Perginya seorang penulis blog
"Ya Allah matikan daku dalam keadaan penghujung penuh kebaikan dan janganlah matikan kami dengan keadaan penghujung yang buruk"
"Ya Allah matikan daku dalam keadaan penghujung penuh kebaikan dan janganlah matikan kami dengan keadaan penghujung yang buruk"
Selamat Menghayati Bulan Ramadhan Kareem yang mulia ini sahabat-sahabatku.. Kita perlu all out untuk ibadah yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan sebab kita tak pasti lagi samada akan bertemu kembali pada Ramadhan yang akan datang..Kecapilah nikmat Lailatu Qadar dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya yang hadir hanya setahun sekali..
Artikel ini bukanlah bertujuan hendak melontarkan hukuman, kejian, celaan mahupun kritikan.. Hanya sekadar luahan rasa mewakili sahabat-sahabat lelakiku yang meminta aku melontarkan isu ini dalam blogku.. Kalau kalian tidak mahu dengar dan ikut terpulanglah…
Sebabnya hari pembalasan di Masyar kelak semua orang bertanggungjawab atas diri masing-masing..Seksi yang dimaksudkan di sini ialah seksi dari segi pemakaian dari kaca mata pandangan Islam.. Straight to the point je lah ye.. Malaslah aku nak taip panjang-panjang.. Usually pakaian seksi budak-budak perempuan suka ialah pakaian ketat, sendat, padat dan ramai yang meluat tengok sebenarnya..
Kadang-kadang yang pakai tudung lebih ramai yang seksi dari mereka yang tak bertudung.. Bukan aku sokong sikap tak pakai tudung.. Orang yang pakai tudung tapi pakaian ketat dan memberahikan adalah lebih dahsyat dan bahaya dari orang tak pakai tudung tapi baju sopan dan longgar…Contoh:- Siti Nurhaliza pakai sopan apa?
Percayalah sahabat-sahabat wanita seksiku..Kalian selalunya dipandang sebagai objeks seks sahaja di mata lelaki dan aku sendiri pernah buat interview secara live dengan satu kumpulan lelaki rempit tentang isu perempuan seksi ini…
Aku bertanya pada dia orang.. " Korang bawak bohsia-bohsia seksi ni untuk kahwin ke?" (Cara berbahasa dengan Mat Rempit sebenarnya lebih kasar dari itu.Terpaksa guna gaya bahasa dia orang untuk spy maklumat…)
Mat-mat rempit jawab.." Awek-awek seksi ni just for fun je..For wife kami nak awek solehah pakai tudung and baju kurung sopan. Bohsia-bohsia ni ingat kami suka sangat kat dia orang..Nak buat bini camni memang malu kat orang kampung.Dia orang ni pun dah ramai jantan lain tebuk sebelum kami."
Hampeh haram jadah betul Mat Rempit ni.. Time nak kahwin nanti pandai pula cari perempuan baik-baik..Dah tu perempuan yang dah korang rosakkan tu apa cerita? Menangislah perempuan -perempuan seksi rosak yang teraniaya di Rumah Pemulihan Akhlak sebab telah terbunting dan tiada siapa ambil tahu dan peduli…
Opss dah keluar topik.. Memang betul perempuan bertudung juga pernah dirogol.. Tapi diberi dua pilihan.. Perempuan seksi dan perempuan solehah di hadapan si perogol? Siapa yang lebih memberahikan dan mengghairahkan? Orang lelaki semuanya tahu jawapannya..
Kembali ke topik asal..
Di UiTM Shah Alam..
Perempuan-perempuan seksi ramai sangat di sini.. Majoritinya bertudung tapi pakai jeans ketat, baju padat, kecik dan sendat.. Kenapa ya wahai sahabat wanita seksiku? Apa yang kalian ingin tunjukkan dan banggakan? Nabi Muhammad s.a.w tak pernah sekali-kali berbangga dengan umatnya yang seksi-seksi..
