Assalamualaikum..lamanye tak meng'update' blog..sori anakku daniyal rizqi.ibu n baba plan nak buat coretan perkembangan daniyal di sini.tetapi apakan daya..terlalu pantas masa berlalu.sdh hampir 11bln usiamu.nak masuk setahun pun!!tapi ibu rase belum terlambat kot.hehe.ibu akan cube my dear little hero..love you sayang.n tak lupe jgk my big hero..hehe.love you so much abg!ok.nnt kite story psl daniyal ye nak..terlalu byk rasenye nk mencoret..hee~
Wassalam..
Ampang to Nipah De' Eternal Journey...
LIFE is the journey and the wisdom of LOVE...
Monday, February 4, 2013
Salam 2013
Sunday, May 13, 2012
Motivasi Akademi Potensi Diri dan isu sambung belajar dalam bidang Master In Psychology.
Para peserta program Motivasi Potensi Diri kali ini terdiri dari murid-murid darjah enam dari kelas-kelas pertengahan dan ke belakang meminta autograf. Happy mereka dgn ayat-ayat motivasi aku..Macam artis dah aku ni...hehe..Bukannya mudah utk tackle hati mereka. Aku perlu menurunkan level intelektual percakapan utk disesuaikan dengan murid-murid sekolah rendah. Kalau motivasi untuk mahasiswa universiti,guru-guru sekolah atau orang dewasa lebih mudah boleh guna bahasa intelektual yang tinggi...
Aku sedang memberi ceramah motivasi kepada ratusan sekolah pelajar sekolah menengah agama di SAMT Sultan Hisamuddin, Klang. Kelihatan mereka enjoy dan tekun dengar ceramah motivasi aku. Tidak ada istilah takut atas pentas atau hilang idea olehku bila jumpa audiens. Makin ramai audiens biasanya aku akan lebih bersemangat!Teknik penyampaian yang aku gunakan menekankan aspek GIKBPV. Gaya, isi, kelancaran, bahasa, personaliti dan vokal yang tepat, jelas, menarik dan mesti memukau audiens... Bila bercakap di depan audiens bukanlah hanya untuk berkata-kata tapi meluahkan KEBIJAKSANAAN...Ada masa aku suruh dia orang diri, ada masa aku suruh dia orang duduk , ada masa aku atas stage, ada masa aku trun ke bawah stage dekat dengan audiens untuk memastikan seorang pun tak ketinggalan atau terlena. Terima kasih kepada Guru Pidatoku Dato Dr. Syed Ahmad Syamsuddin Al-Sagof dari Akademi Nusantara (Pidato Class) yang banyak membimbing aku.
Setelah berhempas pulas belajar level ijazah dalam bidang undang-undang dan komunikasi (dulu buat Ijazah dalam bidang undang-undang di UiTM dan Ijazah Komunikasi di kolej Swasta secara serentak). Kini bekerja di sebuah Legal Firm sepenuh masa dan secara separuh masa sebagai motivator bersama Akademi Potensi Diri Sdn. Bhd aku rasa seperti ingin sambung belajar dalam bidang Psikologi pula. Master dalam bidang psikologi adalah satu kelebihan untuk jadi seorang motivator yang cemerlang dan lebih mantap untuk memahami audiens di program motivasi yang aku anjurkan bersama Akademi Potensi Diri...Tapi isunya kat mana ya yang lebih sesuai untuk aku sambung Master? Adakah lebih elok di IPTS atau IPTA seperti UPM, UKM atau IIUM? Aku akan buat research yang lebih mendalam dan istihoroh dalam isu ini...InsyaAllah...
Wednesday, May 9, 2012
Ucapan khas untuk Daniyal Rizqi sempena Hari Kelahiran ke-50...
Wahai anakku Daniyal Rizqi sayang...
Baba bukan orang kaya yang boleh melimpahkan kemewahan dan kesenangan dengan wang ringgit dan harta.
Baba bukan seorang ilmuwan yang boleh mendidik dengan ilmu-ilmu yang hebat-hebat seperti seorang intelektual tersohor yang ada PHD.
Baba bukan seorang yang gagah perkasa seperti atlet badang bina badan yang boleh mempertahankan Daniyal Rizqi dari ancaman pengganas dan penjahat yang bermaharajalela...
Tapi baba boleh berikan "KASIH SAYANG, CINTA & PERHATIAN" setinggi awan, sekukuh gunung dan seluas lautan buat bekalan hidup Daniyal sepanjang hayat...
I love you so much Daniyal Rizqi...
