Alhamdulillah diberi peluang mendapat mentor yang hebat sebegitu.

Tahun depan juga aku harap aku dapat menulis sebuah buku. Kiranya tahun hadapan adalah tahun yang aku akan banyak membaca buku,bergelumang dengan buku, tidur dengan buku dan makan pun dengan buku. Sedih,kesal, malu aku nak cakap tahun 2011, aku rasa buku-buku ilmiah yang aku baca tak sampai 5 buah pun. Sedih sangat-sangat. Aku ingin aktif kembali dalam dunia pidato dan fasilitator yang juga telah ditinggalkan terus pada tahun 2011.

Dan ini impian yang paling best sekali. Impian untuk melebarkan sayap perjuangan dalam bidang undagng-undang juga akan terlaksana. Sahabatku Syaheed telah menjemputku untuk menggerakkan Legal Firm ke tahap yang lebih aktif bersama beliau sebagai partner. Aku akan mengetuai department yang berkaitan conveyancing dan properties. Syaheed akan fokus pada corporate law.

Rumusan azam tahun baru 2012 adalah seperti di bawah:-


1.Menjadi penulis aktif di blog, akhbar dan majalah dibimbing oleh ayah angkatku Dato' Jaafar Rahim bekas orang besar DBP, GAPENA seterusnya dapat menghasilkan sebuah buku karya sendiri.

2.Aktif sebagai pemidato Akademi Pidato Nusantara kendalian guruku Dato'Dr. Syed Ahmad Syamsuddin Al-Saggof.

3.Menjadi partner Legal Firm bersama sahabat baikku Tuan Peguam tersohor tanah air En. Syaheed di Asicolegal.

4.Sebulan baca 4 buah buku.

5.Banyakkan ibadah sunat seperti puasa sunat, quran, sedekah di jalan Allah(ilmu,duit,tenaga) dan hadiri majlis ilmu agama semaksimum mungkin.

6.Mencari seorang Guru Mursyid yang boleh memimpin aku di jalan kerohanian.

Enam perkara sahaja tapi semuanya berat-berat sebenarnya ni. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin Ya Robbal Alamin.

No comments:

Post a Comment