Hormatilah bulan Ramadhan yang mulia ini.. Kami kaum lelaki ingin beribadah dengan penuh keamanan dan ketenangan.. Aku sendiri dah cuba tunduk pandang ke bawah bila berjalan.. Bahaya untuk diriku sebab akan terlanggar tembok dan tiang..
Wahai sahabat-sahabat wanita seksiku..
Jikalau kalian memang dah tahap kronik dan ketagih pakai seksi-seksi.. Kami mohon kalian berhentilah keseksian itu seketika di bulan Ramadhan ni pun jadilah. Kami merayu sangat-sangat.. Jika kawan-kawan kami si penagih tegar rokok boleh kurangkan merokok di bulan Ramadhan..Kalian pun wanita seksi kurangkanlah keseksianmu.. Kami merayu sekali lagi.. Berhentilah dan kurangkanlah pakai jeans ketat-ketat.. Baju kecik sendat-sendat.. Kami merayu sesangat…
Dan dari sudut Peraturan Sahsiah Rupa Diri Pelajar Universiti, terutamanya Sahsiah Rupa Diri UiTM …Pakaian seksi dan ketat adalah diharamkan!! Anda boleh disaman seminimum RM20 dan maksimum RM200 oleh Pak Guard tersayang jika pakai ketat,sendat dan singkat..
Walaupun tudung kepala tidak diwajibkan…Pakaian wanita di UiTM adalah WAJIB!! baju lengan panjang, seluar longgar dan baju dilabuhkan di bawah punggung. Hakikat itu adalah termaktub dalamKod Etika Pemakaian UiTM.. Please refer balik peraturan itu wahai sahabat-sahabat seksiku…
Kesimpulan..
Artikel ini dibuat disebabkan desakan sahabat-sahabat lelakiku yang selalu meluahkan perasaan padaku di atas sikap kalian yang tak menghormati perasaan kami, kaum adam.. Teguranku juga adalah ikhlas kerana Allah s.w.t demi memperoleh barokah di bulan Ramadhan Kareem ini..
Kami juga ada hak untuk hidup aman dan tenang di bumi UiTM tercinta ini..Kami, kaum siswa lelaki tidak pernah berpakaian seksi di kampus.. Maka kalian juga mesti mencontohi kami..
Teguran ini adalah tanda sayang kami pada kalian.. Kami SAYANG kalian sebagai sahabat-sahabat seperjuangan demi kejayaan di kampus….Tapi kami juga BENCI pada maksiat yang kalian lakukan yang kesannya juga terpalit pada kami tanpa sengaja mahupun tidak…
Akhirul kalam..Wassalam..
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? | |
(Surah Al-Maaidah. Ayat 91) Ini pula ayat Al-Quran tentang aurat.. “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur, ayat 31) Jadi korang semua renung-renungkanlah ya maksud terjemahan ayat-ayat Quran di atas... Akhirul kalam... Wassalam | |
Oleh Effendy Bin Zulkifly
Cinta akhirat buat kita dekat dengan Allah! Response yang cukup baik dari artikel sebelum ini berkaitan cinta dunia menyebabkan moodku menulis makin menjadi-jadi. Kalau ilham dah datang dalam benak fikiran ini memang sukar lagi nak kutahan dari kulampiaskan dalam bentuk penulisan. Aku bukan dari golongan yang pakar di bidang agama tapi benar-benar berminat untuk mendalami ilmu agama biarlah suatu hari nanti apabila sudah ada anak-anak dan pabila mereka membesar aku sendiri sebagai ayah menjadi contoh terbaik buat mereka.
Sebagai contoh, kita mempunyai seorang anak yang baru lahir umurnya satu bulan, kita letaklah target dalam 10 tahun baby tu membesar kita berusaha mendalami ilmu agama merangkumi 3 aspek ilmu seperti ilmu feqah, usuluddin dan tasawuf dengan istiqomah secara harian/mingguan/bulanan sudah pasti Insya Allah kalau pun tidak menjadi ulama dan ustaz sekurang-kurangnya kita sendiri boleh membimbing isteri dan anak-anak dengan ilmu agama yang kita pelajari.