P.S :- Pada 9 Mei 2012 hari ini genaplah umur Daniyal Rizqi yang ke-50 hari.
Friday, April 13, 2012
KESAN TV PADA KANAK-KANAK SANGATLAH BURUK DAN NEGATIF!
1)Kesan TV ke atas Otak Kanak-Kanak.
2)Kesan TV ke atas Pertumbuhan Fizikal dan Emosi.
3)Kesan TV ke atas Pertuturan.
4)Kesan TV ke atas Daya Kreativiti.
5)Kesan TV ke atas Konsentrasi.
6)Kesan TV ke atas Tidur.
7)Kesan TV ke atas Prestasi Akademik.
8)Kesan TV ke atas Jiwa dan Akhlak.
SEMUA KESANNYA ADALAH SANGAT NEGATIF! Setiap hujahan Dr. Zainal dalam sub-topik tersebut berdasarkan kajian universiti secara empirikal dan scientific oleh Pakar-pakar PHD dari negara-negara barat yang maju dan disebut nama pakar-pakar PHD itu dan nama universiti.
Jadi kepada yang dah berjaya didik anak-anak anda bawah 2 tahun dengan televisyen tu saya cukup kagum dengan kalian tapi saya lebih percaya dengan kajian Dr. Zainal berdasarkan rujukan pakar-pakar PHD seluruh dunia bahawa televisyen memberikan kesan sangat negatif pada kanak-kanak!
Biarlah orang nak kata saya kolot, tak up to date dan nak kata juga televisyen ni pun banyak kegunaannya. Tapi jawablah dengan ikhlas dari hati nurani anda, televisyen sekarang ini banyak yang baik ke atau yang buruk? Anda dengan cara anda dan saya dengan cara saya. Banyak lagi caranya nak didik anak-anak kecil bawah 3 tahun tanpa menggunakan televisyen.
Penelitian kajian oleh Dr. Patti Valkenburg dan Dr. Tom van de Voort dari Pusat Kajian Media Kanak-kanak di Leiden, Belanda mendapati bahawa televisyen membantutkan rangsangan kreativiti dan perkembangan daya imaginasi kanak-kanak. Malah, kajian oleh Dimitri Christakis yang dilaporkan dalam jurnal Acta Paediatrica pada tahun 2009 menunjukkan bahawa tiada sebarang manfaat yang diperolehi bagi kanak-kanak yang menonton televisyen pada usia di bawah 2 tahun.
The Journal of Pediatrics juga mengatakan bahawa penayangan DVD atau video kepada bayi seawal umur 8 hingga 16 bulan akan memberi kesan kepada kemahiran bahasa yang buruk. Bayi ini juga akan lambat mempelajari bahasa berbanding bayi normal lain. Bayi juga mudah menjadi agresif ketika umurnya 3 tahun. Malah mereka agak sukar dibentuk kerana lebih suka melakukan aktiviti sendiri dan kekok bergaul dengan orang lain.
Kajian yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 16 tahun tersebut mendapati bahawa televisyen boleh menyebabkan penurunan yang ketara terhadap kemampuan imaginasi kreatif kanak-kanak. Lantaran itu Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah menyarankan supaya TV diharamkan bagi kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun.
Buatlah banyak-banyak kajian dan pembacaan untuk anak-anak anda. Jangan malas membaca, malas berbincang, malas berjumpa pakar-pakar parenting skills dan jangan ikut nafsu semata-mata mudahkan kerja bagi anak-anak tengok tv supaya dia leka tak ganggu kita rehat kerana kesannya yang negatif akan membawa sampai ke hari akhirat kelak!
Ingin jadi apakah anakku nanti?
Dan dalam masa yang sama pakar juga bidang-bidang tahap seorang saintis atau profesional dalam bidang seperti medic, guaman, engineering atau falsafah sehingga tahap PHD? Tak sabar nak tunggu 20 tahun dari sekarang perkembangan yang akan berlaku pada anakku DANIYAL RIZQI (DR) untuk merealisasikan impian dan harapanku. Ah! Pedulikan apa kata orang! Aku adalah pelukis dan pewarna, anakku adalah kertas/kain putih yang akan dicorakkan olehku sebagai "seorang pelukis dan kertas/kain putih"..
Monday, April 9, 2012
Maksud nama DANIYAL RIZQI dan kenapa ianya jadi pilihan?
