Sweet Memories...

Wednesday, September 28, 2011

Budaya di bulan Syawal yang sudah berubah.Mengapa?

Syawal seolah menjadi medan untuk membalas dendam menahan nafsu selama sebulan. Sibuknya diri ini dengan pelbagai aktiviti ziarah menziarahi open houses. Cuma yang peliknya zaman telah mengubah budaya. Nak ziarah perlu ke menunggu open house? Jangan kata sahabat handai, saudara mara begitu juga. Nak juga tunggu open house ziarah....

Ada sepupu aku sorang ni, hari raya tak nampak langsung batang hidung. Ke mana dia pergi? Bersangka baik sajalah.. Masing-masing dah berkahwin jadi mungkin masa dihabiskan di rumah keluarga mentua. Kalau terbaca blog ni faham-faham sajalah ya? Belum terlambat untuk kita ziarah menziarahi walaupun bukan di bulan syawal.....

Tuesday, September 27, 2011

Mama sedang dirawat di Hospital Pantai Cheras.

Syukur surgical operation di bahagian ankle mama telah berjaya dilaksanakan oleh Dr. Khairul Faizi pukul 10 pagi 27 September tadi. Mama dah sedar dan Insya Allah akan sembuh segera. Pembedahan disebabkan arthritis ini adalah disebabkan faktor keturunan. Nak tau tentang Arthritis silalah tanya pakcik google. Doakan mama cepat sembuh. Wassalam.

Sunday, September 11, 2011

Berita gembira buat semua !


15 Amalan Semasa Mengandung (Suami dan Isteri)

1.Sentiasa bertaubat dan beristigfar kepada Allah SWT.
2.Banyak berdoa kepada Allah SWT (13 doa)
3.Rajin puasa sunat
4.Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
5.Banyakkan zikir
6.Banyakkan membaca al-quran
7.Banyakkan membaca buku-buku ilmiah
8.Berbual dengan anak yang berada dalamkandungan
9.Lakukan kerja-kerja ringan dirumah sebagaisenaman ringan
10.Tidak terlalu tertekan ataupun stress
11.Menjaga adab dan emosi
12.Makan makanan yang baik
13.Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
14.Rajin mengukirkan senyuman
15.Rajin menghadiri majlis ilmu


Khabar gembira untuk sahabat-sahabat sekalian...

Pengesahan oleh Doktor Laili di Klinik Global pada 17 Ogos lepas yang my love pregnant 2 bulan cukup buat hati ini rasa bahagia dan gembira. Semoga ibu, baby dan bapanya semuanya selamat, sihat, sempurna jasmani dan rohani. Mohon sahabat-sahabat yang mengenali kami ini mendoakan kami sekeluarga. Amin Ya Robbal 'Alamin...

Thursday, September 1, 2011

Puasa Enam di Bulan Syawal...

Assalamualaikum w.b.t...

Seperti yang dijanjikan... Ini dia tazkirah Bulan Syawal berkaitan puasa enam...

PUASA ENAM

Puasa Enam ialah puasa enam hari di bulan Syawal, berpuasa setelah sehari menyambut hari raya puasa. Puasa ini boleh dikerjakan secara berturut-turut enam hari atau tidak asalkan dalam bulan Syawal. Banyak keistimewaannya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan enam hari bulan Syawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa. " (Riwayat Jamaah kecuali Bukhari dan An-Nasa 'i juga diriwayatkan oleh Ahmad dari hadisJabir)

Pendapat ulama dalam menentukan masa mengerjakan puasa enam ini, ada tiga cara iaitu:

a) Mengerjakan terus sesudah hari raya, dengan berturut-turut sehingga enam hari.

b) Mengerjakan beriring-iring, atau bercerai-cerai dalam bulan Syawal

Mengenai keutamaan puasa enam disebut dalam Zubdatul Waa'iziina:

"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengikut sertakan enam hari dari bulan Syawal, maka baginya pahala seperti puasa setahun seluruhnya."

Di dalam riwayat lain:

"Allah SWT memberikan kepadanya pahala enam Nabi, pertama; Nabi Adam a.s., kedua Nabi Yusuf a.s., ketiga Nabi Yaakub a.s., keempat Nabi Musa a.s., kelima Nabi Isa a.s, dan keenam Nabi Muhammad S AW. "

Sumber : (Klik di sini)

Monday, August 29, 2011

Amalan sunat menjelang 1 Syawal...




Setelah sebulan tidak berblog akhirnya di hujung Ramadhan ini kutitipkan juga beberapa tips di entri baru ini amalan sunat yang boleh dilakukan ketika di pagi raya... Kami sekeluarga (termasuk baby yang dalam kandungan) memohon ampun dan maaf jika ada kata-kata kami di blog ini menyinggung perasaan dengan ucapan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin...

Sambutlah 1 Syawal dengan acuan sunnah nabi bukan sunnah artis sebab kemenangan mengharungi sebulan Ramadhan tidak selayaknya dirosakkan dengan amalan dosa di pagi raya... Di bawah antara beberapa amalan sunat di pagi raya yang aku ingin kongsi buat peringatan diri dan sahabat-sahabat sekalian...