Ini tidak, sudahlah ilmu agama jahil (ini pesanan untuk diri aku khususnya), tak mahu belajar,tak mahu engar tazkirah dan cukupkah kita amalkan ilmu agama berdasarkan ilmu ketika sekolah rendah atau menengah dulu? Bayangkan berapa ramai yang solat tak betul dengan Al-Fatihah ketika di sekolah rendah/menengah dulu. Bolehkah membaca Quran dengan mantap di depan anak isteri? Yakinkah dengan ilmu itu untuk cukup untuk kegunaan diri sendiri dan membimbing keluarga sehingga ke Yaumul Masyar nanti?
Itu kalau dia masih lagi nak bersolat. Kalau dah lah jahil agama solat pun tak nak lepas itu berkahwin dan ada anak, bagaimana pula caranya golongan ini membimbing anak? Bolehkan keluarga yang dibimbing itu menjadi keluarga sakinah yang diredhai Allah? Jawapannya kembali kepada isu semasa yang berlaku sekarang dengan budaya hedonistiknya, dengan budaya seks bebasnya, dengan gejala dadahnya, dengan gejala buang bayinya, ragutnya itulah akibatnya apabila anak-anak ini dibimbing oleh ketua keluarga yang jahil ilmu agama dan rohani.
Ubatnya mudah, cintailah akhirat! Seperti firman Allah dalam Al-Quran Kareem,
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari dari jenis emas,perak,kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan swah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat tempat kembali yang baik.” (Surah ali-imran :14)
Firman Allah s.w.t lagi : “Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-A’la:16-17)
Sabda Rasululllah s.a.w : “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menunut ilmu pengetahuan maka Allah akan melapangkan baginya jalan menuju syurga.” (Hadits riwayat : Muslim dan yang lainnya)
Jelaslah bersandarkan ayat-ayat quran dan hadis di atas menjelaskan tentang peri pentingnya kita memilih kehidupan di akhirat sebagai matlamat hidup kita. Perjalanan ke akhirat pula memerlukan ilmu dan sudah pasti ilmu fardhu ain adalah faundation kepada apa sahaja jenis ilmu yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah. Ilmu alat untuk hidup di dunia juga penting sebab bila diniatkan kerana Allah akan jadi ibadah jua.
Aku memesan diriku dan berdoa pada Allah supaya terus berusaha mempelajari ilmu agama sedalam yang mungkin, setakat mampu yang mungkin ketika masih ada kudrat dan tenaga. Banyak cara boleh dibuat dengan membaca buku-buku, lawati website Islam, dengar tazkirah di surau, ziarah ulamak dan cari seorang guru mursyid yang boleh membimbing kita mendekati Allah. Dalam masa yang sama kebajikan dunia untuk sara hidup isteri juga perlu diperkuatkan.
Realitinya hidup zaman sekarang segalanya memerlukan ongkos dari segala aspek sampai mati pun nak perlukan ongkos kalau tak mayat kita jadi masalah kepada orang lain. Jika amal Islami ini tidak kukuh dalam jiwa sampai bila-bila jiwa ini penuh dengan keluh kesah, tak tenang dan berkecamuk dengan pelbagi masalah jiwa dan perasaan.
Adakah orang kaya yang hidupnya lupa Allah hidupnya masih boleh bahagia? Aku akan jawab di artikel seterusnya. Akhirul kalam, wassalam.
Rujukan Ayat Quran dan Hadis :-
Dipetik dari Kitab Ringkasan Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Habib Abdullah Alawi Al-Haddad ringkasan serta takhrij hadits oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dalam bab “Wajib Mengajar Anak Isteri Perkara Agama m/s 76” dan “Zuhud Terhadap Dunia m/s 399”. (Terbitan Halaqah Resources)
Oleh Effendy Bin Zulkifly
Syukur pada Allah hari ini dah nak masuk seminggu kita berpuasa di Ramadhan kali ke-13 sejak aku akil baligh. Puasa sebelum akil baligh kebanyakannya nak kejar ganjaran sehari seringgit bila berpuasa penuh dan menagih janji mama untuk beli makanan kegemaranku.