Nama DANIYAL, DANIEL, DANIAL adalah berasal dari bahasa Hebrew atau Ibrani. Tokoh ini yang dicatat dalam sejarah sebagai salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dalam tiga agama samawi (Islam, Kristian, Yahudi). Kita selalu confuse dengan makna sebenar dan nama itu. Kita selalu kata DANIAL itu nama Nabi.
Ya, Nabi Danial adalah seorang nabi yang hidup di zaman Babylon, seorang nabi yang sangat penyabar dan dikurniakan beberapa mukjizat seperti boleh menafsir mimpi, mengubat pesakit dan boleh menundukkan binatang buas seperti singa ketika dikurung dalam penjara bersama dengan beberapa ekor singa oleh raja yang zalim pada zaman Babylon tersebut.
Yes...Betul...Danial sama dengan nama nabi.Tapi apa maknanya?Tak kan makna DANIAL = Nama Nabi begitu saja... Pasti ada makna yang tersimpan disebalik nama yang baik itu (kena tahu bahawa, baba sebut nama baik sebab Allah memilih seorang hambaNya dengan nama ini untuk menjadi salah seorang dari kalangan hambanya yang soleh. Maknanya, nama ni baiklah kan?)
Baik... Dalam bahasa Hebrew, DANIAL, DANIEL, DANIYAL (baba masukkan ketiga-tiga nama ini sebab in the matter of spelling saja...ok...hakikatnya sama..) membawa maksud "My Judge Is God" maknanya, TUHAN(ALLAH) ADALAH HAKIM SAYA...
Ya Allah...Hebatnya makna nama ni... Aku harap anakku bangga dapat nama ni...Ini satu nama yang baik...Satu nama yang bukan saja baik..Tapi hebat... Dan aku harap DANIYAL RIZQI berazam untuk menjadi seorang yang hebat, sesuai dengan nama yang ada pada baby ini...
Manakala nama RIZQI pula bermaksud "Rezekiku" atau "Anugerah Tuhan". Perkataan "REZEKI" juga disebut oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran melebihi 120 kali dalam pelbagai surah-surah Al-Quran. Semoga DANIYAL RIZQI mendapat rezeki kesihatan, rezeki ilmu yang bermanfaat, rezeki harta yang berkat dan rezeki hidup yang bahagia, berkat dan aman damai...
Kalimat razaqa diterjemah kepada "rezeki" dalam bacaannya. Antara ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "rezeki" adalah seperti di bawah:-
2:25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu"; bahawa mereka diberi yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka teman-teman hidup yang dibersihkan, dan di dalamnya, mereka tinggal selama-lamanya.
(Surah Al-Baqarah. Ayat 25.)
13:26. Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya kepada siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia ini; dan kehidupan dunia ini, di samping akhirat, hanyalah kesenangan sementara.
(Surah Ar-Ra'd. Ayat 26.)
Klik di sini untuk lain-lain ayat Al-Quran yang menyebut tentang "REZEKI".
Setiap huruf-huruf ejaan untuk nama DANIYAL RIZQI juga boleh diberikan definisi seperti di bawah ini.
DANIYAL RIZQI | |
D | Dinamik |
A | Amanah |
N | Nur |
I | Ikhlas |
Y | Yakin |
A | Alim |
L | Lemah-lembut |
R | Ramah |
I | Idealistik |
Z | Zikrullah |
Q | Qualiti |
I | Intuitif |
Nama Daniyal juga diambil sempena Ustaz kegemaran baba iaitu Ustaz Don Daniyal yang ada rancangan televisyennya sendiri di TV Al-Hijrah. Selain itu ianya juga sempena dengan nama Dr. Danial Zainal Abidin yang merupakan seorang doktor perubatan dan banyak menulis buku-buku berkaitan Islam dan dakwah.
Daniyal Rizqi juga kalau dibuat short form, akan akan jadi "DR" bermaksud doktor. DR digabungkan dengan Effendy akan jadi DR. Effendy yang merupakan impianku untuk buat PHD satu hari nanti dan diharapkan Daniyal Rizqi juga akan dapat title "DR", mungkin sebagai doktor perubatan yang hafiz quran atau doktor falsafah PHD yang juga hafiz quran. Amin. Ya Robb...
Harapanku ialah supaya aku dapat membentuk anakku menjadi hebat dan ikhlas seperti ulama silam yang mahir ilmu sains dan juga ilmu –ilmu tradisi Islam yang berkaitan Quran, Hadis dan pelbagai cabang disiplin ilmu Islam yang lain. Baba impikan sangat supaya Daniyal Rizqi juga jadi Hafiz Quran suatu hari nanti... Amin.
