Sweet Memories...

Sunday, January 1, 2012

Post pertama di tahun baru 2012...


Assalamualaikum w.b.t...

Tahun baru 2012 aku bangkit dengan semangat baru. Mendalami kembali budaya ilmu yang aku sudah tinggalkan sepanjang tahun 2011. Aku nak kongsi kandungan penting tazkirah Ustaz Azhar Idrus yang telah menjadi fenomena di youtube dan di tanah air terutama ketika beliau bergandingan dengan Zizan Raja Lawak di Shah Alam semasa sambutan Tahun Baru 2012.

Kata-kata Ustaz Azhar Idrus mengenai aspek pentingnya ilmu,

" Tujuan belajar ilmu kena dengan dengan niat iaitu :-

1. Nak redha Allah s.w.t.

2. Keluar daripada gelap jahil, kepada terangnya cahaya ilmu.

3. Supaya kita tahu sah batal amalan-amalan kita.

4. Supaya kita dapat berakhlak dengan akhlak yang baik. "

Insya Allah ustaz saya akan cuba amalkan apa yang ustaz sarankan itu. Doakan saya jadi insan yang soleh... Aminn...


No comments:

Post a Comment