Antara amalan yang boleh kita amalkan adalah :

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri, bersugi dan memakai wangi-wangian.

2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

8)Menziarahi kubur dan mendoakan mereka yang telah pergi.

9)Puasa enam di bulan Syawal. Kaedahnya nanti akan diceritakan di next entri.

Sumber (klik di sini)

Wednesday, August 3, 2011

Diari 1 Ramadhan 1432...




Semalam tarawih malam pertama di Masjid Bukit Indah. Agak terlewat ke masjid. Bangun sahur 4.30 pagi. Subuh 1 Ramadhan pula di Masjid Fatimah Az-Zahra. Selepas solat Subuh Ustaz Fazlul Rahimi memberikan introduction untuk pengajian kitab yang akan diajar sepanjang Ramadhan selepas Subuh di Masjid.

Waktu siang di pejabat dan bertemu sahabat lama yang kini dah jadi peguam di KLCC. Mata cuba dikawal sebaik mungkin. Perbincangan dengan kawan lawyer tu berkisar tentang isu Lelag Firm dia yang ingin dijadikan panel my company.

Balik kerja petang mata begitu letih sebab meeting di KLCC cukup meletihkan minda. Sebelum maghrib berbuka puasa sempatlah buka Quran sekejap. Tarawih di Masjid Fatimah Az-Zahra.

Kuliah Ramadhan selepas solat Isyak terlalu panjang juga oleh ustaz Fazlul Rahimi berkisar tentang kepentingan ilmu, takwa, iman dan ciri-ciri kepimpinan sebagai umat Islam. Solat Tarawih bermula pada pukul 9.40 malam.Habis solat tarawih dan witir pukul 10.30 mlm.

Selepas tarawih melayan cerita drama bersiri sempena Ramadhan di Astro bertajuk Ketika Cinta Bertasbih. Esok aku dan sayang nak solat tarawih di Masjid Bukit Indah.

Sunday, July 31, 2011

Doa ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar



(Sumber gambar : http://maramissetiawan.wordpress.com)

Artikel di blog Ustaz Zaharuddin ini memang cukup bagus untuk kita memahami erti Lailatul Qadar. (Sila klik di sini).

Antara doa yang dianjurkan oleh nabi ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar

عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.

Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku.

(Rujukan : http://www.al-bakriah.com.my/)

Friday, July 29, 2011

Apa yang aku nak buat sepanjang Ramadhan 1432 Hijrah kali ini?



(Sumber gambar : http://nasoha.com/)

Seperti biasa apabila hendak tibanya Ramadhan dalam kepala otak ini akan muncul pelbagai idea bagaimana untuk manfaatkan masa yang ada di bulan Ramadhan.

Jauh sama sekali diri ini hendak menunjuk-nunjuk mahupun riyak tetapi perancangan yang diharapkan terlaksana di bulan Ramadhan dapat memberi idea dan inspirasi pada kawan-kawan lain dan juga menjadi peringatan bertulis kepada aku sendiri.

Ini senarai amalan ukhrowi yang ingin dibuat sepanjang Bulan Ramadhan.

1. Tidak meninggalkan walau sekali solat tarawih.

2. Ini idea abang angkat aku namanya Abang Aidil, setiap malam di bulan Ramadhan solat tarawih di masjid yang berbeza. Solat tarawih malam pertama dimulakan di Masjid Al-Falah bersama Syeikh Jibrel.

3. Tidak tinggal sahur dengan bangun pukul 4.30 pagi.Buat solat tahajud dulu dan kemudian bersahur.Kalau dapatbuat sebulan penuh confirm dapat tahajud di Malam Lailatul Qadar.

4. Satu hari satu juzuk Quran. Ini payah sikit sebab dah try dari dulu lagi tak pernah-pernah berjaya. Kali ini nak try lagi.

5. Buat catatan harian diblog mengenai kuliah maghrib yang dihadiri dan juga perjalanan harian Ramadhan. Kiranya macam diari Ramadhanlah.

6. Nak menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis yang penting macam hadis 40 ke. Ayat-ayat al-quranyang ingin dihafal mungkin boleh mantapkan balik kesuluruhan juzuk amma dulu.

7. Ingin bersedekah setiap hari paling kurang sehari seringgit.

Setakat ini sahaja ilham yang aku dapat . Harap-harap boleh terlaksanalah ke semuanya. Aminn.

Thursday, July 28, 2011

JIBREL DATANG MEMBACA WAHYU (AL-QURAN)




SYEIKH JIBREL TURUN KE MASJID AL-FALAH USJ 9

SYEIKH MUHAMMAD JIBREL
(QARI TERKENAL DARI MESIR)

AKAN MENGIMAMKAN SOLAT ISYAK & TARAWIH ,
MALAM PERTAMA RAMADHAN
(jika 1 Ramadhan = 1 ogos)

HARI AHAD MALAM ISNIN ,
31 JULAI 2011

DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA (MAF).

www.alfalahUSJ9.blogspot.com
------------
datanglah ramai-ramai & tolong war-warkan.
syukran jazilan.