P/S: Kisah Nabi Danial juga boleh didapati di dalam kitab QASASUL ANBIYA" (Kisah-kisah Para Nabi) karangan Al-Hafiz Imam ibn Kathsir...
Our Little Mujahid from Day 1 (21 Mac 2012) to Day 7 (27 March 2012).
Bila baba datang wad baby tidur, bila baba balik dia bangun pula. Segan-segan pula dia dengan baba ye..hehe.. Alhamdulillah, petang pukul 5 pm hari ini, baby dan ibu dah boleh discharge wad.. Dah boleh balik ke rumah atuk nenek di Bukit Sekilau.. Ibu berpantang di situ 44 hari ... InsyaAllah.. Sesiapa yang tak sempat lawat baby and ibu di wad hospital silalah melawat di kawasan taman perumahan Jalan Bukit Ubi 2 di Bukit Sekilau ,Kuantan Pahang... Bawa hadiah ke, tak bawa hadiah ke kami sangat-sangat alu-alukan.. hehe...Kalau yang duduk jauh tu nak pos hadiah pun kami tak kisah...hehe...Akhirul kalam..wassalam..
Hari ke-4.Di rumah atuk dan nenek, baba berjaya mengambil gambar baby membuka mata akhirnya . Menariknya di Kuantan ni, nurse dari klinik kesihatan datang membuat chechk up baby sampai ke rumah.Kat KL tak buat macam tu. Maybe sebab ramai sangat manusia di Kl rasanya.Babyku little mujahid, dunia luas terbentang ini menanti kamu untuk disemai benih iman dan takwa...Jangan dipandang dunia ini dengan pandangan mata zahir sahaja, pandanglah ia dengan mata hatimu...
Alhamdulillah, selesai sudah majlis tahnik belah mulut, cukur jambul yang diiringi dengan doa, selawat atas Nabi Muhammad s.a.w my baby little mujahid telah diberi nama dengan rasminya pada hari ketujuh sesuai dengan sunnah Nabi. My little mujahid telah diberi minum air zam-zam, dan dijamah sedikit dengan kismis, kurma oleh sidinya Ustaz Ghazali (atuk) dan didoakan agar jadi insan soleh yang petah meluahkan kata-kata, bijaksana dan sentiasa dilimpahi dengan rezeki kesihatan, ilmu dan harta yang barakah. Nama yang dipilih adalah DANIYAL RIZQI BIN EFFENDY ...
Part akhir : Sehari selepas isteriku bersalin di hospital.
So, tunggu ya kami buat pengumuman rasmi pada 27 Mac 2012. Insya Allah majlis cukur jambul dan tahnik juga akan dibuat pada tarikh tersebut di rumah atuk dan nenek baby di Bukit Sekilau, Kuantan.
Mengenai anjuran pada hari ketujuh adalah menurut riwayat Tirmidzi," dari Amr bin Syuaib, dari bapanya, dari datuknya, bahwa Nabi saw menyuruh memberi nama bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya dan memotong tali pusatnya serta mengadakan akikah."
(Tirmidzi menggolongkan sebagai hadis hasan.)
Special to my wife Akmal Ghazali and my son's mum...
"A baby is something you carry inside you for nine months, in your arms for three years and in your heart till the day you die."
-- Mary Mason
"Baba + baby = WE love you so much IBU. Your sacrifice is priceless..."
--Effendy Zulkifly and Daniyal Rizqi
Part 2 : Pengalaman ibu bersalin. Sehari semasa due date yang sangat mendebarkan!
Alhamdulillah.. Segalanya dipermudahkan Alllah s.w.t.. Terima kasih diucapkan pada doctors dan nurses yang terlibat di HTAA... My Little Mujahid Baby Boy telah turun ke muka bumi dengan selamatnya dengan cara normal...Tarikh lahir Islam: 28 Rabiul Akhir 1433. Tarikh lahir Masihi: 31 March 2012. Landing time pukul 7.52 pagi... Berat badan baby 2.68 kg. Gula 4.2... Saya sempat azan,iqamah dan baca ayat Qursi kpd baby kt Labour Room...
Baby cukup kuat menyusu dari pagi tadi sampai petang.Tempat rehat ibu dah berpindah dari Wad Melor 1B ke Wad Kelas Satu, Bilik D2.Wad tersebut di tingkat satu. Ibu dijangka berada dua hari di wad tersebut. Sesiapa yang ingin melawat dijemput hadir dengan sukacitanya diiring dengan doa ye...-Baba melaporkan dari konti berita TV Al Hijrah...hehe...