Ramadhan kali ini cukup menarik bagi diriku kerana pelbagai peristiwa yang menusuk hati dan mencengkam perasaan berlaku pada diri ini dan kali ini betul-betul aku serah bulat-bulat pada Allah untuk menenangkan emosi yang tidak berapa stabil ini.
Ramadhan kali ini juga rasanya ilham untuk menulis datang membuak-buak ibarat air yang mengalir di sungai dan muara. Kali ini aku nak menulis mengenai sikap cinta dunia. Acap kali kita mengeluh duit tak cukup, risau tak cukup sediakan kelengkapan keluarga bagi mereka yang berkahwin, takut miskin, takut mati, takut sakit dan bermacam-macam takut disebabkab cinta dunia yang cukup tebal.
Bagiku dari apa yang difahami melalui pembacaan dan mendengar guru-guru agama memberi takirah, cinta dunia ini adalah bermaksud yang aku faham apa sahaja yang kita buat di atas muka bumi ini semuanya dinisbahkan untuk kesenangan dunia semata-mata.
Misalnya, bila kita bercakap, berbual bersama keluarga dan rakan-rakan berapa peratus kitacakap tentang perkara agama, perkara tauhid dan ilmu-ilmu Islam. Biasanya perbualan berkisar tentang nak makan apa, kerja apa, nak bercuti ke mana, tentang kereta, tentang nak beli rumah, tentang nak buat bisnes, tapi tentang agama satu peratus pun tiada dalam percakapan.
Kerisauan kita tentang tak cukup duit sentiasa buat kita terlupa bahawa di belakang kita, di sekeliling kita ramai lagi yang merempat, tak cukup makan, mengemis dan sebagainya. Kita risau duit kita tak cukup nak besarkan anak-anak, sedangkan keyakinan kita pada Allah bahawa rezeki untuk anak-anak memang terjamin untuk mereka.
Bagi mereka yang bersekolah, belajar bersungguh-sungguh nak masuk universiti, dah masuk universiti nak ijazah. Dah dapat ijazah nak cari kerja lepas itu kahwin. Dapat anak dan kita bentuk pola yang sama iaitu sekolah-universiti-kerja-kahwin-dapat anak-mati. Tapi sedar tak bahawa hidup kita di dunia bukan sekadar itu sahaja.
Sumbangan kita pada agama, pada masyarakat memang ditaklifkan ke atas umat Muhammad. Hidup tidak semudah itu; sekolah-universiti-kerja-kahwin-dapat anak-mati. Aku memesan diri aku sendiri dan aku selalu merenung pola hidup sebegitu memang dah didoktrin oleh mak bapa sejak kecil. Tapi hati kecil tetap bertanya kenapa jiwa dan hati tidak tenang?
Jawapannya kembali kepada kefahaman hidup Islam yang syumul. Kadang-kadang hati timbul rasa cemburu melihat cara kehidupan orang kaya, senang dan segalanya ada. Hidup ini dirasa banyak sangat ujian dan dugaan. Tapi aku yakin ujian-dan dugaan yang Allah beri sebagai petanda kita di dalam perhatian-Nya.
Diduga supaya kita segera ke pangkal jalan, berdoa, bertafakur memuji dan merayu padanya... Ibarat taufan yang datang untuk mengembalikan alam ke suasana normal, tenang dan bening begitulah ujian dan dugaan yang ditimpa kepada manusia segalanya bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
Manusia akhir zaman berlumba-lumba mengejar dunia yang akan musnah. Tak salah mengejar dunia, tak salah mencari kekayaan tapi jangan diabai kesedaran agama, kesedaran pada ilmu tauhid, ihsan dan akhlak. Sumbangan pada Islam perlu dilakukan dengan segala kelebihan yang kita ada. Mulut dan hati kita elakkan hanya berbicara soal duniawi.
