1)Kesan TV ke atas Otak Kanak-Kanak.
2)Kesan TV ke atas Pertumbuhan Fizikal dan Emosi.
3)Kesan TV ke atas Pertuturan.
4)Kesan TV ke atas Daya Kreativiti.
5)Kesan TV ke atas Konsentrasi.
6)Kesan TV ke atas Tidur.
7)Kesan TV ke atas Prestasi Akademik.
8)Kesan TV ke atas Jiwa dan Akhlak.
SEMUA KESANNYA ADALAH SANGAT NEGATIF! Setiap hujahan Dr. Zainal dalam sub-topik tersebut berdasarkan kajian universiti secara empirikal dan scientific oleh Pakar-pakar PHD dari negara-negara barat yang maju dan disebut nama pakar-pakar PHD itu dan nama universiti.
Jadi kepada yang dah berjaya didik anak-anak anda bawah 2 tahun dengan televisyen tu saya cukup kagum dengan kalian tapi saya lebih percaya dengan kajian Dr. Zainal berdasarkan rujukan pakar-pakar PHD seluruh dunia bahawa televisyen memberikan kesan sangat negatif pada kanak-kanak!
Biarlah orang nak kata saya kolot, tak up to date dan nak kata juga televisyen ni pun banyak kegunaannya. Tapi jawablah dengan ikhlas dari hati nurani anda, televisyen sekarang ini banyak yang baik ke atau yang buruk? Anda dengan cara anda dan saya dengan cara saya. Banyak lagi caranya nak didik anak-anak kecil bawah 3 tahun tanpa menggunakan televisyen.
Penelitian kajian oleh Dr. Patti Valkenburg dan Dr. Tom van de Voort dari Pusat Kajian Media Kanak-kanak di Leiden, Belanda mendapati bahawa televisyen membantutkan rangsangan kreativiti dan perkembangan daya imaginasi kanak-kanak. Malah, kajian oleh Dimitri Christakis yang dilaporkan dalam jurnal Acta Paediatrica pada tahun 2009 menunjukkan bahawa tiada sebarang manfaat yang diperolehi bagi kanak-kanak yang menonton televisyen pada usia di bawah 2 tahun.
The Journal of Pediatrics juga mengatakan bahawa penayangan DVD atau video kepada bayi seawal umur 8 hingga 16 bulan akan memberi kesan kepada kemahiran bahasa yang buruk. Bayi ini juga akan lambat mempelajari bahasa berbanding bayi normal lain. Bayi juga mudah menjadi agresif ketika umurnya 3 tahun. Malah mereka agak sukar dibentuk kerana lebih suka melakukan aktiviti sendiri dan kekok bergaul dengan orang lain.
Kajian yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 16 tahun tersebut mendapati bahawa televisyen boleh menyebabkan penurunan yang ketara terhadap kemampuan imaginasi kreatif kanak-kanak. Lantaran itu Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah menyarankan supaya TV diharamkan bagi kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun.
Buatlah banyak-banyak kajian dan pembacaan untuk anak-anak anda. Jangan malas membaca, malas berbincang, malas berjumpa pakar-pakar parenting skills dan jangan ikut nafsu semata-mata mudahkan kerja bagi anak-anak tengok tv supaya dia leka tak ganggu kita rehat kerana kesannya yang negatif akan membawa sampai ke hari akhirat kelak!