Bila berbicara selitkanlah dengan perbualan tentang agama dan perkara ukhrawi supaya hati tidak keras dan gelap. Semoga apa yang dinukil ini menjadi keinsafan buat diriku sendiri yang seringkali lalai dan alpa dalam mengingatimu Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa kami dan berikanlah petunjuk dan taufik hidayah-Mu pada kami Allah agar menjadi insan soleh yang bertakwa dan beriman. Amin Ya Robbal A’lamin.
Oleh : Effendy bin Zulkifly
Bulan puasa adalah bulan yang cukup mulia. Di bulan inilah dapat dilihat keberkatan yang dirasai di semua peringkat lapisan masyarakat khususnya masyarakat umat Islam. Setiap orang mempunyai cara-cara mereka yang tersendiri meraikan bulan yang mulia ini.Masjid juga pada bulan ini bukan main penuh lagi dengan manusia yang menunaikan tarawih.Yang uniknya solat subuh yang sebelum ini hanya ada imam dan tok siak sebagai makmum juga penuh dengan saf jemaah..
Yang paling jelas kepada para peniaga inilah peluang bisnes berjalan dengan rancaknya. Inilah bulan segala jenis keuntungan dari pelbagai jenis perniagaan harus dijana. Bazar Ramadhan bukan main subur lagi di setiap tempat di pelusuk negara.Tapi dalam sibuk berniaga itu, berniagalah dengan jujur,rasa timbang rasa dan niatkan kerana Allah Taala bukan untuk untung semata-mata.
Bagi para mahasiswa, kesibukan belajar tidak menjadi halangan untuk meraikan kemriahan berpuasa. Mereka yang membawa fikrah islamik akan menjadikan bulan ini terisi dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Tarawih, zikrullah dan tadarus. Yang jenis bukan tak Islamik tapi belum melaksanakan Islam secara keseluruhan mungkin sebab faktor latar belakang keluarga atau pengaruh rakan sebaya, mereka tetap berpuasa tapi berbuka dengan pakaian menjolok mata bersama couple sambil hisap rokok, shisha dan maghrib entah ke mana. Yang pastinya bila tiba bulan puasa akan dapat dlihat masjid dan surau penuh dengan orang, siaran televisyen dan radio pun akan penuh dengan rancangan agama. Rancangan memasak pun akan bertambah.
Sebenarnya puasa adalah waktunya kita melaksanakan tazkiyatul nafs (pembersihan jiwa). Bulan kerahmatan yang akan melipat gandakan amalan kita. Syaitan diikat tapi nafsu tetap subur dalam jiwa. Aku cintakan bulan ramadhan tetapi kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, dan menuntut ilmu memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Berbuka puasa bersama keluarga juga akan merapatkan hubungan yang mungkin selama ini bersama sepupu-sepupu agak renggang jadi rapat.
Aku manusia biasa yang juga suka keseronokan. Seronok tika bulan puasa ini dapat rasa makanan special yang dimasak oleh ibu tiada di bulan lain. Seronok membeli belah dan shopping tapi agaknya berapa peratus pahala yang tinggal bila shopping perempuan-perempuan zaman sekarang yang pakai dedah sana sini mengurangkan pahalaku.
Semoga bulan Ramadhan kali ini mengubah diri ini ke arah kebaikan. Semoga ramadhan kali ini dapat ke temu lailatul qadar. Moga Ramadhan kali ini dapat membersihkan hati ini yang penuh titik-titik hitam maksiat. Semoga ramadhan ini dapat aku jadikan sebagai charger bateri hati jiwaku yang lemah dengan urusan duniawi yang tak pernah habis. Aku letih dengan sifat materialistik dalam jiwaku sendiri dan orang lain yang menyebabkan diri ini rasa kotor bila berhadapan dengan Allah s.w.t.
Ya Allah.. Terimalah taubatku di bulan Ramadhan yang mulia ini... Aminn.. Salam Ramadhan buat semua dan mari kita sucikan diri kita kerana Allah S.W.T..